Saturday, June 25, 2016

IPOH 2016 - PT. 3 - ACCOMODATION (THE ROOM) - ii



Salam and hi!

So mari kita sambung balik entri accommodation semalam. Sikit lagi nak sambung pasal WEIL Hotel ni before aku move on to activities selama dua hari ni and also few other bits of the hotel macam facilities and so on. Dua hari tu ingat sekejap je untuk release stress kononnya, tapi stress balik sebab tak cukup masa nak explore. Haha. Seriously kalau orang tanya aku, Ipoh best sebab food sedap-sedap. Tempat-tempat nak visit banyak dan dari segi sejarah pun best juga, walaupun aku tak berapa minat sejarah ni. 



Alright ayuh sambung yek. Atas tu pemandangan dari tingkap bilik kitorang. Tak nampak apa selain bumbung semata-mata haha. Tapi disebabkan design luar bangunan hotel ni nampak corak batu bata(macam pic atas ni) so actually mcm cantik jugak la. And tepi tingkap belakang langsir ni la paling ideal nak selfie sebab lighting lawa kahkahkah. Kaki selfie faham la yek!



Atas tu kati Gempal. Katil aku ofkos yang cozy tepi tingkap ittew, Harus la terjun yang tu supaya senang aku bukak luggage tepi tu. Haha. Pemikiran harus ke depan ya adik-adik. Senang aku nak capai baju campak segala kalau dah luggage kat tepi tu. Tak reti lah aku letak luggage dekat pintu nun, susah nak geledah cari barang! 


Haha tetiba gambor ni. Again ni semua input-input tertinggal from previous entry. So lantakkan aje. Akak tengah rajen ni baik kau layankan aje jangan banyak bunyik! Ingat senang ke nak resize gambar letak watermark bagai pastu pc hang pulak tunggu lagi yada yada yada.... Tak kan? Jadi, ayuh!

So this hotel provides basic toiletries macam Shower Gel, Shampoo and Conditioner. And I'm telling you, ni bukan cite tipu muslihat ke apa, the shampoo and conditioner are hands down the best kot. Conditioner dia especially, tak pekat or likat or licin macam normal conditioner.   And all of these, texture dia sangat light yet rasa bersih and rambut kau aku jamin rasa best gilaaaaaaaaaaaa lepas mandi wei. Pakkal dia lekat ke dinding takleh cabut, kalau tak gamaknya ada la terdetik nak angkut bawak balik. Si Gempal pun suka, in fact dia lagi keji sampai rasa nak pump masuk botol sampai habis AHAHAHA kejiiiii okay perangai!


We have complimentary drinks at their coffee house, namun adalah malas nak pegi terus so we decided pegi malam tu je. Sebelum tu, harus la keluar jalan-jalan dulu! :)

BANDARAYA IPOH FROM OUR LEVEL.


Sambung next entry on the makan-makan session okay!


Tell then,
Annekayra,


Friday, June 24, 2016

IPOH 2016 - PT. 2 - ACCOMODATION (The Room)



Salam and hi.

Punya la lama nak update ye dak. Kalau hangpa perasan, belog sudahpun berwajah baru. Sorry la kerana masih lagi macam kosong-kosong sikit. Baru nak rajin la ni. Penat hadap HTML. Okay, setelah sekian lama, mari la update travelog mini pegi Ipoh tuari. Walaupun gambar belum habis watermark semua, lantakkan, persetankan, pedulikkan! 

Ayuh!

So setelah dua jam lebih atas jalan, bontot pun sudah kematu, mata sekejap nak bukak sekejap nak tutup, maka sampai la kami ke tempat penginapan. Kitorang pilih untuk stay kat WEIL Hotel, Ipoh. Bersebelahan dengan Ipoh Parade, in fact - connected. So easy. Walaupun bukan la intention aku datang Ipoh nak pegi mall, tapi at least boleh la jalan-jalan sikit kalau bosan. Ye dak?

Harga dia RM3xx per night. Mahal sikit tapi puas hati sebab selesa gila. Boleh katakan, memang 98% puashati dengan hotel ni. 2% tu kurang sebab masa aku pergi tu, internet dia agak slow. So gambar atas tu is part of the lobby. Parking dia, sekali masuk dengan parking Ipoh Parade, tapi there's few levels untuk hotel guests. Yang mana ticket untuk parking first kena validate di lobby area, and it'll be free. Lupa tukar and validate? Nasib kau lah.



We took twin room. Pertama sekali harus la aku terkam katil yang mana pujaan hati. Tu yang nampak berkedut kedut tu. Gempal marah je aku  terjun dulu, nak amik gambar cantik masuk belog katanyah! Maaf badan aku dah landing dulu. Katil dia super soft and awesome. Selalunya menjadi kerisauan aku kalau amik hotel katil or bantal bau tak bersih. Tak tau macamana nak cakap but you know, bau lama tak tukar kind of smell. Alhamdulillah sini takda ye.

In fact baunya sangat fresh, sangat empuk dan gebu. Tidur memang nyenyak lah after a long day. Definitely revisit.



Nak tunjuk ni. Perempuan kalau berjalan macamana. Gayanya macam nak pegi 3 hari, LOL. Anyway, akak mengaku kalau pegi jalan-jalan tak reti pack sikit. Sebab i like choices. Haha. Selalu sangat bawak banyak barang akhirnya idok la semua dipakai pun. Setiapkali travel, mesti last-last rasa menyesal bawak banyak lalu berazam supaya bawak sikit next time. Bila sampai next time? PIKIRLAH SENDIRI JANJI TERTUNAI KE TAK. kahkahkah

Bag aku cuma yang hitam tu. Selebihnya kau pandai-pandailah teka siapa punya. Aku rasa dia ada rasa nak pindah Ipoh agaknya. 




Complimentary semua yang ada dalam bilik ni. Kacang-kekacang, teh kopi and air dalam mini bar. Sudahnya, angkut je kacang masuk beg masa nak balik to make it worth paying lol. Dasar kg! Yang kitorang memang minum cuma la mineral water.




HIGHLIGHT OF MY STAY.


Kerana masih ada LUSH berbaki tuari and rumah aku takde bath tub, maka hotel ini adalah heaven dalam bilik air. Antara sebab aku pilih Weil adalah kerana toilet dia ada bath tub and pada pandangan aku masa survey ianya maha bersih dan maha selesa. And it really is! Serius tak tipu. Toilet and shower + tub seperated by a glass sliding door, and super bersih. Nampak blind tu? Siapa yang honeymoon rasanya sesuai la kot, nak seksi seksa buka je le blind tu. Aku dengan gempal? Risauuuuu je ternampak benda tak sepatutnya. Mula la blind dah kelepet habis pun rasa mcm boleh nampak lagi kahkahkah so insecure.


Okay sampai sini dulu cite pasal accommodation. Akan disambung lagi about this hotel about the food and whatnot so stay tune okay!


Till then,
Annekayra.



Thursday, June 23, 2016

Hiatus


Tentang Ipoh bakal disambung kembali diikuti oleh few other travelogs. 

Sekarang malas dia maha menebal. Alah macam la korang taktahu.

Kbye. 

ps: Jangan rindu-rindu. lulz.



Annekayra™. Powered by Blogger.