Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sunday, June 26, 2016

IPOH 2016 - PT. 5 - The only night and next morning!


Salam and hi!

Kali ni post panjang sikitlah, banyak lagi travelogs and entries tertangguh yang bersusun. Hazabbbb nak habiskan entry Ipoh ni pun. Pastu soon ada contest gak untuk followers sempena raya :) Tunggu tau!

Habis makan kat Karat Cafe, masa tu dah petang sangat. Maklom la makan kat Karat Cafe portion dia tak sesuai mana dengan gajah seperti kami, maka harus singgah Ipoh Parade dulu sebelum naik bilik. Hahaha. Carik makanlah apa lagi. Ikutkan aku peratikan je Sushi King, tapi Si Gempal dah jeling-jeling aku, katanya datang Ipoh makan Sushi King tu mengada-ngada. Eh sukati aku la tekak aku. Dia pulak banyak suara. 

Akhirnya kita cari la apa yang ada kat IP tu. Bukak web directory tengok apa yang dia ada. Ternampak ada Shihlin Taiwan Street Snacks. Wohoooo ini sudah bagus. Pernah tak korang makan snack dia? Its crispyfried boneless chicken macam Uncle Bob tu tapi pada aku this one lagi sedap sebab dia lagi besar and juicy. Kitorang tapau lagi nasik dengan tauhu telur ke apa benda. And extra box of cheese with sausage crepe. Kebulor? Memang! Air aku pilih V-Soy. Nyums!

So balik dah happy, freshen up sikit pastu turun pegi Tea Lounge dia untuk redeem Complimentary drinks. Sebelum dia tutup kan, bila lagi nak pegi? 


 Kosong! Nice ambience, hujung sana ada somebody plays piano. And seriously best!




Sebab kosong, maka seronok la lepak hilangkan lelah sekejap. Mandi apa semua pun belum lagi. Memang letihhh satu hari takde rehat yg banyak. So ada peluang lepak camni without anybody else memang lega sikit. Walaupon balik-balik menghadap Si Gempal ni jugak.

Pilihan air macam tak berapa banyak, and aku pun bukan jenis peminum coffee or tea sangat. Panas-panas lagi la kurang. Rasa terbakor je tekak akak ni kan. So paling selamat dan senang, Iced Lemon Tea je leerrrrrrrrrr.


 WEIL HOTEL IPOH CONTACT DETAILS.

NIKON user vs CANON user.

Dah setel, perut pun cam nak meletup. Kau ingat minum gelas kecik tu tak kembung? Nak termuntah air aku dibuatnya. Belum lagi rasa nak terkencing bagai. Serius sebu. We went straight to our room. Lepak-lepak sekejap, and masa tu aku decide tu minum V-Soy aku. Those yang tak pernah minum, V-Soy ni air soya tapi dia macam pekat sikit. Dap...

 Minum-minum slow-slow and borak-borak. And Si Gempal decided to mandi. Aku pun ok je lah. She did ask me, aku nak mandi dulu ke sebab dia pun nak berendam, so akan bakal mandi lama sikit. Aku suruh dia dulu, ok je aku tunggu jap. 

Tunggu-tunggu dengar lagu, aku mcm serabut dengan V-Soy aku tu tak habis-habis. Terus aku sedut sampai habis telan dengan kadar laju. Buang terus botol dalam tong sampah. Tak sampai seminit..perut aku senak angin sampai ke dada. Sakit and tak selesa tuhan aje tahu. Angin macam stuck dalam perut aku, aku paksa keluar dia sikitttt je burp nye. Menonggeng-noggeng aku tahan senak. Baru teringat, kitorang keluar awal pagi gila aku tak sempat nak membuang pun pagi tu. Kau rasa? Semua benda bergumpal dalam perut? hahaha. Allah. Tak tahu nak buat macamana, Si Gempal tengah seronok pasang lagu bernyanyi-nyanyi bahagia bagai while aku rasa nak putus nyawa berpeluh-peluh tahan sakit. Takde arah, aku sampai sangkut diri aku kat tepi katil so that perut aku somehow compress sikit so tak rasa sakit. Logic mana aku pakai tah. Ofkossss tak jadi.

Dalam aircond tu aku rasa berpeluh jantan. Badan terus rasa nak demam. Nasib baik ada minyak angin panas dalam beg buat standby walaupun aku memanggggg tak suka pakai benda-benda berangin ni tapi keadaan macamtu aku terpaksa la mengalah jua. Last resort, aku baring mengiring and sekat bantal tepi perut aku and cuba pejam mata. I cant. Everything seems to be going wrong. Nak kacau Si Gempal berendam, aku tak sampai hati. Last-last agak-agak dah lama sikit (melampau pulak si gempal ni mandi khen) aku pun tanya dia lama lagi ke. Aku dah taktau rasa kat luar ni. Then she speed up and finish it. 

Dah masuk toilet, baru la lepas segala hazab. Walaupun aftermath masih terasa at least wayyy lesser rasa tak selesa tu. Alhamdulillah. Toksin tak keluar dari badan dr pagi, badan aku maybe takleh nak tolerate ke apa LOL. 

Terus aku sambung dengan mandi. Its my turn plak nak berendam and I decided to have a longggg extra warm bath supaya all the sore and angin-angin keluar. I need a good sleep afterwards!

Rose Jam Bumbleroon Bubble Bath by LUSH



A photo posted by A N N E K A Y R A (@annekayra) on


So nice and relaxing. Aku dah siap buat playlist soothing music and bring in sekali aku punya Bluetooth speaker kecik. Si Gempal kata aku over, aku kata LANTAKKKK!

Lagu-lagu aku pun taste berbeza sangat dengan Si Gempal. Im more to jazz or balinese music when it comes to relaxing. Taste macam orang tua-tua sikit hahaha. Membebel kat luar bilik air cakap lagu aku tu tahpape. Soalnya, dia yang mandi ke aku yang mandi? PFFTHH! Tak tenang jadinye choii

So after about an hour of bath berendam dengan air panas semua, badan serious rasa relax sikit. Then keluar get ready untuk spend our night watching movies! Aku bawak hard drive, malangnya remote macam tak berfungsi pulak nak on movie, pelik. Bila call hotel, baru la diorang kata ada remote lain rupanya utk control movie tu. Motip? Nyusahkan hakuuuu nak call kau segala. Bila dah dapat remote, subtitles pulak takde cite hindustan kitorang nak tengok tu. Sudahnya makan snack kitorang beli tadi and dengar2 lagu je, lepastu kabommmm lah tidur!

Next morning, bangun kena awal la sikit untuk breakfast. Tak mandi,just freshen up tukar baju and turun. Actually masa kitorang pegi tu orang dah start ramai dah pun. The coffee house tak besar sangat bagi aku, and bentuknye memanjang, macam serabut pun ada aku tengok. Tapi spread dia sedap-sedap!

 SI GEMPAL PUNYA. Aku tak suka croissant. Taktau lah kenapa.

 Hashbrown, sedap gila. PALINGGG sedap is the egg aku lupa nama dia apa tp rasa lemak-lemak bersusu sikit nyums ya allahhhh

 Macam la engkorang tak kenal. Cereal lahhh

Porridge, letak sikit black bean (nyesal amik) and lotsss of pickles. Plus ikan bilis goreng curi dari section nasik lemak hahaha, Motif kat bubur takde ikan bilis? Mengundang amarah ok!

Buah-buahan lepas rasa bersalah makan banyak, ini biasa LOL

So afterwards, makan kita naik kejap to rooftop. Sebab plan asal, nak swim. Tapi hazab wei panas dia...... kau tengoklah sendiri.




 Area depan pool. Kalau tak panas dah lama aku terjun. 

Memang hajat dihati dah nekad dah nak mandi. Tapi Si Gempal buat hal taknak pulak. Abis baju mandi bawak memang untuk memberatkan beg aje sebenarnya?? Dia takut sunburn. Kata aku, kita memang dah kelammmmmm lahhh!

So we decided to go round-round je. Atas ni ada rooftop garden. Lawa lah gilaaaaa. Malam tadi tak terasa nak lepak sini pulak. Kalau malam for sure cantik, sejuk pulak tu. Memang best sangat lepak borak-borak ke apa. Dah matahari tegak atas kepala macamni, nak lepak apabenda? Nak daging punggung kau masak ke duduk atas couch panas ni semua? Tak sanggupppp.





 SO GREEN AND NICE!
 
Bandaraya Ipoh from rooftop. 

After, kitorang terus balik bilik untuk mandi gosok baju and ready to check out. Lepasni nak pegi explore Ipoh lagi! Yeay!


Sambung balik next entry okay,
Annekayra.


Thursday, May 5, 2016

Short Getaway : Ipoh 2016 - Pt. 1 "The journey"




Salam and hi!


Longgggg overdue post. Sebelum semuanya hilang dari otak, makanya marilah merajinkan diri untuk update apa yang patut. Kemalasan takleh dibendung, kau dah kenapa kan? 

Anyway, this short trip sangat sekejap plannye, reason sebab masing masing dah letih dengan kerja pun. Too tired mentally, seriously perlu rehat rehat. Lagipun mana pernah gi mana-mana jauh dengan si gendut. So here it is. 

Why Ipoh?

Well, sebab dekat. Sebab aku sorang je yang bakal drive makanya wajib untuk pilih tempat dekat supaya aku tak kepenatan dan bertukar menjadi singa yang amukan tengah highway. Aku kalau penat senang cranky. Hahahaha. Secondly sebab banyak gak tempat menarik boleh pegi walau akhirnya rencana jadi kelaut and sikit je tempat boleh pegi. Ala but thats not the main point la actually. Dah dapat keluar dari hadap kerja tu yang penting. Rasa keinginan nak keluar dah membuak-buak, Bila ada kat tempat asing dari kebiasaan tu jadi seronok dah bagi aku.

Bila dekat, takde la banyak sangat kena spend on the fuel kan, tol apa bagai. Jimat dah kat situ. Hihi.


So before mula, harus la isi minyak dulu, isi angin dulu almaklum nak bawak dua manusia lebih muatan kan KOHKOHKOH. Dah tu, seperti biasa jam sikit jalan nak keluar dari jalan besar tu. Asal sabtu ahad mula la sesak, Ye paham semua nak menikmati hari minggu, tapi boleh tak korang tido lebih sikit before keluar?

And yes, kita keluar pun lambat la jugak around 9 ke 10 macamtu? Maklom lah jumaat keje, kepenatan oi nak pack bagai lagi kan. Plan asal, nak gerak malam Jumaat tu. Senang, and malam sejuk sikit. Tapi mengenangkan cerita-cerita orang dekat highway malam-malam, tambahan pulak if rosak ke apa, erm....nevermind. Masak la aku agaknye kalau kena apa-apa. Takde masalah jangan cari malasah, okay? 


Dasar penakut.




Manala aku tak naik darah pagi pagi buta hadap jem begini. Semua ni bukannya apa pun, semua tak menyabor nak masuk simpang, kadang tu dah lampu merah pun still jugak  jalan sudahnye stuck orang lain takleh keluar. Eh kalau cite pasal pengguna jalanraya malaysia ni akak boleh jual buku la dik! Begitu banyaknye amarah khen!

After, the drive was smooth. Cars was not so much on the road. Pasang lagu bagai, memang syiok la cuma yg tak menahan is cuaca yang agak panas, silau kau! Lagu takyah cakap la, dari omputeh, malayu hindustan semua aku bedal. HAHAHAHA. Aku dah warn si gendut, kalau dia tido aku benti tepi jalan tido sekali dengan dia. Lantak biar lambat sampai!




Tak ingat ni kat mana, but almost there I think. Orang Perak agaknye tahu la kot? Sila komen ini dimana lokasinya kerana serious mengalir entah kemana memori ahkak ni. But anyway, aku suka sangat jalan lapang gini and view bukit or gunung ganan camni sebelah. Rasa cam chill gila drive.



Kisah disebalik signboard ni? 

Agaknya semua orang penah nampak kan sign IPOH besar tepi bukit tu? Konon nak suruh la si gendut ambik pic, kata dua dua blogger kan? Sah sah la aku ni takleh nak amik dah dua tangan pegang stereng kete katanya. Time tu jugak la kamera tak fokus, time tu jugak la semua serba tak kena. Dah habis slow dah kete aku bawak last last miss jua.


Sudah, kau amik je signboard atas ni bukti dah sampai!

....kata aku, berang campur nak tergelak hahaha. Takpa takpa.......asalkan sampai dan ada bukti je nak masuk belog LOL.

Tempat bermalam dah book siap, sebab satu malam je pun so book yang selesa sikit. Mahal takpa, bukan duduk dua tiga malam pun kan, Tu harus la pokai, Yang penting dekat nak kemana-mana. Nanti aku cerita pasal hotel ni next entry okay, Sebab aku memang sangat sangat berpuas hati lah duduk situ.

Till then!



Wednesday, July 1, 2015

Malacca Short Trip - Pt. 2

Salam and hi.


Lepas dah balik tu, terus shoot pegi homestay balik sebab nak siap dah pegi berbuka. Aku? Balik terus cuci muka dan terlepek amik nap kejap. Mata takleh bukak dah sebab paginya sebelum bertolak aku tido 4 jam je. Mentally tired gila sampai berdenyut kepala aku. 

At 6 we make a move. Sampai sana, mak aih dah ramai gila orang sampaikan we get a place kat hujung sebelah sink basuh tangan T_T

Memandangkan puasa la kan, aku malas nak complaint lebih. Anggap je la dugaan. Lagipun nak bising aku tak larat dah weh. Sambil sambil tunggu tu, tetiba ada makcik ni datang terus tertunduk kat tong sampah sebelah sink tu.

Muntah!


I was like....the hell. Sila la muntah dekat sink ke! Kau muntah dalam tong sampah kecik tu sat lagi org datang nak buang barang tu boleh nampak kot!? OMG seriously. 

Again, dugaan puasa kot Anne.


Aku cam diam je. Pandang and diam. Then she went belakang sikit ada like longkang, and continued puking there, like exactly depan mata aku jugak la because aku duduk menghadap belakang. Huwaaaaa. whyyyy! Sabar je la.

The food spread was ok la. Ada daging dendeng, ada masak lemak udang nenas, ayam goreng berempah, kambing bakar, satay and some other food aku tak amik pun sebab orang ramai nak mampuih. Nak kata tak sedap, sedap je aku rasa cuma takde la kebabom gila. I got to know that abah paid around RM45 per pax which aku rasa macam tak berapa worth it sangat dari segi rasa tu. Cendol dia tawar kau, rasa santan macam kotak tu. Manis tu ada tapi manis gula. What iz dizzz?!

IDK. maybe aku je la kot. 

So habis dalam 7 something. Almost 8. Terus ke Bandar Melaka sebab nak naik Menara Taming Sari.

From a height of 80 metres, the ride offers you a spectacular and panoramic view of Melaka UNESCO World Heritage City and a far with a host of interesting sights such as St.Paul’s Hill, Independence Memorial Building,Samudra Museum and the ship, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar and the Straits of Melaka. That apart you will also see the fast and rapid development taking place in the state.


Menara Taming Sari ni is the First Revolving 'Gyro Tower' in Malaysia. 

Kiranya, kau naik ni sampai atas dia pusing-pusing la untuk kau tengok view dari atas. Quite interesting la. Saja nak cuba. For adult harga tiket dia RM20, kids below 12 RM15 kot. Sebelum naik, atas kena amik gambar for their record, katanya.....depan green wall. Ok lah...
 
Tiket for 7~


Dekat dalam tu dia ada provide binocular. Tersusun kat tepi-tepi, boleh amik guna :)

The view at one side..

Cantik bila malam. Tapi bila pikir-pikir balik lagi cantik siang kot, sebab boleh nampak laut. Malam gelap kau tak nampak la mana lautnya. Tetiba kau nampak kapal je macam floating. HAHA.


On my right - mak, abah and Nina.

My left : Aisyah, Ammar and Athirah. Masa ni kat bawah lagi.

Mak aku gayat. Teropong pun entah kemana. Hahahah. Sebenarnya takyah nak teropong sangat ler pun, buat pening kepala pasal dia berpusing-pusing atas tu. 


Ada la dalam 20mins, then turun. Masani aku kuar lambat sikit...

Tetiba kat depan aku tengok mak abah aku duk pegang something dalam plastik. Adik pompuan aku mai rapat and cakap tu gambar diorang amik tadi, size besar, medium and one FM gambor kitorang tu. Semua RM50.

I was like..... WHAT??!! 

50 HENGGET UTK GAMBOR CAM TAK LOGIK TU?
sebab apa tak logik? sebab green wall tu utk dia taruk background la, masalahnya background kitorang is suasana dalam tower yang melengkung (macam gambar aku kat atas tu) tapi kitorang duk sebaris panjang. Apakah?!

Sebenarnya, gambar tu kalau nak, beli la. Taknak takpe.... Tapi...aku geram la. Sebab parents aku ni jenis camtu la. Sebab dorang dah print, so takkan taknak beli kan? Gitu konsep depa. 

Konsep aku? 
KAU YANG PRINT ADA AKU SURUH KE? KESAH PLAK AKU?

Dah beli tu..mak aku pun cam...takpe la at least ada gambar kenangan. Masalahnye kenangan kalau lawa takpe jugak. Sendu sangat rupanya. And suddenly got me thinking balik, sebenarnya hak kita kot nak bagi consent amik gambar ke tak. Mana boleh dia amik gambar and simpan sebab tu melanggar hak kemanusiaan *gitew emosi dia, tapi betul ok!*

Masa tu kepala aku dah weng. Bayangkan la tidur tak cukup berjalan sana sini. Its almost 11 masa dah balik tu. 


Mandi terus kebabom tido! 





Annekayra™. Powered by Blogger.