Showing posts with label makeup. Show all posts
Showing posts with label makeup. Show all posts

Saturday, September 3, 2016

TRYING OUT NEW STUFF & MY NEW BABY!

Salam and hi!

Kelmarin masa national day aku keluar dengan kawan aku, boleh kata the whole day jugak lah. Pagi tu memang bangun lambat sikit, pasal cuti kan. After days of working plus short of staff lagi. Memang penat tu terasa sikit. So pagi yang cozy sebegitu of course aku golek-golek dulu and all. 

So memandangkan akan keluar seharian, I decided to test out some of my new makeup stuff. Sebab, even aku suka makeup and it is one of my side income too, aku jarang la pakai  makeup on daily basis. Almaklum la, malas tu satu hal. Sebenarnya nak buat collective haul tapi eh tak larat pulak nak mencalit banyak-banyak makeup. I bought quite a lot recently but tengok pada keadaannya, aku kena buat few seperate posts la.

Tak daya wehhhh nak buat sekali harung! 

One of the things i recently bought was the Kat Von D Lock It Foundation. Sebab nak keluar kan, so marilah pakai, sebab baru nampak keberkesanan pakai all day long and pegi keluar bagai berpeluh bagai haha. And also, aku pair kan dengan Nivea After Shave Balm in Sensitive, yang ramai dok heboh as one of the best primer. Semua gara-gara Nikkietutorials ler ni kan, apa benda dia cakap best harossss semua nak try. Finishing, I used the Skindinavia Finishing Spray in Bridal.

I'M IN THE SHADE Medium 53.

I like the packaging. Semua orang tahu foundation kalau comes with pump is better. Well, sapa hadap nak main tuang-tuang atas tapak tangan sekali setengah botol terlajak tuang kan? 

*jeling kat Revlon ColorStay Fondation

CLEARER PICTURE OF THE PACKAGING

It has stopper kat the source of the product, which pada aku memang compliment the look and lawa. Look at he design. Eh sayang terus nak buang haha. 

Also the top (pump) pun ada logo dia. 
Nampak cam harry potter pun ada lol

I kinda forgot to do a swatch on my hand tapi let me tell you one thing, this foundation has made its way to be my favourite! Sebab, its super thick and of course full coverage, Almaklum, sis muka banyak cela kahkahkah

Yeah, I'm a fan of full coverage foundation. Takyah nak pakai banyak-banyak. This one, i only use about 1 and half pump for my whole face. Nak tebal lagi, banyak lagi la. Sis tak sanggup. 


Pakai ni sebagai primer. Let see what's the hype all really about. Bau of course ba maskulin, tapi sis tak kisah sebab sis suka je bau camni. Macam bau boyfriend lekat kat muka gituh. 

*PANGGG SEBIJIKKKK GATAI NOHHH 

Yang aku menyampah, botol dia kaca. Berat la nak kalau nak bawak kemana-mana.


Ready to go. Masa ni tak pakai tudung lagi. 
Makeup cuma foundation and little bit contour and blusher on my cheek.

Lip : Kat Von D Liquid Lipstick in Lolita II (Review will be in another post)



Masa nak keluar ni about 2pm macamtu. Finishing dia, aku pakai Skindinavia Finishing spray in Bridal. Supaya tahan lebih lama and set nicely on mah faceeeee.

Dah siap pakai tudung semua maka marilah memulakan perjalanan hari tu. Of course kena pergi rumah gendut dulu amik dia. Muka dia nak amik aku memang taklah. Ada pulak lesen minah tewww? Aku pakai tudung yang mana dia ada jugak corak yg sama. Aku malas nak bagitahu dia awal kang dia suruh aku tukar kalau kitorang terpakai sama. So biar aku pakai dulu je, kalau dia pakai juga, dia la yang tukar pasal kat rumah dia dah kan hahaha. Tapi nasib baik, dia pakai tudung lain hiksss.

In natural lighting. 
*Matik la kena kecam letak muka besar talam kat sini.

Remember my previous post pasal masalah hati tew? Akhirnya setelah ditimbang tara, maka I've decided to get myself a compact camera. Supaya senang aku nak usung kemana-mana tanpa mematahkan bahu bawak DSLR. Maybe kalau travel, yes. Tapi untuk daily basis memang tak lah. Silap silap bukan beg je putus, dengan bahu-bahu aku sekali tergeliat.

Berhari-hari jugak lah aku duk tengok review sana sini. Aku sebenarnya ada dua pilihan, samada Sony A6000 atau Canon G7X Mark II. These two always comparable to each other. Here's the thing, I've always a Canon person. Orang kata which one you are more comfortable with, kau cuma tahu when you get you hands on it. I've tried Nikon, Sony.. but hati aku always lah kepada Canon. And untuk this compact camera ni pulak. Sebenarnya aku lebih kepada Sony. Well before this pun aku tried the DSLR so why not give a chance to Sony kan. Lagi pulak based on review, quality audio dia aku lebih suka Sony berbanding Canon tu. Takde la big difference tapi Sony punya lagi aku suka. And it has wider lens, too. 

BUT....................

One thing yang turn me off in buying that is.............

Screen dia takleh nak flip ke atas!
Max pun cuma 90° je lah. Untuk shoot ke bawah. 
So, takpe lah. Biarkanla Sony disitu. Jodoh aku memang dengan Canon saja.

*lambaian syahdu kepada Sony A6000


So off we went to Lowyat Plaza. Sebab dah call merata semua takde stock. And harga pun mahal nak mampus dah kenapa kan. Call Fotokem Lowyat, dia cakap ada stock and harga pun ok. So ayuhhhh! Sampai je sana aku campak je kete aku ke Valet. Mesti dorang mengata kete aku sendu gitu pun nak letak ke Valet jugak. Eh dulik apah aku ya, aku malas nak cari parking kau apa tahukkk??

Bila sampai kat Fotokem tu, the sales guy tu cakap takde stock pulak. Kena tunggu dalam sejam lebih camtu. Eh eh kau ni. Tadi call cakap ada?? Tumbok nak?

Tapi memandangkan kitorang pun belum makan, so we decided to have lunch dulu la. Sejam je pun, tak lama mana tu. Aku tanya sejam lebih tu lama mana, dia kata about 1 hour 15 mins camtu. Sabar je lah hakak. Dah, jom makan dulu! Nasib baik kat LG banyak kedai makan.

Dah sampai LG bergaduh pulak dengan gendut nak makan apa. Kalau dengan dia takde benda yang mudah. Semuanya nak bertekak dengan akuh!

Akhirnya, kata sepakat dicapai dengan makan dekat Shihlin Snack! Dappppp wehhh. Baru order and letak bontot, food pun belum sampai, tetibe kedai call cakap camera dah sampai. Eh eh eh kau ni sekali lagi. Kata sejam lebih ni baru 15mins! Memainkan hati perasaan akak tahuuu?

Aku cakap nak makan dulu, nanti aku datang. Jangan pisahkan akak dengan food, kenottt ok!

TEMAN BERGADUH YANG SUPER ANNOYING, ESAH AJEMAN.

Makan Shihlin ni bukan apa, teringat trip Ipoh dulu, hihih. Korang pernah try? Bagi aku Shihlin ni lagi sedap dari Ayam Bob. Sebab lagi besar and juicy. Nyums!

Dah habis makan tu moh la kita naik balik pegi amik camera. Mak excitedddddd! 

Sekarang ni macam-macam camera la hado kan. Aku hampir-hampir sebenarnya nak beli Dji OSMO tapi apekejadahnya kan nak beli camera gtu. Dah la aku ni bangsa pemalu nak bervideo di khalayak ramai. haha. So, marilah sedar diri.

 Case sold separately. Kodokuit betul bagi je la free!

 Kitab panduan.





AND INTRODUCING..................


MY NEW BABY.....................






I'M A HAPPY PERSON!!!!!!!!!!!!!

Hehehhee. doakan daku lebih gigih berblog hahaha. 

Since the case sold seperately, terpaksa la laburkan duit beli case dia pulak. Mahal boleh tahan. And also screen protector, sebab the model is quite new, screen protector penuh takde. Kecik sikit pun jadilahhhh. Harga mahal jugak utk secoet kecik begitu pun! Cekik darah ya hidup sekarang semua benda mahal!

Lepas dah beli camera, alang-alang dah kat situ jom la kita jalan-jalan sat. Lowyat tu tah bila time takde manusia entah. Penuh setiap masa. Yang peliknya ada jugak parents bawak anak-anak naik stroller jugak. 

*nangis di kaki stroller

Bukan tak boleh bawak, tapi alangkan kita yang berjalan pun berlaga bahu. Ni nak paha aku bergesal stroller anak kau pulak? Adoiiii. Bagi aku tu bukan tempat budak-budak la. Penuh manusia, penyakit senang tersebar tahuuu?

JUMPA NI. MACAM COOL! 
So belik!

Sementara tunggu Esah bayar. Almost 4 hours after. 
Still okay!

Sumpah ramai gila orang. Aku rasa macam nak terjun keluar haha. Panas berkuap semua ada. Pening! Lepas dah beli, terus lari amik lif turun ke LG. Buat apa? 

BELI AYAM SHIHLIN LAGI WAKAKAKKAKAKKA

Jangan mengata, okay! Kami memang kuat makan sikit kalau keluar berdua. KAH!

Lepastu terus balik. Tak sanggup duk tengah KL lama lama lah hoiiii. Masa balik tu, area rumah si Esah ni, tetiba kete aku bunyik kuat, terkejut akuuuu. Berenti tepi jalan jap bagi rehat sambil makan shihlin. Nak anta workshop, mana la ada bukak time PH camtu. Lepastu singgah beli Sausage Ayam Bob kejap (see makan lagiikkk)

Sambil testing camera baru...... hiks!


INI AYAM BOB. TAPI SAYA TAK BELI. SEKIAN.



So lepas drop dia balik aku cepat-cepat drive balik. Cuak! 

Dah sampai umah lepak jap dalam kete, nak pasang car holder baruuuu! Yehaaaaaaa!



Sukaaaaaaaaa sebab charger dia pakai magnetic port macam ni. So senang kalau nak guna phone amik je and tayah susah-susah cocok, letak balik je, and dia akan charge macam biasa :) Nampak kemas pun ya. Walau kereta aku sendu tapi harus kena kemas ya!



TARAAAAAAAAAAA!!!!


Kemas gichew walaupun engine bunyi seakan lori. Haha.

Jangan risau, by the time entri ni ditulis kereta aku dah sihat balik dah pon :D


Di akhiri dengan wajah aku lepas about 7 hrs ++ keluar.

Not bad. Pada aku, ada part nampak patchy sikit which is normal la. Kulit aku pulak combination so memang ada part nampak berminyak sikit. Tapi overall, aku suka. Finishing tetap nampak okay even after long hours. Primer and finishing part pun aku rasa okay sebab the makeup sticks good. 

Foundation ni memula pakai memang rasa tebal, tapi throughout the day, dia akan blend in and nampak lebih natural. So jangan risau ok!

So sesiapa yang nak dapatkan foudation ni jangan risau, anda tidak akan kecewa. Boleh dapatkan di Sephora priced at RM179. Nivea primer tu, takde di Malaysia, i bought it ready stock dengan one online seller, harga RM40 boleh email me kalau nak details seller. Also, the Skindinavia pun takda di Malaysia. Tapi boleh order directly at http://skindinavia.com. Alright?


See you next entry,
Annekayra.



Thursday, August 25, 2016

MY FIRST JEFFREE STAR VELOUR LIQUID LIPSTICK!



I might be tertinggal keretapi in purchasing this.

 You see, I love makeup so much. I love all about it. For me it's a way of self-expression. I'm addicted to it. But, I dont simply buy things for the sake of nak review. Maybe, one day once duit aku dah berkepuk-kepuk bila dah buat video kat Youtube jadi beauty guru ke mana tahu kan (HAHAHA) mungkinlahhhh aku beli untuk review. As for now, I buy what I think I'd like, yang aku akan guna (ok ni tipu sikit most of the time jarang guna pun) but you know what I mean, things yang aku rasa best dan suka lah basically.

American indie cosmetic brands memang banyak. Those yang suka makeup of course akan tahu, and aku selalu geram je tengok. How I wish industri makeup Malaysia pun berkembang pesat camtu jugak. Nowadays, memang banyak but when I tried some, the result was not up to my expectation. Tak tahulah, maybe i expected too high. I dont know. 

Anyways, kalau sebut Jeffree Star ramai lah MUA or makeup addict tahu. He's actually started back in the days of MySpace. Kicked off with his music career tapi of course, aku bukanlah peminat music dia or style emo dia. But when he started his cosmetics line, i was kinda keen to try sebab products dia bukan la full range makeup, only lip products and recently dia keluarkan highlighter range and also an eyeshadow palette and bagi aku unique 

And being me, a matte liquid lip sucker - nak cuba. Tapi malassssssnyaaaaaa nak order. Mostly pun pre-order. Sis adalah bukan orang yang penyabar sangat pun. Kadang-kadang, harga yang org letak is ridiculously high tak masuk akal, aku faham it is not avaibale in Malaysia and exchange rate could be the reason, shipping whatnot. Tapi melampau mahalnya wehhh. Sis tak sanggup. Lagi pulak not all colors i can wear, being a human with kulit Latina ni kahkahkah

So finally time I decided to try one, the color yang aku rasa the only one aku boleh pakai and seriously memang cantik DAN ALWAYS SOLD OUT. So, bila sampai time dia restock memang gigih la aku order, plus ETA pun tak lama. Sudah bagus. Walaupun harga jadi RM10 lebih mahal kerana aku terlepas dateline order dia and this girl was kind enough to place another order for me, it's just that aku kena bayar shipping sendiri la. Malas nak pening kepala, I agreed je. Satu kaler je pun. Ni kalau sold out jugak aku memang dah give up nak beli sebab lambat nauuuuu restocknye pun..........


So siang malam pagi petang, akhirnya tiba jua.

Excited okay. My first ever Jeffree's liquid lipstick!

Presenting, Jeffree Star Velour Liquid Lipstick; in shade, ANDROGYNY.



Shade ni sebenarnya nak tahu lawa ke idok, ofkos la kena pakai. Cause whatever you saw on the net has been applied on tons of different skin tones. Nak google, make sure la google warna yang orang review almost sama warna kulit dengan kau ya. Selalunya aku, kena yg gelap sikit almaklum kulit latino. haha. JS kaler dia banyak jugak yang extreme sangat utk aku pakai, and ofkos yg light pun banyak kulit cam aku nak pakai tu boleh tapi konpiden harus tinggi ya haha.

Androgyny ni shade dia macam dusty purple, ada pink sikit. Memang warna fav aku lah tu. Almost all my collection pun, semua kaler nak dekat sama. Ada orang bising aku beli kaler-kaler gitu. Mr Riq lettew....sebok je. Dia apa tahu kennnnn...



Maafkanlah kotak yang separa hancur because honey, it made all the way from the USA to MY yo.

So ini lah yang ada diluar kotak, selain details of co and ingredients. Very long lasting, dan yang paling aku pentingkan in a liquid lip is the opacity. This one hands down!

Ingat ye, NO MAKING OUT, KISSES ARE OK! Belom kawen? DOK DENDIAM!



This is how the packaging looks like. Suka sebab botol gemuk pendek macam tuan dia jugak. Simple design, font chrome rose gold in color. And of course, signature brand logo and...stars!


Sekarang ni banyak ye fake JS dijual dimana-mana and mestilah hampir sama dengan original JS. One more feature yang aku suka about the packaging is the 'locking system' (amboi system katakauuuu) yang ada kat tengkok botol ni haha. Tengkuk pun tengkuk la yek. Basically what it does is bila ka twist, dia akan lock and bunyi 'klik'. Mostly aku baca fake punya JSLL takde macamni ya, cuma twist biasa, Sedikit sebanyak maybe it helps ler ye.


And the applicator handle should be like this ya - CLEAR AND THE APPLICATOR IS NOT FLAT, OR SLANTED FLAT KE. It should be slanted and ada lekuk di situ, Macam dalam pic la yeh. Acik fail la explain kahkahkah. Supaya bila sapu kat bibir just nice ikut shape natural bibir kita :)

Itu la serba sedikit first impression. Product wise, i like. Macam aku kata sangat opaque, dan dries matte. quite fast dia set dan no transfer unless; of course, if you makan oily food laaaahh kan.

Dan marilah kita akhiri dengan pic tuan tanah pakai warna ni in her last makeup session haha. Dah kenapa bulu mata aku macam tercongek pulak padahal ok je. Angle lah tu ya. (Motip explain?!?)


I'M LOVING IT!


Friday, September 4, 2015

Sleek Makeup Palette.

Salam and hi.


Banyak sebenarnye post pending dalam draft. Tapi being me, super pemalas OR, kalau tetiba je ada keje memang ke laut sikit mood nak update belog. Dasar sangat kan perangai. Lagi satu penyumbang kemalasan tak lain dan tak bukan adalah bila kena transfer gamba. Ok tak kelakar sangat. Sekarang ni amik gambo pakai phone sajer. Tapi punya la lembab nauzubillah nak connect as usb pon. Rajin pulak aku nak email satu2 gambar kan? Memang tak la!

Today nak citer. Pendek-pendek je la light2 eh. 

Haritu masa gaji dah shopping sikit. Every month biasalah being a woman of course nak shopping la as a reward sebulan keje kan. Apa lagi, biasanya memang mekap je aku sebat. So haritu masa watson ada promo foundation Revlon buy 1 the 2nd get 50% off tu aku rembat la dua. Pastu masuk SaSa pulak lagi terbeli lagi. Takde la banyak sangat damage nya. Cuma rasa macam bersalah pulak haha. Saiko. 

Dalam hati janji2 ok ok ni last. Siap call R cakap 'ni last la kite beli tau. Ingat jangan bagi kite beli lagi tau tau.'

Harapan memang tinggal harapan.

Selang berapa hari Luxola bagi email kat aku. 



Mak encik dah tak senang duduk dah. Gile ke hape taknak kalau 50%. Dah la range dia harga takde la mahal mana yet quality bagus. Palette dia serius lawa-lawa. Those nak start makeup, nak start belajar makeup, better beli these palettes sebab affordable dah tentu. Yang penting bukan cap hayam pasar malam or fake ye. Pleasepleaseplease jangan beli fake. Biar murah asal bukan fake, ok?

Dah dapat ni aku pikir-pikir, Harus beli or tak. Ok mari kita browse add dulu to cart dan kita try apply code ni jadi ke tak.

Bongok. Dah tentu-tentu lah jadi.

Dah nampak figure dia after less, magadddd. Sape nak bagi diskon sampai setengah harga weyyy. Gelupur. Nak call R pun kena susun ayat sebab tanak bagi malu haritu dah janji taknak beli lagi kan. Last last call aje buat muka tebal. Duit aku tu, ye lah. Tapi dah terbiasa bagitahu dulu, supaya ada barrier lagi la yang bisa mentarbiah aku sebelum decide nak beli (most of the time failed je pun haha). 

Bila dia tanya perlu ke....

Memang la tak, TAPI 50% OFF!

K.


See. Tarbiah pun tak berjaya menembusi tamak haloba hatiku ini. Tapi kira ok la, dari 4 palettes aku kurangkan satu jadi 3 HAHAHAH. Harga asal dari 190+ jadi la 89 saja. Happynya tak terkira! Tambah lak tetiba Luxola email cakap saya dah jadi LX Silver Member wahhhh lagi la teruja walaupun tak faham sgt apebendenye benefit dia. Whatever. Janji bukan membership biasa. Boleh gitu?

Dah tu hari yang dinanti tiba. Nothing beats the feeling of dapat makeup baru okehhh!



Lalalala. Of course color tebabom meletop okey. 

Aku beli 3 new addition to my Sleek family. Before ni dah ada Matte V1 and V2. 
So these are Au naturel, Sunset, and Oh So Special palette. Ada lagi palettes yg berkenan di hati namun out of stock kekdahnye. Nak gambar buley gugel. Malas pulak nak menepek gambar.

Nanti2 rajin akak buat swatch ek, nak review insyaallah la jugak. Doa-doakan setan malas ni semua berambus dari diri. Haha. Tapi review pun, benda ni dah lama jugak la. Macam ada lagi ke nak review kan. 


Yang pasti tak sabor nak main makeup-makeup hujung minggu uols!




Monday, September 1, 2014

Makeup and me.

Tahu tak?

Tahu apa?

Tahu tak agaknye perasaan aku yang kerja on public holiday? pffth.



Anyways, on the bright side takde la monday blues sangat sebab jalan raya kurang orang. Even kerja pun kurang because customer tak ramai. Cuma bila tak ramai, mengantuk laaaaaa.


So, meh la nak cerita something. Maybe tak semua tahu, I'm a fan of makeup, fanatik one. Dah lama buat makeup sebenarnya. Cuma jarang amik job sebab aku ada fulltime job yang memerlukan aku kerja ikut shift dan jadual (kerja mana takde jadual, duh!). Jadual pulak kadang-kadang keluar lambat and not for the whole entire year. Its monthly basis. So agak susah sebenarnya untuk aku amik job atas tarikh yang belum pasti aku free ke tak. And sometimes due to training, memang aku tak dibenarkan amik cuti. Or erti kata lain kalau aku apply pon application form tu akan dibaling semula ke wajah aku (ok tu tipu!). Yang pastinya kena reject laaaa kan.

Jadi lately I've been into makeup again, not to work lah. eh jangan taktau aku pegi keje takde mekap secalit ya. Memang if my colleague yang mana follow social media aku tu and tak berapa kenal aku memang terkejut gak la kengkadang tengok muka makeup aku sedangkan wajah pegi keje macam bibik aje rupanya! Haha! Aku memang tak pakai makeup pegi keje sekarang ni. Dulu masa previous company memang rajin bangun awal menepek foundation, eyeshadow cut crease *kau mampu?*  lagi haaaaa. Tapi bila dah start keje kat company sekarang ni sifata malas makin menjadi jadi katakau.  So yeah, semenjak dua menjak ni kerinduan terhadap makeup semakin mencengkam lantas aku pun main-main la conteng muka malam-malam bila habis keje tu. 

Ans i was thinking alangkah bestnya kalau aku boleh buat makeup service macam dulu. Yang travel sini sana and earn side income. 

PENAT.
tapi for sure puashati. 

Silapnya aku dulu, I didn't really care about taking pictures. So testimoni tak banyak plus yang seciput tu pulak hilang sebab pendrive tah kemana. Takde rezeki la kot. So nak taknak kena start balik la. 

Cuma aku cam kesal sikit dengan kehendak yang tak selari dengan bayaran sekarang. Bukan dengan aku sahaja, banyak yang terjadi antara kawan-kawan MUA yang lain. Yang mana buat makeup dengan offer murah-murah bezanya pada mesti pada skills, atau pada jenis produk yang dia guna. Mungkin tak semua, mungkin ada yang memang murah hati nak promo dengan harga yang melampau murah walau pakai produk original berjenama. But not all the time they would, you know. Lets just face the fact, there must be a reason why most of the makeup products are expensive. Sedangkan foundation drugstore pun paling murah RM50-60 and above. Eyeshadow high end satu pan paling murah pun RM40 and above. Palette lain cerita. Yang pasti, semua makan ratus dan jangan lupa, skills yang paling penting jugak. Kalau high end products tapi skills ke laut lagi la takleh blah, langsung tak cantik muka kau.  So macamtu juga dengan service makeup, mesti ada reason kenapa dia mahal - and vice versa. Harus la ada reason kenapa dia murah jugak kan? So jadi bijaklah dalam memilih. Janganlah tanya harga lepastu dikutuknya pulak cakap kita tekan harga mahal. Ada sebab dikkkk. Kita pun beli makeup, bukan pakai pasiaq! Huhu.

Tak marah. Cuma kesal.
Duduk dan fikir la. 

Lagi2 bakal pengantin. 
Tips ye, TOLONG JANGAN KEDEKUT UNTUK KELUARKAN KOS FOR TRIAL MAKEUP. Please please. 

Ada sebab. 

Pertama -
Untuk makeup artist tu kenal jenis kulit awak, kenal warna kulit awak, bincang kehendak awak (if any) and test if its working out for you before you jump into making decision. Keputusan besar kot nak pilih makeup artist! Cuba bayangkan eh, hari kau kahwin makeup kau buruk dari apa yang tengok dalam internet or gambar. Tak ke haru? Nak marah siapa masa tu? MUA pun kena jugak okeh. Kononnya "takyah trial lah, I ikut jer You buat apa nnt" Lepastu masa makeup ikut tekak si MUA ni tiba-tiba mak taksuka lah, makcik cakap terang sangat lah. Macam-macam pulak cengkadak yang keluar. Pastu ingat makeup boleh padam2 ker? MASA TAU TAKKKK. Masa tu emas diknon. Kang kau siap lambat satu hal ler pulak kan.

Kedua -
Masa tu la kau tengok perati makeup yang dia guna, macamana kesannya atas muka kau. Breakout ke tak, tengok skills macamana kena tak ngan taste kau. Memang semua berbayar even for trial pun. Tapi logik, itu semua masa dan effort jugak so mustahil la free. Tapi fikir about kelebihan trial makeup ni, banyak sebenarnya demi menjanjikan hari bahagia kau semua lancar terjamin gitu. 

Okay?
Terbebel banyak pulak. Sekarang waktu balik keje. Esok-esok aku free kita jumpa lagi sembang pasal makeup okay? Tinggalkan jejak kalau anda jugak suka makeup sepertiku. Hiks!

Salam! 
xoxo

Annekayra™. Powered by Blogger.