Monday, September 1, 2014

Makeup and me.

Tahu tak?

Tahu apa?

Tahu tak agaknye perasaan aku yang kerja on public holiday? pffth.



Anyways, on the bright side takde la monday blues sangat sebab jalan raya kurang orang. Even kerja pun kurang because customer tak ramai. Cuma bila tak ramai, mengantuk laaaaaa.


So, meh la nak cerita something. Maybe tak semua tahu, I'm a fan of makeup, fanatik one. Dah lama buat makeup sebenarnya. Cuma jarang amik job sebab aku ada fulltime job yang memerlukan aku kerja ikut shift dan jadual (kerja mana takde jadual, duh!). Jadual pulak kadang-kadang keluar lambat and not for the whole entire year. Its monthly basis. So agak susah sebenarnya untuk aku amik job atas tarikh yang belum pasti aku free ke tak. And sometimes due to training, memang aku tak dibenarkan amik cuti. Or erti kata lain kalau aku apply pon application form tu akan dibaling semula ke wajah aku (ok tu tipu!). Yang pastinya kena reject laaaa kan.

Jadi lately I've been into makeup again, not to work lah. eh jangan taktau aku pegi keje takde mekap secalit ya. Memang if my colleague yang mana follow social media aku tu and tak berapa kenal aku memang terkejut gak la kengkadang tengok muka makeup aku sedangkan wajah pegi keje macam bibik aje rupanya! Haha! Aku memang tak pakai makeup pegi keje sekarang ni. Dulu masa previous company memang rajin bangun awal menepek foundation, eyeshadow cut crease *kau mampu?*  lagi haaaaa. Tapi bila dah start keje kat company sekarang ni sifata malas makin menjadi jadi katakau.  So yeah, semenjak dua menjak ni kerinduan terhadap makeup semakin mencengkam lantas aku pun main-main la conteng muka malam-malam bila habis keje tu. 

Ans i was thinking alangkah bestnya kalau aku boleh buat makeup service macam dulu. Yang travel sini sana and earn side income. 

PENAT.
tapi for sure puashati. 

Silapnya aku dulu, I didn't really care about taking pictures. So testimoni tak banyak plus yang seciput tu pulak hilang sebab pendrive tah kemana. Takde rezeki la kot. So nak taknak kena start balik la. 

Cuma aku cam kesal sikit dengan kehendak yang tak selari dengan bayaran sekarang. Bukan dengan aku sahaja, banyak yang terjadi antara kawan-kawan MUA yang lain. Yang mana buat makeup dengan offer murah-murah bezanya pada mesti pada skills, atau pada jenis produk yang dia guna. Mungkin tak semua, mungkin ada yang memang murah hati nak promo dengan harga yang melampau murah walau pakai produk original berjenama. But not all the time they would, you know. Lets just face the fact, there must be a reason why most of the makeup products are expensive. Sedangkan foundation drugstore pun paling murah RM50-60 and above. Eyeshadow high end satu pan paling murah pun RM40 and above. Palette lain cerita. Yang pasti, semua makan ratus dan jangan lupa, skills yang paling penting jugak. Kalau high end products tapi skills ke laut lagi la takleh blah, langsung tak cantik muka kau.  So macamtu juga dengan service makeup, mesti ada reason kenapa dia mahal - and vice versa. Harus la ada reason kenapa dia murah jugak kan? So jadi bijaklah dalam memilih. Janganlah tanya harga lepastu dikutuknya pulak cakap kita tekan harga mahal. Ada sebab dikkkk. Kita pun beli makeup, bukan pakai pasiaq! Huhu.

Tak marah. Cuma kesal.
Duduk dan fikir la. 

Lagi2 bakal pengantin. 
Tips ye, TOLONG JANGAN KEDEKUT UNTUK KELUARKAN KOS FOR TRIAL MAKEUP. Please please. 

Ada sebab. 

Pertama -
Untuk makeup artist tu kenal jenis kulit awak, kenal warna kulit awak, bincang kehendak awak (if any) and test if its working out for you before you jump into making decision. Keputusan besar kot nak pilih makeup artist! Cuba bayangkan eh, hari kau kahwin makeup kau buruk dari apa yang tengok dalam internet or gambar. Tak ke haru? Nak marah siapa masa tu? MUA pun kena jugak okeh. Kononnya "takyah trial lah, I ikut jer You buat apa nnt" Lepastu masa makeup ikut tekak si MUA ni tiba-tiba mak taksuka lah, makcik cakap terang sangat lah. Macam-macam pulak cengkadak yang keluar. Pastu ingat makeup boleh padam2 ker? MASA TAU TAKKKK. Masa tu emas diknon. Kang kau siap lambat satu hal ler pulak kan.

Kedua -
Masa tu la kau tengok perati makeup yang dia guna, macamana kesannya atas muka kau. Breakout ke tak, tengok skills macamana kena tak ngan taste kau. Memang semua berbayar even for trial pun. Tapi logik, itu semua masa dan effort jugak so mustahil la free. Tapi fikir about kelebihan trial makeup ni, banyak sebenarnya demi menjanjikan hari bahagia kau semua lancar terjamin gitu. 

Okay?
Terbebel banyak pulak. Sekarang waktu balik keje. Esok-esok aku free kita jumpa lagi sembang pasal makeup okay? Tinggalkan jejak kalau anda jugak suka makeup sepertiku. Hiks!

Salam! 
xoxo

Thursday, May 1, 2014

Daidomon Japanese BBQ!

This was on Tuesday. Bukan selalu dapat cuti panjang sikit kan. Lepas gaji la pulak. Dah lama gila tak keluar makan due to keje banyak and whatnot. Office sekarang schedule dah tunggang langgang sebab nak reconstruct balik the team. Ok lah whatever, tapi gila takde life nak sesuaikan diri dengan jadual baru all that. 

On Tuesday aku pegi basuh kereta dulu, bangun lambat sikit hari tu. Kereta putih gila tak basuh mmg buruk gila dah rupanya. So aku pegi hantar laundry sekejap and terus basuh kereta. Bila dah kemas bersih comel barulah feel nak berjalan tu sampai. Around 3ish baru keluar dengan MF (mr fiance) heading to do banking dulu. bayar itu dan ini, setel few things baru lah fikir nak makan mana. Here's the thing, kitorang ni suka makan - we're both food enthusiast tapi bila time nak makan je mula tercangak-cangak nak makan kat mana. Tetiba tekak aku ni terasa nak makan something grilled. So we decided to just go mana yang dekat je. The other day dia pernah pegi Japanese BBQ kat Great Eastern Mall, katanya reasonable and tastes good too so why not I give it a try since tak pernah pegi lagi. 

We called up, ingat nak buat reservation la for dinner buffet that'll start at 6pm onwards tapi since takde org mana pun, dia cakap datang saje. Macam pelik at first, kang datang takde tempat apa nak buat? Aku ni dah masuk kategori kempunan pun ada ni. There was some time to kill masa tu, so we decided to just pegi beli barang sikit and lepak-lepak dalam kereta kejap. dalam 5+ baru gerak, agak awal jugak sebenarnya but considering takut jam which turned out to be true. Sampai sana just nice around 6-6.10pm macamtu. Sampai je memang harus pon tak buat booking since memang takde orang! We're the only ones there and the buffet table was not even completely ready yet. Harus la happy mak hencik!


Harus amik sebelah dengan buffet table ya!

The place sangat cozy. Boleh pilih nak duduk ala meja jepun ke atau meja kerusi macam yang kat atas ni. The place is hugeeee. Ingatkan kecik sajork tapi bila tengok belah tepi meja aku ni ada banyakkkk lagi partition siap dengan japanese private rooms lagi. Have no idea berapa max capacity though. Aku rasa dalam more than 100 at a time pun boleh rasanya. Imagine kitorang dua ekor je kat situ. Haha!

The price for buffet malam tu around RM51++ per pax. Ok la tu within budget lagi sebenarnya. 


This is the menu untuk daging-daging yang kau nak -boleh pilih whether nak grilled atau shabu-shabu ikut la kan mana yang berkenan di hati. Shabu-shabu ni steamboat lah ye pada mana yg tak berapa familiar tu. Banyak choices - from beef to lamb and also fish. Sashimi beef dan seafood pon ada - yums! Aku of course la pilih nak grilling sebab dalam palahotak dah set nak makan grilled kan. 

Actually dalam hati nak korean (I'm a korean addict for that matter) but later did I know that they served kimchi as well! Phew, hilang craving mak hencik! Terubat la sikit jiwa lara!

 First we ordered sashimi set. The salmon is yummy! 

Salmon sedapnya! Not the best as for the texture I've ever had but it tasted delishhhhhhh! I only dare to makan salmon and also octopus, not the mackerel sebab tak pernah makan so takut spoil je mood if la it happen to be hanyir or whatnot. Sashimi kalau tak kena cara mmg boleh hanyir ya. For this restaurant aku tak expect tinggi as it is not that high-end jadi ada sikit doubt di situ. Ehe.

Makan sashimi sambil tunggu 4 sets of beef yang kitorang order. It was ox tongue and ape ntah lagi 3 sets tu. Sorry tak berapa ingat, boleh? Haha.



Bring me my beef!!



Sizzlin'........

Masa ni dah start bangun pi jalan-jalan round buffet. Since  takde orang, buat la macam umah sendiri gituh. Banyak choices jugak. Tak sempat snap any photo of it so aku mana aku makan je lah yea. Antara buffet spread dia was tomyam seafood, mihun goreng, nasi goreng hainan, fish and vege fritters (OMG sedap gilaaaa sumpah tak tipuuu), stir fried vege, black pepper beef (sedap nak mamp jugak!), grilled chicken, assorted sushi, side dishes macam kimchi, potato salad and whatnot. Drinks dalam 5 flavors camtu. Some dah lupa la pulak since tak amik gambo kan.

 Hasil round 1 : dory fish fritters, pancake (kot?) and beef black pepper yg sedap amat!

Sushis! and kimchi of course..........


Haaaaaaa sedapnyaaaaa! teringat-ingat balik ni ha. Definitely will come again. Sedap, kimchi pun sedap! Grilled ni best sebab kita buat sendiri, makan time panas-panas. Syiok!

Chicken, stir fried vege and dory fritters(ha nampak sampai repeat? sedap okeh!)

Chawanmushi.

Ha sape tahu chawanmushi ni? Japanese egg steam custard. Aku kenal benda ni sebab selalu makan sushi king. Kan ada dia bagi as side dish. Sedap and light, my fav! Kena pulak meja aku sebelah buffet yg ada chawanmushi ni. Ape lagiiiiiii. Tapi sedap lagi sushi king punya. Senang je nak buat ni sebenarnya, esok-esok ada masa kang aku nak try buat (depends pada tahap kerajinan gak sebenarnye ni haha!).

Lepas dah setel 4sets of beef kami order plak lamb and salmon! Ikut perasaan sebenarnye ni ha. Aku risau je tak habis, sebab wastage kena charge RM50 for any pembaziran 100grams and above ya. Gila kau, baik aku bayar buffet next time kotttt!


Salmon ni grilled sedap sgt sebab kulit dia jadi crispy2 gitew.

Start kat salmon perut aku dah takleh blah punya kenyang. Hahaha. Dasar pentamak siut. Rasa lah jugak sesikit. Maybe sebab aku sebat nasi goreng jugak, eventhough share tapi mengenyangkan sangat lah nasi tu. Nyesal amik. Tapi sedap! Camno la nak layan kehendak perut aku ni ha, napsu makan tinggi betul!


Total damage for two. Ok sebenarnya aku rasa. sebab kau boleh makan banyak mana kau nak. Lagi mahal dari Seoul Garden, tak silap SG dalam rm40 something jugak la kan. Not much difference pun aku rasa, compare pada keselesaan, kebersihan tempat tu, staff and all overall Daidomon is winning. So aku rasa harga ni ok je kot.

So sape yang nak try, boleh je pegi ke Daidomon Great Eastern Mall ni. Parking pun RM1 je, tak ramai orang, tak sesak. Dulu selalu je nampak deal kat Groupon dalam RM30 something je. If you happen to come across, beli je sebab worth it aku rasa.

Akhir kata, hopefully you'll enjoy the food as much as I did! :)

Sunday, April 27, 2014

From office with love..

Salam!

Selamat petang to those yang tengah melepak-lepak kat rumah tu. Ewah-ewah mentang-mentang hari Ahad kemainlah korang berguling bergumpal depan tv tu yer. Gitu seronoknya tapi ingat sikit esok hari Isnin, sedialah nak menangis melawan graviti katil korang yang terlebih kuat di pagi hari. Belumkira lagi Monday blues karang. Haa.

Oh yes u read the title right, i'm at the office right now. For the whole month aku shift kerja weekend dan cuti Selasa and Rabu. Kerja pun at 11am balik 8pm. Fuhh nasib tak kawin lagi. kalau tak masak jugak la nak juggle time. Mana nak masak utk anak-anak, kemas rumah, basuh baju. Mampu mengharapkan husband je (over sangat pemikiran liar kau ni) ewah macam dah berlaki katakooo. At first rasa macam sucks habis la sebab weekend kena kerja but then after a while macam best pulak. Sebab weekend pakai santai je, and orang takde la ramai mana. And aku takde la nak monday blues bagai infact Monday will be the greatest day of the week since selasa dah cuti kan. 

Yang lagi best is this week la, ada labor day lagi. So straight selasa rabu khamis cuti. Tak ke syurga? Akak up lagi amik leave on Monday so straight 4 days cuti merehatkan diri. Plan macam nak bercuti, dekat-dekat pun jadilah. But let see how sebab budget bulan ni macam nak kena salurkan kepada yg lebih penting so kena fikir-fikir and jadi bijak lebih sikit. Cuti-cuti biasa like a simple roadtrip also would be good, pegi Kuala Selangor ke, Sekinchan ke.. ahh the seafood makes me drool! Lama gila kot tak makan seafood. And i need to swim too. Mind you sejak keje sini almost 3 years dah stop swim. Rindu gila sebab segala penat jerih belajar nak berenang tu on my own ok. Sentimental gitu, aci tak?

Duhh baru perasan now (2.58pm) kat luar mendung gila, syok weh if i can shut my eyes now! sabar esok je lagi dah cuti! Speaking of rain, today turn rumah takde air. I heard they're going to catu up till september i guess (correct me if im wrong). if that were to be correct damn thats long. Raya macamana? *nangis*

Oh yeah i think i gotta stop here. Secara tiba-tiba kerja datang so till then ok!


Annekayra™. Powered by Blogger.