Salam and hi!
Longgggg overdue post. Sebelum semuanya hilang dari otak, makanya marilah merajinkan diri untuk update apa yang patut. Kemalasan takleh dibendung, kau dah kenapa kan?
Anyway, this short trip sangat sekejap plannye, reason sebab masing masing dah letih dengan kerja pun. Too tired mentally, seriously perlu rehat rehat. Lagipun mana pernah gi mana-mana jauh dengan si gendut. So here it is.
Why Ipoh?
Well, sebab dekat. Sebab aku sorang je yang bakal drive makanya wajib untuk pilih tempat dekat supaya aku tak kepenatan dan bertukar menjadi singa yang amukan tengah highway. Aku kalau penat senang cranky. Hahahaha. Secondly sebab banyak gak tempat menarik boleh pegi walau akhirnya rencana jadi kelaut and sikit je tempat boleh pegi. Ala but thats not the main point la actually. Dah dapat keluar dari hadap kerja tu yang penting. Rasa keinginan nak keluar dah membuak-buak, Bila ada kat tempat asing dari kebiasaan tu jadi seronok dah bagi aku.
Bila dekat, takde la banyak sangat kena spend on the fuel kan, tol apa bagai. Jimat dah kat situ. Hihi.
So before mula, harus la isi minyak dulu, isi angin dulu almaklum nak bawak dua manusia lebih muatan kan KOHKOHKOH. Dah tu, seperti biasa jam sikit jalan nak keluar dari jalan besar tu. Asal sabtu ahad mula la sesak, Ye paham semua nak menikmati hari minggu, tapi boleh tak korang tido lebih sikit before keluar?
And yes, kita keluar pun lambat la jugak around 9 ke 10 macamtu? Maklom lah jumaat keje, kepenatan oi nak pack bagai lagi kan. Plan asal, nak gerak malam Jumaat tu. Senang, and malam sejuk sikit. Tapi mengenangkan cerita-cerita orang dekat highway malam-malam, tambahan pulak if rosak ke apa, erm....nevermind. Masak la aku agaknye kalau kena apa-apa. Takde masalah jangan cari malasah, okay?
Dasar penakut.
Manala aku tak naik darah pagi pagi buta hadap jem begini. Semua ni bukannya apa pun, semua tak menyabor nak masuk simpang, kadang tu dah lampu merah pun still jugak jalan sudahnye stuck orang lain takleh keluar. Eh kalau cite pasal pengguna jalanraya malaysia ni akak boleh jual buku la dik! Begitu banyaknye amarah khen!
After, the drive was smooth. Cars was not so much on the road. Pasang lagu bagai, memang syiok la cuma yg tak menahan is cuaca yang agak panas, silau kau! Lagu takyah cakap la, dari omputeh, malayu hindustan semua aku bedal. HAHAHAHA. Aku dah warn si gendut, kalau dia tido aku benti tepi jalan tido sekali dengan dia. Lantak biar lambat sampai!
Tak ingat ni kat mana, but almost there I think. Orang Perak agaknye tahu la kot? Sila komen ini dimana lokasinya kerana serious mengalir entah kemana memori ahkak ni. But anyway, aku suka sangat jalan lapang gini and view bukit or gunung ganan camni sebelah. Rasa cam chill gila drive.
Kisah disebalik signboard ni?
Agaknya semua orang penah nampak kan sign IPOH besar tepi bukit tu? Konon nak suruh la si gendut ambik pic, kata dua dua blogger kan? Sah sah la aku ni takleh nak amik dah dua tangan pegang stereng kete katanya. Time tu jugak la kamera tak fokus, time tu jugak la semua serba tak kena. Dah habis slow dah kete aku bawak last last miss jua.
Sudah, kau amik je signboard atas ni bukti dah sampai!
....kata aku, berang campur nak tergelak hahaha. Takpa takpa.......asalkan sampai dan ada bukti je nak masuk belog LOL.
Tempat bermalam dah book siap, sebab satu malam je pun so book yang selesa sikit. Mahal takpa, bukan duduk dua tiga malam pun kan, Tu harus la pokai, Yang penting dekat nak kemana-mana. Nanti aku cerita pasal hotel ni next entry okay, Sebab aku memang sangat sangat berpuas hati lah duduk situ.
Till then!