Thursday, August 25, 2016

MY FIRST JEFFREE STAR VELOUR LIQUID LIPSTICK!



I might be tertinggal keretapi in purchasing this.

 You see, I love makeup so much. I love all about it. For me it's a way of self-expression. I'm addicted to it. But, I dont simply buy things for the sake of nak review. Maybe, one day once duit aku dah berkepuk-kepuk bila dah buat video kat Youtube jadi beauty guru ke mana tahu kan (HAHAHA) mungkinlahhhh aku beli untuk review. As for now, I buy what I think I'd like, yang aku akan guna (ok ni tipu sikit most of the time jarang guna pun) but you know what I mean, things yang aku rasa best dan suka lah basically.

American indie cosmetic brands memang banyak. Those yang suka makeup of course akan tahu, and aku selalu geram je tengok. How I wish industri makeup Malaysia pun berkembang pesat camtu jugak. Nowadays, memang banyak but when I tried some, the result was not up to my expectation. Tak tahulah, maybe i expected too high. I dont know. 

Anyways, kalau sebut Jeffree Star ramai lah MUA or makeup addict tahu. He's actually started back in the days of MySpace. Kicked off with his music career tapi of course, aku bukanlah peminat music dia or style emo dia. But when he started his cosmetics line, i was kinda keen to try sebab products dia bukan la full range makeup, only lip products and recently dia keluarkan highlighter range and also an eyeshadow palette and bagi aku unique 

And being me, a matte liquid lip sucker - nak cuba. Tapi malassssssnyaaaaaa nak order. Mostly pun pre-order. Sis adalah bukan orang yang penyabar sangat pun. Kadang-kadang, harga yang org letak is ridiculously high tak masuk akal, aku faham it is not avaibale in Malaysia and exchange rate could be the reason, shipping whatnot. Tapi melampau mahalnya wehhh. Sis tak sanggup. Lagi pulak not all colors i can wear, being a human with kulit Latina ni kahkahkah

So finally time I decided to try one, the color yang aku rasa the only one aku boleh pakai and seriously memang cantik DAN ALWAYS SOLD OUT. So, bila sampai time dia restock memang gigih la aku order, plus ETA pun tak lama. Sudah bagus. Walaupun harga jadi RM10 lebih mahal kerana aku terlepas dateline order dia and this girl was kind enough to place another order for me, it's just that aku kena bayar shipping sendiri la. Malas nak pening kepala, I agreed je. Satu kaler je pun. Ni kalau sold out jugak aku memang dah give up nak beli sebab lambat nauuuuu restocknye pun..........


So siang malam pagi petang, akhirnya tiba jua.

Excited okay. My first ever Jeffree's liquid lipstick!

Presenting, Jeffree Star Velour Liquid Lipstick; in shade, ANDROGYNY.



Shade ni sebenarnya nak tahu lawa ke idok, ofkos la kena pakai. Cause whatever you saw on the net has been applied on tons of different skin tones. Nak google, make sure la google warna yang orang review almost sama warna kulit dengan kau ya. Selalunya aku, kena yg gelap sikit almaklum kulit latino. haha. JS kaler dia banyak jugak yang extreme sangat utk aku pakai, and ofkos yg light pun banyak kulit cam aku nak pakai tu boleh tapi konpiden harus tinggi ya haha.

Androgyny ni shade dia macam dusty purple, ada pink sikit. Memang warna fav aku lah tu. Almost all my collection pun, semua kaler nak dekat sama. Ada orang bising aku beli kaler-kaler gitu. Mr Riq lettew....sebok je. Dia apa tahu kennnnn...



Maafkanlah kotak yang separa hancur because honey, it made all the way from the USA to MY yo.

So ini lah yang ada diluar kotak, selain details of co and ingredients. Very long lasting, dan yang paling aku pentingkan in a liquid lip is the opacity. This one hands down!

Ingat ye, NO MAKING OUT, KISSES ARE OK! Belom kawen? DOK DENDIAM!



This is how the packaging looks like. Suka sebab botol gemuk pendek macam tuan dia jugak. Simple design, font chrome rose gold in color. And of course, signature brand logo and...stars!


Sekarang ni banyak ye fake JS dijual dimana-mana and mestilah hampir sama dengan original JS. One more feature yang aku suka about the packaging is the 'locking system' (amboi system katakauuuu) yang ada kat tengkok botol ni haha. Tengkuk pun tengkuk la yek. Basically what it does is bila ka twist, dia akan lock and bunyi 'klik'. Mostly aku baca fake punya JSLL takde macamni ya, cuma twist biasa, Sedikit sebanyak maybe it helps ler ye.


And the applicator handle should be like this ya - CLEAR AND THE APPLICATOR IS NOT FLAT, OR SLANTED FLAT KE. It should be slanted and ada lekuk di situ, Macam dalam pic la yeh. Acik fail la explain kahkahkah. Supaya bila sapu kat bibir just nice ikut shape natural bibir kita :)

Itu la serba sedikit first impression. Product wise, i like. Macam aku kata sangat opaque, dan dries matte. quite fast dia set dan no transfer unless; of course, if you makan oily food laaaahh kan.

Dan marilah kita akhiri dengan pic tuan tanah pakai warna ni in her last makeup session haha. Dah kenapa bulu mata aku macam tercongek pulak padahal ok je. Angle lah tu ya. (Motip explain?!?)


I'M LOVING IT!


MASALAH HATI

SALAM AND HI!

Sejak sejak nak gigih berblog ni kan... Aku berazam nak snap pic dengan lebih kerap. Kalau selama ni pakai phone semata, which is decent lah sebenarnya..tapi aku ni suka pic cantik. So suka pakai DSLR. Tapi masalahnya, orang "rajin" macam aku ni cepat rasa renyah bawak DSLR gedabak tu. Rasa cam serabut. Masa pegi Korea percayalah how I wish I took more pictures and videos, especially. Memory card siap spare-spare dua tiga tapi satu pun tak habis pakai.

Dont get me wrong, I love my camera walaupun bukan latest model but it does its job. Takde la rasa nak upgrade apa pun lagi sebab takde keperluan ke arah tu. Aku bukannya photographer professional. Tapi nak mengangkut tu yang malas. Bulky. Kalau tak bulky tak rasa mcm DSLR la pulak kan.

*apa punya logic lah*

Pastu sekarang aku macam contemplating on getting a compact camera. Yang boleh take nice pictures on daily basis....yang boleh buat pakai buat vlogging sebab senang nak amik video simple kat luar. Sebab lets be real, kau jalan-jalan KLCC takkan all the time nak pegang DSLR bulky tu? Tak ke patah tangan kau? And phone camera? Nice pictures maybe tapi tak sesuai la nak amik video, quality wise.

Get it? Get it?


Kenapa video? Sebab kan...................

Aku macam suka membebel, sebab membebel ni banyak sikit boleh cakap. Cepat sikit kan kahkah!


Pastu survey, ada few from different brands yang aku berkenan tapi masalahnya pulak aku jadi sayang nak spend duit. HAHAHAHA.






*Urut dada tengok perangai sendiri*

Masalah negara paling besar ni, INILAHHHH DIA.





Tuesday, August 23, 2016

ANNYEONG KOREA - SPRING 2016 TRIP : PT 7


SALAM AND HI!

Wah wah wah begitu rajin perangai tak berupdate ni. Hahahah. Maaf ye korang, keadaan begitu tak mengizinkan. So now malam tadi gigih aku watermark gambar semua upload, harini ada masa sikit kat office nak update. So ayuh! Mari kita sambung cite Korea Spring trip aku yang dah lama terbengkalai ni. 

So lepas dah rehat lepak recharge kat Cat Cafe, so marilah gerak. Perut pun dah agak lapar jugak. Hari pun dah makin malam, taknak la balik malam sangat. Hujan pun masatu dah reda sangat. So, gerak. Orang masih ramai, malam di Myeongdong memang hidup. Seronok tengok! 

Si Cikin nak cari April Skin BB Cushion dia, bukan main lagi cari kedai kononnya beberapa hari di Korea tu. Last last tanya staff Cat Cafe, dia pun taktahu sebenarnya tapi dia gigih ya, cari dalam tenet untuk kitorang. *nangis terharu*. Orang Korea ni kalau kau tanya benda dia taktahu pun, percayalah dia akan cuba jugak cari utk kau walau English diorang tak berapa reti. In the end, dia cakap la boleh dapatkan kat Olive Young. Olive Young ni department store for makeup and skincare. Ala-ala Sephora, tapi utk Korean-brand skincare and makeup lah. Duta dia tak silap aku Song Joongki, eh ke Song Hye Kyo? Tak ingat. Haha.



Penangan viral boleh menutup cela bagai..Kemain happy la dapat jumpa BB Cushion ni. Aku memang tak la nak beli pape, kata kulit Brazil kan kang jadi kelabu asap pulak aku pakai tona kulit korean ni kahkahkah. Yang lawaknya, Cikin sedih-sedih dah ingatkan takde la jumpa menda alah ni kat sini, rupanya senang je nak cari. Olive Young ni bersepahhh kot kat mana-mana.

Habis beli, marilah kita sambung ronda-ronda Myeongdong!


 Cuci mata tengok orang jual barang atas cart mcamni. Semua comel!

Food pun boleh tahan. Semua ada, seafood pun banyak.....





Aku tengok gambar ni balik baru rasa cam "kenapa la aku tak beli eh kuih ni?"..

Cause.. lets be real here, apa yang tak sedap dengan kacang merah dan ubi manis? Tak cukup dengan tu, CHEESE? Are you for real? Sedap kottttttttt!





Semua sumpah nampak sedap. Cuma tak sempat nak berenti beli atau pun memang taknak beli sebab tak makan. Like seafood aku boleh makan tapi tengok pakai kukus2 cmtu ai tak minat kikikiki. Yang lain-lain aku malas beli pasal ada sikit ragu dalam hati hehe :)

Jalan lagi jumpa pulak benda ni..........................

 LINE FRIENDS STORE! COMEL NAK MATIKKK!



Aku dah tak mampu nak posing sebenarnye, tapi gigihkan jugak beratur amik gamba haha.


Lepas dah jalan round-round sikit, perut yang lapar harus la diisi maka kitorang pun pegi Yoogane, kalau di Malaysia nama dia lain which is Mr. Dakgalbi. Restoran ni goreng-goreng food depan kau ya~

Disebabkan di Korea, maka kita boleh order seafood fried rice sajork. Walaupun im not really a seafood person...

Ini ye Yoogane... di Myeongdong saja ada dua tak silap.


Nyums.....ada green onion..octopus, and mussels...apa lagi tah..


ZOOM SIKIT.........





ZOOM SIKIT LAGI...........................



Nasik dengan seaweed and chilli paste.....sedia..?


GORENGGGG!!


END PRODUCT.

Rasa? Aku rasa takde la sesedap yang orang war-warkan. Maybe sebab aku lupa nak order cheese. Maybe sebab orang yang gorengkan aku juga tak reti? Dah kenapa sepanjang duk sini orang tak reti masak yg aku dapat hahaha. Boleh la telan, tak suka sebab dia kering, aku rasa kalau chilli paste lebih lagi sedap kot...And of course order la dengan cheese, jangan lupa cam aku....pffth!



Kimchi dan banchan sila angkat punggung amik disini ya...self service...


Moh la kita makan. Bismillah.. Muka selebet sumpah...sebab penat katako!

Tak habis pun..terus pack balance bawak balik. Kononnya nak makan kat bilik je la. Padahal harommm tak sentuh. Membaziaqqqq! Tetiba sampai sana makan tak berapa ye, excited benar sampai makan pun tak lalu agaknya kahkahkah

Dah habis makan, depan pintu keluar tu ada kedai cosmetic THE SAEM. Singgah sebab mummy (bakal MIL) kirim cosmetics sikit. So sebok la aku beli-beli barang situ, manager tu pun funny mak aih, aku tengah ber-facetime sibuk jugak dia masuk frame cakap Hi kat Mr R. Kemain seronok kau ye bila aku cakap tu Namchin. Siap bagi extra gift for me and my Namchin haha.


BERAT NAK MATIKKKK!!!! Buku ada 3 free, utk aku Mr. R dan Cikin.


Pastu sebab Cikin nak free try free gift tu dia offer aku bawak beg tu......

MAKA................


JADI GINILAH.......................



"Cepat amik gambar ni hantar kat Riq! Cakap penat i bawakkan tau!"

MAMPU???

*matik la aku kalau dia tahu aku letak gambo ni*


By the time nak balik tu dah almost 1130pm, kedai pun banyak dah tutup melainkan gerai-gerailah macam biasa. Sampai bilik, siap-siap semua dah lebih kurang jam 12. Mandi bagai, rehat sekejap pastu check temp gila drop lebih kurang 5 degree real feel accuweather tu. Tetiba sebagai seorang yang jakun rasa menggeletis nak turun pegi kedai beli tuna kimbap yg segitiga tu sambil merasa kesejukan malam. Maka harus gigih ye pukul 2 pagi pegi melawat kedai lalalala~!




PAKAI SELEBET NAK MAMPUIH KATA NAK TIDUR DAH KAN HAHA



HASILNYA..........


DUA KETUL SAMGAK KIMBAP SIMPAN ESOK SATU BUAT BREAKFAST :D



Dah melantak satu, maka ketiduran lah. Esok azam nak bangun awal namun....malas la nak cite lagi, paham la sendiri yek HAHA. 



Semoga tabah menunggu sis cerita lagi,
Annekayra.





Friday, August 19, 2016

POS-LAJU?

SALAM AND HI!

Eh sekarang memang poslaju 'laju' sangat eh? Huwaaa kita dah la send lambat sikit sebab busy sikit tuari. Maaf sangat-sangat. Pastu kita track la hari hari nak tengok sampai mana, sebab satu negeri je pun. Sehari dua, tak gerak-gerak pun. Maybe tak update kot, getus hati aku.............

Rupa-rupanya..................


MAMPU TAK TERBANG PEGI TAWAU DULU? 
PADAHAL NAK ANTA PI KLANG JE KOT!



Menyampah tau ngan poslaju ni. Nanti kita kena kecam pulak hantar barang lambat. Sob sob.


Tuesday, August 16, 2016

A LITTLE UPDATE AND ISLANDS MISSION



SALAM AND HI!

Wah kemain lagi aku bermalas-malasan kan? Orang lain meroket update blog aku kat sini terkial-kial jua. Maaf le, sekarang ni busy tetap busy lah, masalahnya sampai rumah tu pun dah penat nak matih. So terpaksa menanam azam untuk sambung update keeesokan hari. 

Sekarang ni hidup aku biasa-biasa je pun. Keje pun macam biasa cuma rasa penat tu melampau sangat eh. Balik rumah ingat nak makan and tido je terus. Tengok tv pun masa nak tido time dah berselimut bagai. Amik kau tv terpasang sampai pagi. Not good, not good.........

Nowadays rasa macam nak lari jauh-jauh kejap ke pulau mana-mana. Serious rasa mcm nak rehat tutup phone (which is memang tak la kan hihi). Kalau korang tanya sibuk sangat ke schedule aku ni, jawapannya aku tak la sibuk gila tahap nak makan pun tak sempat. Cuma sibuk. Keje 8am-5pm, sometimes 11am-8pm, kena curik masa untuk pegi gym which skrg pun mcm susah sebab aku tak larat. Pastu kena fikir pasal upcoming business too, masih early stage tapi kena la fikir from now on kan, itupun buat sikit and slow-slow dulu. Projek diet? Masih on going tapi sangat-sangat slow and I have to do something about it.

Paling sadis, aku ni hobinya membaca la salah satunya. Kalau lalu bookstore, chances utk aku masuk memang tinggi, pegi kat novel la selalunya. Tak kira novel la novel English ke Malay ke (mostly Malay novel sekarang menyedihkan. Susah sangat nak jumpa yang best) mesti la aku rasa nak beli. Dah tu, dah beli letak kat shelf duduk la situ berbulan-bulan tak sempat baca. Kadang-kadang tu ada yang masih berbalut plastik! Bukan takleh baca sikit-sikit, can la tapi aku ni kalau masa sikit sangat setakat sempat baca few pages aku tak suka. Kat rumah mak ada sekotak buku belum punggah lagi sebab pindah aritu. Rumah aku sendiri ada la aku simpan 2 rows kat shelf buku yang aku memang suka. Cuma my Indonesian books je yang memang aku sayang. Kenot kenot kenot let go sayanggggg sangat. Haha. Nanti kalau rajin, maybe aku nak letgo murah buku-buku novel yg aku dah baca kat sini. Let me know if that sounds like a good idea and if you are interested, okay?

Semalam baru je lari berkejar-kejar nak pos out hadiah giveaway. Maaf sangat-sangat Ajan sebab before this memang takde masa, haritu pegi nak pos boleh tak ramai gila manusia T_T why why why...Speaking of giveaway, I have another giveaway to do insyaallah, sebab haritu beli barang kat Innisfree dapat few free gifts yang comel-comel. Aku memang tak mampu nak pakai semua so kita buat giveaway la eh korang? Boleh try try nanti sebab produk dia pun memang best and harum harum okayyy.

Berbalik pada cite pulau-pulau (melompat lompat betul topik kau ni Anne) nak tanya ramai tak reader seciput aku ni yang dah penah pegi pulau bercuti? To be honest, aku tak pernah. So nak tanya pendapat la, pulau mana dalam mesia ni yang seronok pegi? Yang luar Malaysia tu nanti-nantilah cite ye, sebab kalau setakat 3D2N aku rela dalam negara je. Kalau aku pegi luar hatta Thailand sekalipun harus 4D3N at least. Silap-silap lagi lama. Aku mana boleh kejap-kejap kahkah

Dalam fikiran aku sekarang.....


PULAU PERHENTIAN



PULAU REDANG


PULAU KAPAS


PULAU TIOMAN

Eh lawa sangat semua ni. Air biru. Aku tak berapa suka snorkeling sangat, entah lah never tried pun so rasanya macam tak suka sangat lah kot. Aku rancang datang sini maybe nak lepak-lepak je tepi pantai bawak buku ke, or dengar lagu. Eh maybe jugak la main-main air sikit haha. Kalau ada yang paksa jugak, maybe reluctantly ikut jugak la snorkel hew hew hew

Kalau ada those yang pernah pegi any of these pulau and documented dalam blog korang, mohon tepekkan link kat sini supaya senang aku baca. Aku ni sejenis makhluk suka sangat baca travelog orang, sampai khatam la aku baca nanti. Lepastu berangan nak pegi jugak. Haha berangan free je pun ye dak.

So yeah, sedikit ramblings tentang hidup ku yang tak penting ni, hehe. Harini nak blogwalking sebab dah berhari-hari tak jalan-jalan blog hangpa semua. Terima kasih sangatlah yang sudi singgah ya. Mohon maaf sebab tak sempat visit back, acik seorang yang bizi di kala ni. Harini free sikit hakak jenjalan and balik nanti hakak up sambungan travelog Korea okay? 


Toodles,
Annekayra.

Wednesday, August 3, 2016

DECO GIVEAWAY WINNER - CONGRATS!

SALAM AND HI!


Finally setelah ditimbang tara, excited sangat nak umumkan winner for my frist giveaway. Firstly, sebab ni adalah giveaway pertama blog aku. Memula rasa cam, ada ke yang nak join. What if hadiah aku tak menarik, sebab biasa-biasa saja. What if............. this and that la.

But alhamdulillah, sampai end of the contest period ramai juga yang join ada more than 10 orang semuanya. Semuanya baik-baik belaka masyaallah. So sebelum aku umumkan winner, meh aku listkan link participated bloggers ni ya :)


Fuh, gigih tau acik lawat semua blog diorang. Comel sangat le blog semua please. Kenapa ai tak kreatif macam dorang buat template lawa. Haha. Kita nye template rilek je kosong mungkin faktor usia lah kahkahkah. 

TERIMA KASIH, kepada semua yang join! Yang mana tak menang kali ni, harap tak berkecil hati. Aku memang nak jadikan giveaway ni sesuatu yang frequent kat blog aku sebab bila aku tengok orang happy dapat barang aku bagi, im happy too! :) Next giveaway pun dah plan, korang boleh join lagi ya next time! So ayuh, tanpa membuang masa..............................


THE WINNER OF

DECO GIVEAWAY BY ANNEKAYRA.COM


IS...............




.




.




.



.






.




.





NURHAFZHAN RAUF A.K.A AJAN!





*throws confetti and blows trumpet!*










Yeayyy! So kepada Ajan, can contact me at admin@annekayra.com dengan details ya! Again its been so much fun knowing all the bloggers. Walaupun cuma virtual, siapa tahu insyaallah boleh jumpa in real life pulak kan? Also, jangan bosan untuk terus mencuba giveaway kat sini and make new friends okay! Terima kasih again pada yang support, maaf terlebih kurang, aku cuba sedaya upaya untuk berinteraksi sebanyak mungkin, mana yang kadang-kadang terlepas pandang tu, harap dimaafkan. Once hakak tak busy dah nanti hakak visit dengan kerap okay!

Okay sampai disini dulu, tahniah sekali lagi buat the winner! <3





Sloppy kisses,
Annekayra.


Monday, August 1, 2016

GIVEAWAY OFFICIALLY CLOSED!

SALAM AND HI!

This is just a quick update sebab busy sikit sekarang tak sempat nak update pape. Banyak post sekarang ni berkepam dalam draft. Slow-slow ya sayang, aku tengah gigih ni! 

Anyway, my first giveaway is officially closed semalam jam 11pm! Yeayy! So these two days I will double check again all the posts, and evaluate. Selalunya aku akan publish komen korang dan tinggal jejak kan, but mintak maaf sangat the last few aku memang tak sempat cuma sekali lalu je baca. Entry pun update jam 2-3 pagi sebelum tidur other than that aku memang busy.

Aku notice ada jugak entries yang tak ikut syarat, haaaaa macamana boleh jadi macamtu? So sesiapa yang nak betulkan sila betulkan sebelum aku go through again tonight. Peluang terakhir ni tau aku bagi ni. Hihi. 

Terima kasih kepada semua yang sudi join, maaf kalau ada terkurang apa-apa dari side aku (cakap macam aku bagi kereta as hadiah je gayanya haha) maklom la first time buat giveaway. Lepasni ada giveaway lagi ya, this time maybe shorter period, hadiah pun dah ready. Hiks. Tunggu je nanti ok. And also, a collab giveaway dengan si Gempal! Hue hue hue

Aku akan decide the winner by tomorrow, published on Wednesday (most probably scheduled post lah) by 12PM. Winner please contact me within 48 hours, aku akan contact by shoutbox kat page korang or komen, and you have to get back by emailing me at admin@annekayra.com otherwise next winner akan up for the prize. Okay? 


AGAIN, THANKS FOR PARTICIPATING! AND NEXT ENTRY WILL BE UP SOON! :)






Annekayra™. Powered by Blogger.