Thursday, March 26, 2015

KAI - Kegilaan apakah ini? - #1

Salam and hello!

Hari ni lemau sikit, maklum la keje last day untuk this week. Esok dah start cuti sampai wiken.



Haii. Meh sini nak cite skit. Post pendek-pendek je lah ye. Belum ada apa yang menarik nak up lagi dalam ni. So sementara dalam office ni, meh la aku cerita kegilaan office aku ni. Kalau tak menghiburkan mintak maaf lah ye. 

*ada aku kesah?*

Office aku ni dalam commercial building la. Ada few blocks. So dalam block aku ni - Ground floor, mezzanine and 2nd floor is ours, small unit in 4th floor and also the other block next to the main one. Depends on my schedule, kadang-kadang aku duk kat Ground Floor, and sometimes at the 4th floor. So kalau dah sampai turn aku keje kat atas, aku kena naik lift la kan. One thing aku perasan block aku ni, orang takde la ramai mana. I've work in other company before yang besar dalam offices centre, memang ramai sebab aku rasa office kat situ memang banyak dan staffs pun boleh tahan. So constantly ada orang. Most of the time, satu lift tu memang penuh. Lift kat situ ada 6 kot?

So back to my current office, lift ada 6 jugak. Tapi susunan dia memanjang dan melengkung. Paham tak? Meh sini kak cik tunjuk :




Merujuk kepada rajah di atas. So ada 6 pintu lift, tapi panjang la. Office adalah hujung sini dan hujung belah sana, ke dalam. So tengah² depan lift tu memang memang takde pintu apa. So kegilaan lift office aku ni, dah la banyak, pastu kau tekan sini...contoh yang hujung duk 'ting' kekonon nak bukak. Kau pun laju² berlari anak nak kejar lif tu. Kalau betul yang tu nasib ko baiklah. Semalam, aku dah berlari anak ke hujung tetiba yang hujung sini plak menyala, sedang berjalan nak ke hujung sana, tengah² plak yang menyala!

Mak aih, boleh kau main switch²!

Make up your mind you frickin indecisive son of a peach!  


Jarak tu mcm jauh la jugak dari hujung sini nak tunggu kau jalan lenggang-lenggang ke hujung memang melepas lift tu. Sempat dia tutup dulu kalau takde orang hold pintu. Stress mak hencik. Pastu mula la otak aku pikir logik, dah kenapa banyak sangat lif nye pun. Takde la tinggi sangat aku punya blok ni. Orang pun tak ramai. Tak pernah aku tengok lif ni penuh sesak dengan orang. Selalunya paling ramai pun, aku rasa 10 ada kot?

Kawan aku yg keje architecture cakap la bilangan lif ni depends on radius berapa orag ada keje situ and zzzzz........

Matik lah kak cik nak paham nak oi! Fail sangat!

Tapi dia pun pelik sebab design macam tak kena je haha. Maaf la kalau salah, otai architecture, sila explain bagi mengurangkan kebencian aku terhadap lif ni dan menambahkan jumlah redho di hatiku!


Ha gitu la cerita dia. Sebab sakit hati main kejor² dengan lif semalam maka harini kena up satu luahan perasaan! 

Gitu motip dia!












Wednesday, March 25, 2015

There's first time to everything.

Hello!

Mampu hilang lagik lama macam aku ni?


Alhamdulillah masih jumpa jalan pulang ke blog kesayangan. Life's been busy and of course it'll come with a combo, which is MALAS. Haha. Maaf penyakit tu tak boleh nak bendung lah ya. 

Anyhow, out of my busy schedule ada la beberapa kali terfikir nak pegi holiday. Sebenarnya start dari tahun lepas pun, Around Aug camtu my bestfriend baru habis practical, so rancang nak pegi dekat² aje like pulau-pulau gitu. So what was in plan are Redang, kalau tak pun Perhentian ke or Tioman. Nak sangat pegi Sabah sebab pulau-pulau kat sana like the prettiest kot, but ada orang being paranoid and tak bagi aku pegi kunun-kunun sana banyak lanun. Well I mean, memang la banyak berita camtu kan, but takleh ke buat konsep redho jer? Gichew!

Ingat nak pegi dalam bulan 5 or 6 sebab nak tunggu kawan aku ni habis probation pulak because start keje. Satu hal le pulak kan. Tapi sebab takde kawan, nak tanak tunggu je lah. Then the funny thing happened. Kitorang plan nak pegi Laguna, sebab dekat pulau kan so nak la selesa sikit since bukan ada mall ke apa tengah pulau tu aku nak keluar or spend time more than I'll be in the room.

Survey² harga macam okey. Quite pricey berganda lah sebab dia 5 stars resort. Depan resot pun dah lawa gila. Tengok harga standard, okey la pejam mata bayar. Tapi sebab masa tu tengah tutup pasal monsoon hujung tahun for pantai timur, takde la book lagi. Tak boleh pun. Excited ni nak tunggu Dec utk dia bukak. But bila bukak reservation, aku proceed tapi takde plak harga yg aku tengok tu. Tanya punya tanya, email dah la reply pakai template yang memang lari terus dari apa yg aku tanya. Sakit hati boleh tahan ni, aku pikir. Last-last dia reply la kenapa harga yg aku tengok tu takda.

"Standard room only for certified divers as we only have few units located at the diving area.."

....or something like that.

Hmmphh! Macam tu aje impian aku berkecai-kecaian, ko! Ater kenapa la kau tak letak awal-awal je untuk divers dari ko buatkan aku hanyut dalam impian aku sendiri sampai berbulan lamanya menunggu kau bukak reservation? Abes aku harus amik diving license dulu ke camana ni? 

Tak kuasa mak hencik.

Aku ban Laguna untuk setahun!


Moving forward.....
Pastu macam minat² dengan Bali. Sebab aku ni suka la nature ni semua. Suka laut, suka bukit. Yang si kawan aku ni pulak suka history or culture. Ngam jugaklah kalau nak dipikirkan. Search punya search entah camana, tetiba hilang gitu je rasa nak ke Bali. Senyap la sekejap. Then sampai tahap stress lagi pasal dah hujung tahun, mesti nak kena jenjalan jugak. Akhirnya kitorang pun memilih satu destinasi....

Memandangkan ni first trip aku and kawan aku ni together, and first trip aku akan pegi outside of Malaysia on my own the first time (yeah, i know I'm not that adventurous) so excited dia lain macam sikit. And we are rewarding ourselves a little bit more, itu nanti-nanti la cerita.

So maybe, lepasni blog aku penuh dengan cerita-cerita preparation la nak tunggu sampai masa travel . Nanti kang boleh compile letak tepi travelog tu. Kenang-kenangan, sebab aku pun bukan selalu boleh travel jauh-jauh sendiri kot. Belum boleh manage poket betul-betul lagi. Komitmen masih banyak yang tunggu nak langsai dan selesai. So bila dah slowly boleh bernafas, insyaallah makin ligat la aku berjalan. Haha. Semua tu ketentuan rezeki dan keizinan Allah la kan :)

Eh okay lah. Dari tengahari membawak ke malam aku tulis satu entry ni. Nulis sambil keje gini la jadi dia. Nak selit-selit pun payah nau.

Tata!



Annekayra™. Powered by Blogger.