Hari ni lemau sikit, maklum la keje last day untuk this week. Esok dah start cuti sampai wiken.
Haii. Meh sini nak cite skit. Post pendek-pendek je lah ye. Belum ada apa yang menarik nak up lagi dalam ni. So sementara dalam office ni, meh la aku cerita kegilaan office aku ni. Kalau tak menghiburkan mintak maaf lah ye.
*ada aku kesah?*
Office aku ni dalam commercial building la. Ada few blocks. So dalam block aku ni - Ground floor, mezzanine and 2nd floor is ours, small unit in 4th floor and also the other block next to the main one. Depends on my schedule, kadang-kadang aku duk kat Ground Floor, and sometimes at the 4th floor. So kalau dah sampai turn aku keje kat atas, aku kena naik lift la kan. One thing aku perasan block aku ni, orang takde la ramai mana. I've work in other company before yang besar dalam offices centre, memang ramai sebab aku rasa office kat situ memang banyak dan staffs pun boleh tahan. So constantly ada orang. Most of the time, satu lift tu memang penuh. Lift kat situ ada 6 kot?
So back to my current office, lift ada 6 jugak. Tapi susunan dia memanjang dan melengkung. Paham tak? Meh sini kak cik tunjuk :
Merujuk kepada rajah di atas. So ada 6 pintu lift, tapi panjang la. Office adalah hujung sini dan hujung belah sana, ke dalam. So tengah² depan lift tu memang memang takde pintu apa. So kegilaan lift office aku ni, dah la banyak, pastu kau tekan sini...contoh yang hujung duk 'ting' kekonon nak bukak. Kau pun laju² berlari anak nak kejar lif tu. Kalau betul yang tu nasib ko baiklah. Semalam, aku dah berlari anak ke hujung tetiba yang hujung sini plak menyala, sedang berjalan nak ke hujung sana, tengah² plak yang menyala!
Mak aih, boleh kau main switch²!
Make up your mind you frickin indecisive son of a peach!
Jarak tu mcm jauh la jugak dari hujung sini nak tunggu kau jalan lenggang-lenggang ke hujung memang melepas lift tu. Sempat dia tutup dulu kalau takde orang hold pintu. Stress mak hencik. Pastu mula la otak aku pikir logik, dah kenapa banyak sangat lif nye pun. Takde la tinggi sangat aku punya blok ni. Orang pun tak ramai. Tak pernah aku tengok lif ni penuh sesak dengan orang. Selalunya paling ramai pun, aku rasa 10 ada kot?
Kawan aku yg keje architecture cakap la bilangan lif ni depends on radius berapa orag ada keje situ and zzzzz........
Matik lah kak cik nak paham nak oi! Fail sangat!
Tapi dia pun pelik sebab design macam tak kena je haha. Maaf la kalau salah, otai architecture, sila explain bagi mengurangkan kebencian aku terhadap lif ni dan menambahkan jumlah redho di hatiku!
Ha gitu la cerita dia. Sebab sakit hati main kejor² dengan lif semalam maka harini kena up satu luahan perasaan!
Gitu motip dia!
No comments :
Post a Comment
Salam and Hi!
Please be nice and have a good day!