Sunday, June 26, 2016

IPOH 2016 - PT. 4 - KARAT CAFE (DAY 1)



Salam and hi!

Okay kali ni nak sambung balik. Actually plan pegi Ipoh tu macam-macam la rangka, nak makan dekat mana apa semua and to be honest banyak yang kitorang list kan apa nak makan. As most of you know, nak Nasi Kandar beratur la, taufufa la, ABC Buah la. And the list goes on. Tapi hakikatnya, masa memang suntuk gila. Sebab tu aku kata, stress sebab tak cukup masa. Haha. 

So sampai aje Ipoh, masa tu dah tengahari rasanya dalam 2-3 ptg. Masuk je hotel memang seronok, sebab environment nice, and staff sangatlah friendly. Dia terserempak kita dalam lif, terus offer bawak barang, walaupun sikit je sebenarnye. Si Gempal sombong cakap takpayah, sekali keluar lif berteraborrrr segala lugagge mak nenek. Terus staff tadi tolong kutip an dletak atas troli. 

"Dah tak mampu jangan la sombong bebenor." 
Mungkin itu getus hati staff tu kahkahkah

So checkin semua. Dia hantar masuk bilik. Level kitorang duduk is 7, bilik agak hujung jugak nyampah jugak nak menapak sebenarnye. lulz. Masuk je bilik harus la capai kamera godek sana sini macxam orang batak tapi sebenarnya masing-masing nak amik gambar masuk belog. hahaha.

Perut pun ofkos la dah lapar kan.  Guling-guling sekejap atas katil empuk tu. Tapi mata macam berat-berat sikit so we decided to take power nap dalam 30mins. Especially aku la yang drive ni. Letih baq ang. 

Then dah bangun tu teru siap-siap nak keluar. Tengok apa yang dekat? Karat Cafe. Ini adalah restaurant yang dimasukkan dalam list oleh Si Gempal. Nampak tak perangai hipsturrrr dia tu?


So Karat Cafe ni ialah satu restaurant rekabentuk rumah lama. Pada pandangan aku, ini mungkin bekas rumah tradisional lama yang dijadikan kafe. Cantik, aku suka design-design macamni. Interior pun sangat klasik, macam dalam rumah, banyak barang-barang lama. Tambah lagi aku suka, sebab dia bebetul tepi jalan dan halaman 'rumah' ni memang luas. Kalau ni rumah betul, seronok tuan rumah ni anak beranak datang beraya, confirm meriah!

Sorry gambar halaman takde. Malas nak masukkan. Haha.


Bahagian pintu masuk dia. Tangga luas, Pada yang bawak anak-anak datang tu sila la awasi anak-anak anda. Selain dari takut jatuh tergolek kebawah, jangan biarkan mereka menganggu ketenteraman orang lain nak makan ye.

 SI GEMPAL YANG EXCITED JUMPA BUAI. 



Naik je tangga, belah kanan dan kiri boleh nampak camni. Kawasan luar tu memang seronok nak lepak-lepak minum air sambil bergosip. Duduk time hujan renyai sejuk-sejuk pun best, cuma yang potongnya mengadap jalanraya. Kalau menghadap lautan pantai mungkin lebih feel pada firasat aku.

 Menu dia takde la banyak mana pada pandangan aku. Campur western and masakan melayu. Aku kan hantu nasi, jadi I decided to go for Udang masak lemak cili api (katanya ramai orang order ni dan suka, so lets give it a try) and Si Gempal went for Salmon Cream sauce apabenda tah. As for the drinks, dia minum apa tah (LOL sahryy dah lama jadi lupa all these thing!) and i had Coconut Punch. Sepatutnya air kelapa tu campur soda tapi sebab aku tak minum carbonated drink so i requested them to minus it out for me. 

I expected my drink to be rasa air kelapa. Tapi unfortunately rasa macam air kelapa yang dicampur air kosong banyak gila dan letak gula sikit. Taktau dah jadi rasa apa. Dah order tu bedal je lah, and it costs me RM7 taksilap aku *nangis*



 Si Gempal punya, Salmon with White Sauce besar tapak penumbuk budak. LOL

Sampai je Si Gempal punya food aku pandang dia, dia pandang aku. Taktahu rasa nak gelak ke nak kesian. Bayangkan perut tengah kebulur sampai besar ni je. Serius lawak kalau ingat muka Si Gempal balik. Muka takpuas hati sebab sikit. Sambil potong salmon sambil membebel ahahaha.

Kami saling rasa merasa la. Sedap memang sedap takde la dinafikan. Cuma portion maybe can be better. Harga RM18, which is okay la understandable. Tapi I would rather pay maybe RM30 for a bigger portion? Paham jugak salmon bukan murah ye makcik pakcik. Or better, maybe buat sizing option, nak Small ke Medium ke Large. Kan?

 Mine. Rice with Lemak Cili Padi Prawn. RM12. Udang dalam 4 pcs tak silap.

Aku punya, ok la protion dia takde la mengejutkan sangat. Udang memang mahal and size dia boleh tahan la. So macam ok je la RM12 utk kafe hipster begini. Rasa? Okay. Lemak cukup, pedas tak berapa. Overall, asal kuah dia tak cair I'm happy already.




  Middle area, where cashier is located. 








Di akhiri dengan muka Si Gempal yang aku paksa naik masuk dalam area ni for me to take picture AHAHAHA. Muka awkward sebab masa dia posing ada satu family ni baru masuk area tu nak makan LOL.

Total damage dalam RM35+ for each of us. Okay la what do you expect kan makan kedai yang tema camni lawa lawa. Adakah akan repeat? For me, no.


For more info and kalau nak cuba, details as follows ya!


KARAT CAFE, IPOH
137, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Facebook : HERE
Instagram : @karat135




Jumpa lagi next entry, 
Annekayra.

No comments :

Post a Comment

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.