Salam and hi!
Kali ni post panjang sikitlah, banyak lagi travelogs and entries tertangguh yang bersusun. Hazabbbb nak habiskan entry Ipoh ni pun. Pastu soon ada contest gak untuk followers sempena raya :) Tunggu tau!
Habis makan kat Karat Cafe, masa tu dah petang sangat. Maklom la makan kat Karat Cafe portion dia tak sesuai mana dengan gajah seperti kami, maka harus singgah Ipoh Parade dulu sebelum naik bilik. Hahaha. Carik makanlah apa lagi. Ikutkan aku peratikan je Sushi King, tapi Si Gempal dah jeling-jeling aku, katanya datang Ipoh makan Sushi King tu mengada-ngada. Eh sukati aku la tekak aku. Dia pulak banyak suara.
Akhirnya kita cari la apa yang ada kat IP tu. Bukak web directory tengok apa yang dia ada. Ternampak ada Shihlin Taiwan Street Snacks. Wohoooo ini sudah bagus. Pernah tak korang makan snack dia? Its crispyfried boneless chicken macam Uncle Bob tu tapi pada aku this one lagi sedap sebab dia lagi besar and juicy. Kitorang tapau lagi nasik dengan tauhu telur ke apa benda. And extra box of cheese with sausage crepe. Kebulor? Memang! Air aku pilih V-Soy. Nyums!
So balik dah happy, freshen up sikit pastu turun pegi Tea Lounge dia untuk redeem Complimentary drinks. Sebelum dia tutup kan, bila lagi nak pegi?
Kosong! Nice ambience, hujung sana ada somebody plays piano. And seriously best!
Sebab kosong, maka seronok la lepak hilangkan lelah sekejap. Mandi apa semua pun belum lagi. Memang letihhh satu hari takde rehat yg banyak. So ada peluang lepak camni without anybody else memang lega sikit. Walaupon balik-balik menghadap Si Gempal ni jugak.
Pilihan air macam tak berapa banyak, and aku pun bukan jenis peminum coffee or tea sangat. Panas-panas lagi la kurang. Rasa terbakor je tekak akak ni kan. So paling selamat dan senang, Iced Lemon Tea je leerrrrrrrrrr.
WEIL HOTEL IPOH CONTACT DETAILS.
NIKON user vs CANON user.
Dah setel, perut pun cam nak meletup. Kau ingat minum gelas kecik tu tak kembung? Nak termuntah air aku dibuatnya. Belum lagi rasa nak terkencing bagai. Serius sebu. We went straight to our room. Lepak-lepak sekejap, and masa tu aku decide tu minum V-Soy aku. Those yang tak pernah minum, V-Soy ni air soya tapi dia macam pekat sikit. Dap...
Minum-minum slow-slow and borak-borak. And Si Gempal decided to mandi. Aku pun ok je lah. She did ask me, aku nak mandi dulu ke sebab dia pun nak berendam, so akan bakal mandi lama sikit. Aku suruh dia dulu, ok je aku tunggu jap.
Tunggu-tunggu dengar lagu, aku mcm serabut dengan V-Soy aku tu tak habis-habis. Terus aku sedut sampai habis telan dengan kadar laju. Buang terus botol dalam tong sampah. Tak sampai seminit..perut aku senak angin sampai ke dada. Sakit and tak selesa tuhan aje tahu. Angin macam stuck dalam perut aku, aku paksa keluar dia sikitttt je burp nye. Menonggeng-noggeng aku tahan senak. Baru teringat, kitorang keluar awal pagi gila aku tak sempat nak membuang pun pagi tu. Kau rasa? Semua benda bergumpal dalam perut? hahaha. Allah. Tak tahu nak buat macamana, Si Gempal tengah seronok pasang lagu bernyanyi-nyanyi bahagia bagai while aku rasa nak putus nyawa berpeluh-peluh tahan sakit. Takde arah, aku sampai sangkut diri aku kat tepi katil so that perut aku somehow compress sikit so tak rasa sakit. Logic mana aku pakai tah. Ofkossss tak jadi.
Dalam aircond tu aku rasa berpeluh jantan. Badan terus rasa nak demam. Nasib baik ada minyak angin panas dalam beg buat standby walaupun aku memanggggg tak suka pakai benda-benda berangin ni tapi keadaan macamtu aku terpaksa la mengalah jua. Last resort, aku baring mengiring and sekat bantal tepi perut aku and cuba pejam mata. I cant. Everything seems to be going wrong. Nak kacau Si Gempal berendam, aku tak sampai hati. Last-last agak-agak dah lama sikit (melampau pulak si gempal ni mandi khen) aku pun tanya dia lama lagi ke. Aku dah taktau rasa kat luar ni. Then she speed up and finish it.
Dah masuk toilet, baru la lepas segala hazab. Walaupun aftermath masih terasa at least wayyy lesser rasa tak selesa tu. Alhamdulillah. Toksin tak keluar dari badan dr pagi, badan aku maybe takleh nak tolerate ke apa LOL.
Terus aku sambung dengan mandi. Its my turn plak nak berendam and I decided to have a longggg extra warm bath supaya all the sore and angin-angin keluar. I need a good sleep afterwards!
Rose Jam Bumbleroon Bubble Bath by LUSH
So nice and relaxing. Aku dah siap buat playlist soothing music and bring in sekali aku punya Bluetooth speaker kecik. Si Gempal kata aku over, aku kata LANTAKKKK!
Lagu-lagu aku pun taste berbeza sangat dengan Si Gempal. Im more to jazz or balinese music when it comes to relaxing. Taste macam orang tua-tua sikit hahaha. Membebel kat luar bilik air cakap lagu aku tu tahpape. Soalnya, dia yang mandi ke aku yang mandi? PFFTHH! Tak tenang jadinye choii
So after about an hour of bath berendam dengan air panas semua, badan serious rasa relax sikit. Then keluar get ready untuk spend our night watching movies! Aku bawak hard drive, malangnya remote macam tak berfungsi pulak nak on movie, pelik. Bila call hotel, baru la diorang kata ada remote lain rupanya utk control movie tu. Motip? Nyusahkan hakuuuu nak call kau segala. Bila dah dapat remote, subtitles pulak takde cite hindustan kitorang nak tengok tu. Sudahnya makan snack kitorang beli tadi and dengar2 lagu je, lepastu kabommmm lah tidur!
Next morning, bangun kena awal la sikit untuk breakfast. Tak mandi,just freshen up tukar baju and turun. Actually masa kitorang pegi tu orang dah start ramai dah pun. The coffee house tak besar sangat bagi aku, and bentuknye memanjang, macam serabut pun ada aku tengok. Tapi spread dia sedap-sedap!
Lagu-lagu aku pun taste berbeza sangat dengan Si Gempal. Im more to jazz or balinese music when it comes to relaxing. Taste macam orang tua-tua sikit hahaha. Membebel kat luar bilik air cakap lagu aku tu tahpape. Soalnya, dia yang mandi ke aku yang mandi? PFFTHH! Tak tenang jadinye choii
So after about an hour of bath berendam dengan air panas semua, badan serious rasa relax sikit. Then keluar get ready untuk spend our night watching movies! Aku bawak hard drive, malangnya remote macam tak berfungsi pulak nak on movie, pelik. Bila call hotel, baru la diorang kata ada remote lain rupanya utk control movie tu. Motip? Nyusahkan hakuuuu nak call kau segala. Bila dah dapat remote, subtitles pulak takde cite hindustan kitorang nak tengok tu. Sudahnya makan snack kitorang beli tadi and dengar2 lagu je, lepastu kabommmm lah tidur!
Next morning, bangun kena awal la sikit untuk breakfast. Tak mandi,just freshen up tukar baju and turun. Actually masa kitorang pegi tu orang dah start ramai dah pun. The coffee house tak besar sangat bagi aku, and bentuknye memanjang, macam serabut pun ada aku tengok. Tapi spread dia sedap-sedap!
SI GEMPAL PUNYA. Aku tak suka croissant. Taktau lah kenapa.
Hashbrown, sedap gila. PALINGGG sedap is the egg aku lupa nama dia apa tp rasa lemak-lemak bersusu sikit nyums ya allahhhh
Macam la engkorang tak kenal. Cereal lahhh
Porridge, letak sikit black bean (nyesal amik) and lotsss of pickles. Plus ikan bilis goreng curi dari section nasik lemak hahaha, Motif kat bubur takde ikan bilis? Mengundang amarah ok!
Buah-buahan lepas rasa bersalah makan banyak, ini biasa LOL
So afterwards, makan kita naik kejap to rooftop. Sebab plan asal, nak swim. Tapi hazab wei panas dia...... kau tengoklah sendiri.
Area depan pool. Kalau tak panas dah lama aku terjun.
Memang hajat dihati dah nekad dah nak mandi. Tapi Si Gempal buat hal taknak pulak. Abis baju mandi bawak memang untuk memberatkan beg aje sebenarnya?? Dia takut sunburn. Kata aku, kita memang dah kelammmmmm lahhh!
So we decided to go round-round je. Atas ni ada rooftop garden. Lawa lah gilaaaaa. Malam tadi tak terasa nak lepak sini pulak. Kalau malam for sure cantik, sejuk pulak tu. Memang best sangat lepak borak-borak ke apa. Dah matahari tegak atas kepala macamni, nak lepak apabenda? Nak daging punggung kau masak ke duduk atas couch panas ni semua? Tak sanggupppp.
SO GREEN AND NICE!
Bandaraya Ipoh from rooftop.
After, kitorang terus balik bilik untuk mandi gosok baju and ready to check out. Lepasni nak pegi explore Ipoh lagi! Yeay!
Sambung balik next entry okay,
Annekayra.
Gambar semua besar besar supaya entri nampak penuh. ZZzzZzz
ReplyDeleteaku memang suka gambar besar la puashati clear. bukan sebab nak entri penuh pffth
Delete