Salam and hi!
MARILAH UPDATE LAJU-LAJU MALASNYAAAAA OMG
Bersambung kembali dalam kembara Ipoh aku yang tak seberapa ni. So after we checked out, marilah meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Panas toksah cerita, terkenyit-kenyit lah jugak mata ni. Kemana kitaaaa? Kita pegi area Concubine Lane.
Sampai sana takyah cakap la busy dia macamana, ramai gila la org, hari cuti kan. Cari parking tak jumpa-jumpa pulak yang dekat. Terpaksa la parking jauh sikit dan menapak. Dah nekad takmau bawak handbag, apa barang kan. Aku sangkut je bag pack. Senang sumbat, tangan tak semak.
Concubine Lane is a small lane located off Jalan Bandar Timah (Leech Street) in Ipoh. Along with Hale Lane and Market Lane.
Lorong Panglima (Panglima Lane), or better known locally as Concubine Lane (or Yi Lai Hong in Cantonese) is a narrow, uneven path, in Old Town Ipoh, believed to have been established in 1908. Concubine Lane became a residential area where many rich Chinese magnate and British officers were supposed to have kept their concubines and mistresses in the townhouse there. I think now you would know why the area is called as "Concubine Land".
Other than that, this area is also infamous for gambling, opium and prostitutes. After Malaysia gained independence in 1957, all the British officers left to their countries, leaving behind many historical buildings and colonial structures.
(Credit to : http://www.sini.com.my/)
Sedikit sebanyak cerita pasal Concubine Lane ni. Aku nak terang banyak-banyak pun to be honest fail sikit la sejarah ni. Hehe. What I can see, Concubine Lane ni peninggalan British, bangunan lama and kedudukan macam lorong, dalam tu sekarang banyak kedai-kedai yg jadi terikan pelancong and local. Mostly chinese shop la. Macam ada rumah jugak kalau tak salah, menarik.
Cantik beca antik ni. Masa aku habis amik gambar ada satu pakcik cina bisu nak amik gambar ni pakai phone dia, habis semua orang dihalaunya siap ada pompuan tu kena marah lagi sebab halang dia ahahaha.
Takde beli apa pon kat sini. Cuma banyak ambik gambar sebab bangunan dia cantik and menarik. More to suka tengok culture, observing. Banyak jugak kedai-kedai kopi chinese, meriah je nampak. Ralit betul. Walaupun panas, kuredahi jua.
Lepas tu terus pegi ke Kong Heng, tempat lepak dalam bangunan lama yang for me sangat interesting. Gabungan lama and baru all in one.
Kawan tuan rumah.
Sebelah sana tu tandas ye, cantik kemain. Pintu belah kanan tu adalah kedai baju. Jangan memain, buruk diluar dalam klasik and rustic style, siap beraircond.
Plan nak pegi Yasmin at Kong Heng (Yasmin Ahmad Museum) tapi masa tu perut dah kebulor. So makan la dulu. Apa ada situ? Plan B. Jangan gelakkan. Aku tahu Plan B ni KL pun ada. Dah tu, kebulor aku sapa nak tanggungjawab. Lagipun ni suggestion Si Gempal. Salah dia. Sis Hipsturrrr sgt.
Aku order Aglio Olio with Chiken. Boleh tahan sedap. I like.
Hujung sana berderet mcm bazaar and small2 shop. Kebanyakannya jual souvenir, and also antique stuffs. Ada bench tempat lepak, also customer Plan B ada meja kat luar utk makan outdoor. Walaupun ada payung hakak tak mampu dik. Gelupor kepanasan.
Tengok gitu-gitu je, harga taklah murah. What do you expect kat tempat cmtu kan? Eh ke aku yang cheapskate? hahahah. Ada jugak nampak ais kepal, tapi sebab nak pegi musem dulu, taknak beli lagi. Next? Jom pegi ke Yasmin at Kong Heng, museum tentang pengarah kreatif yang menghasilkan banyak brilliant movies played but mostly the Sharifah Sisters, such as Sepet, Muallaf and banyak jugak iklan-iklan yang dihasilkan for Petronas etc.
Memula taktahu macamana nak pegi museum, tanya la budak yang keje Plan B tu. Kena pandai carik sign dia, and of course tempat takde la besar mana pun. Tak susah cuma kena peka.
Atas ni rasanya Sekeping Kong Heng. Lawa konsep dia. Maybe next time boleh try sini pulak.
Tiket RM3 (donation). Boleh pilih stamp tulisan Yasmin sendiri and I chose this. So comel:)
Sampai depan pintu masuk, akan ada satu akak ni sangat peramah orangnya. Kata dia, kitorang orang last masuk sebab dah nak tutup. Phew nasib baik sempat.
Masuk je pintu masuk tu, akan dengar recording dialong macam kat atas ni. Suara arwah Yasmin sendiri. To be honest, aku takda la die hard fan ke apa, cuma suka hasil kerja-kerja dia yang unik, and lain dari yang lain. Idea yang simple but yet sarat dengan pengajaran and memberi impak besar. So bila dengar suara dia greet kita masuk walaupun recorded sahaja, menyentuh hati gak sebenarnya. Al-fatihah to arwah.
And menariknya sepanjang tangga tu ada gambar-gambar arwah Yasmin dan poems nukilan dia. So terisi la perjalanan korang naik atas tu yang tinggi nak mampuih ya, tingkat 4 kot? Semput hakak dikkkk. Nak menyesal pun tak guna, takkan nak buat malu patah balik? Haha.
Finally sampai *lap peluh*
YASMIN AT KONG HENG
Masuk je, nampak area ni dulu.
Banyak kerusi, and ada playback iklan-iklan hasil kerja arwah Yasmin.
On the right hand side, ada area ni.
The museum takde la besar. In fact apa korang nampak dalam gambar ni itu je lah. Cuma area menonton, ngan area lepak macam atas ni. Di dinding2 banyak gambar barangan peribadi Yasmin, and also some poetry of hers.
Ingatkan kita berdua je kat situ, ye lah katanya last kan. Tiba tiba ada dua couple lagi masuk visiting jugak. And sebelum balik we spent a good maybe abt 30minutes watching her ads yangplaying on the screen. Semua 6 of us visitors duduk area tu in silence watching dengan khusyuk. Some of her ads had me choked inside holding back the tears (maaflah akak hati memang tisu). It was so silence you can almost feel semua sedang reminisce sendiri.
It was a good place to visit terutamanya untuk mereka yang kenal dan pernah membesar dengan karya Yasmin Ahmad yang selesa membahasakan diri dia 'Mak'.
Alfatihah buat Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
After, we went down and back to the shops area. Ye la nak cuba ais kepal katanya.
SEKALI AIS KEPAL HABIS DAAAAA! Frust lah. Yang ada cuma lychee asam boi (kalau tak silap aku). Hurm meamng lah tak sebab i dont like asam boi drink. So Gempal je la order. Mangsa tukang beli? AKU JUGAK!
Belakang and tepi-tepi kedai ais kepal ni banyak barang-barang antik. Aku malas nak amik gambar semua tapi serius menariklah! Macam kat bawah ni. Some of them memang untuk dijual.
Dah agak-agak basah tekak, kitorang kena move to the next place, kejar masa la sebelum nak balik KL. Kemana kita pasni? Tunggu la last part travelog Ipoh ni.
Matik la pergi Ipoh dua hari dah berderet camni entri. HAHAHA pedulikkkk!
Yang penat menaiplah,
Annekayra.
No comments :
Post a Comment
Salam and Hi!
Please be nice and have a good day!