Salam and hi.
Punya la lama nak update ye dak. Kalau hangpa perasan, belog sudahpun berwajah baru. Sorry la kerana masih lagi macam kosong-kosong sikit. Baru nak rajin la ni. Penat hadap HTML. Okay, setelah sekian lama, mari la update travelog mini pegi Ipoh tuari. Walaupun gambar belum habis watermark semua, lantakkan, persetankan, pedulikkan!
Ayuh!
So setelah dua jam lebih atas jalan, bontot pun sudah kematu, mata sekejap nak bukak sekejap nak tutup, maka sampai la kami ke tempat penginapan. Kitorang pilih untuk stay kat WEIL Hotel, Ipoh. Bersebelahan dengan Ipoh Parade, in fact - connected. So easy. Walaupun bukan la intention aku datang Ipoh nak pegi mall, tapi at least boleh la jalan-jalan sikit kalau bosan. Ye dak?
Harga dia RM3xx per night. Mahal sikit tapi puas hati sebab selesa gila. Boleh katakan, memang 98% puashati dengan hotel ni. 2% tu kurang sebab masa aku pergi tu, internet dia agak slow. So gambar atas tu is part of the lobby. Parking dia, sekali masuk dengan parking Ipoh Parade, tapi there's few levels untuk hotel guests. Yang mana ticket untuk parking first kena validate di lobby area, and it'll be free. Lupa tukar and validate? Nasib kau lah.
We took twin room. Pertama sekali harus la aku terkam katil yang mana pujaan hati. Tu yang nampak berkedut kedut tu. Gempal marah je aku terjun dulu, nak amik gambar cantik masuk belog katanyah! Maaf badan aku dah landing dulu. Katil dia super soft and awesome. Selalunya menjadi kerisauan aku kalau amik hotel katil or bantal bau tak bersih. Tak tau macamana nak cakap but you know, bau lama tak tukar kind of smell. Alhamdulillah sini takda ye.
In fact baunya sangat fresh, sangat empuk dan gebu. Tidur memang nyenyak lah after a long day. Definitely revisit.
Nak tunjuk ni. Perempuan kalau berjalan macamana. Gayanya macam nak pegi 3 hari, LOL. Anyway, akak mengaku kalau pegi jalan-jalan tak reti pack sikit. Sebab i like choices. Haha. Selalu sangat bawak banyak barang akhirnya idok la semua dipakai pun. Setiapkali travel, mesti last-last rasa menyesal bawak banyak lalu berazam supaya bawak sikit next time. Bila sampai next time? PIKIRLAH SENDIRI JANJI TERTUNAI KE TAK. kahkahkah
Bag aku cuma yang hitam tu. Selebihnya kau pandai-pandailah teka siapa punya. Aku rasa dia ada rasa nak pindah Ipoh agaknya.
Complimentary semua yang ada dalam bilik ni. Kacang-kekacang, teh kopi and air dalam mini bar. Sudahnya, angkut je kacang masuk beg masa nak balik to make it worth paying lol. Dasar kg! Yang kitorang memang minum cuma la mineral water.
HIGHLIGHT OF MY STAY.
Kerana masih ada LUSH berbaki tuari and rumah aku takde bath tub, maka hotel ini adalah heaven dalam bilik air. Antara sebab aku pilih Weil adalah kerana toilet dia ada bath tub and pada pandangan aku masa survey ianya maha bersih dan maha selesa. And it really is! Serius tak tipu. Toilet and shower + tub seperated by a glass sliding door, and super bersih. Nampak blind tu? Siapa yang honeymoon rasanya sesuai la kot, nak seksi seksa buka je le blind tu. Aku dengan gempal? Risauuuuu je ternampak benda tak sepatutnya. Mula la blind dah kelepet habis pun rasa mcm boleh nampak lagi kahkahkah so insecure.
Okay sampai sini dulu cite pasal accommodation. Akan disambung lagi about this hotel about the food and whatnot so stay tune okay!
Till then,
Annekayra.
No comments :
Post a Comment
Salam and Hi!
Please be nice and have a good day!