Salam and hi!
Day 3 di Korea. Harini niat dihati nak pegi shopping. Macam biasa, breakfast haritu makanan yang dibawak sendiri iaitu nasi lauk daging dendenglah apa lagi haha. Kenyang dan tetap sedap nyums. Selain dari tu mak aku pun ada bekalkan ikan bilis sambal jugak. Bervariasi gichew.
So, pagi tu seperti biasa bangun around 9ish. Semalamnya kaki penat gila babik berjalan kan. Sumpah aku balik tu rasa macam nak merangkak. Ha lupa aku nak cerita dalam entri sebelumnya, kan aku dah tak sempat nak tengok Banpo bridge show tu. so balik tu aku teruskan la naik train sampai Yongsan, sebab selepas Yongsan tu dah station sebelah accommodation aku kan....
So naik la......sampai Yongsan tu, tetiba aku tengok semua orang keluar. Eh? Pelik ni. Takpe, berlagak cam local dengan Cikin, jangan gelabah Kin...bajet dah biasa, muka chill teruskan borak padahal hati dah dupdapdupdap. Pintu subway dia terbukak lama, ada orang masuk and take seat tunggu macam biasa. Aku cam...apahal train ni tak jalan-jalan lagi ni. Aku dah letih nak mampos ni ingat nak tido je dah ni...ada announcement manually tapi dalam bahasa Korea, sepatah haram la aku tak paham kan. Takpe kita tunggu dan lihat lah..
Lepas lebih kurang 10mins tunggu (lama gila ok!) barulah pintu tertutup. Aku pun dah lega....
Tiba tiba....................................
TRAIN PATAH BALIK TO THE WAY WE CAME FROM!!!!
Huwaaaaaaaaaaa kenapa Cikin? Kenapaaaaa? Lagi satu station je pun nak sampai!
Dalam hati aku dah macam nak menyumpah dah. Tolong la aku taknak pegi balik kat station kita dtg tu, jauh gila ok, dekat setengah jam journey gak tu. So aku pun dengan chill tapi nervous kena fikir alternative routes cepat. Nasib baik la ada egg tu ada jugak internet aku nak guna. Cuba kalau takde?
Mampus.
So dipendekkan cerita, kitrorang ikut alternative routes iaitu turun di Noryangjin, amik train ke Dongjak dan teruskan ke station Sookmyung Uni Station. Tu je paling dekat dan senang. Ingat nak turun kat Namyeong sebab dekat kan sebelah pintu je, mana larat nak jalan jauh kaki sakit kan. Sekali terpaksa jugak turun kat Sookmyung yang jauh sikit dari hotel. Menapak lagi. Huwaaa.
Balik tu sapu kaki dengan minyak angin dan bungkus dengan stokin haha.
DAY 3. READY NAK JALAN-JALAN!
SUSU PISANG TU WAJIB YA!
Kemana kita?
NAMDAEMUN MARKET!
SOOKMYUNG WOMENS UNI - HOEHYEON (EXIT 6)
just two stations away! :)
Namdaemun market ni I can say tempat paling aku suka lah utk shopping. Sebab macam-macam benda kau boleh dapat kat sini. Harga pun okay-okay la. Aku jenis tak suka sangat bargain, aku rasa murah, aku beli. Mahal, tak beli, Camtu. Kat sini banyak wholesaler, so harga pun sebenarnya memang dah murah. Aku dengar cite, kalau kau mintak murah lagi nanti kena marah haha.
NI ADALAH KEDAI SOUVENIR YA
BESAR GILA, MACAM MACAM JENIS SOUVENIR ADA.
Sini jugak, kau rasa syok sebab almost semua seller tahu greet kita dalam bahasa melayu. Tetiba rasa macam kat Malaysia balik kahkahkah.
"Selamat datang.."
"Apa khabar..."
"Mari masuk, cantik-cantik..."
Eh eh kau ni makcik, kemain ya. Hahaha. Aku suka tengok tengok cuci mata, tapi takda apa aku rasa nak beli, melainkan souvenir pada keluarga and kenalan. First sekali kitorang beli ialah baju t-shirt I LOVE KOREA. Kalau korang nak beli utk souvenir, boleh beli kat sini sebab harga dia murah. Paling murah is 3 pcs 10,000 KRW (lebih kurang RM35). And of course BUKAN ORIGINAL but kualiti still sangat okay. Original mahal sikit, dalam 25,000 ke berapa tah, ada satu kedai tu bgtahu. Silap besar la makcik tu bagitahu aku pun, aku kan cheapskate LOL.
Macam aku cakap before, kat tempat tarikan pelancong utama camni memang berduyunlah kaum senegara kau akan jumpa. Malaysian memang ramai shopping sini, jumpa jangan lupa senyum la kang kena cop sombong dalam group travel kahkah
KITORANG BELI NGAN AHJUSSI NI.
Sebab apa? Sebab ahjussi ni sangat energetic and kelakar. HAHA. Cakap melayu boleh tahan. Tanya kaler apa ada....?
"Ada enam warna...Merah, Biru, Kelabu, Hitam, Putih, Hijau, Kuning..."
"3 sepuluh ribuuuuu.."
LOL! I cant la orang tua comel begini! And satu lagi aku perasan orang Korea ni jenis tak malu nak bermesra dengan kita. Aku video call kawan aku dia sibuk enterframe sekali nak greet haha. Adoilah. Memang banyak borong dengan dia ni. Aku dengan Cikin puas hati gelak dekat sini. Semoga bisnes pakcik ni maju jaya!
Korang kalau nak beli souvenir, disarankan beli kat sini. Memang murah-murah. Keychain kebanyakannya dijual dalam paket of 10 or 12 camtu. Banyak jenis souvenir lain jugak bukan setakat keychain sahaja, pen lah, kipas lah, eh macam-macam. Serius banyakkkk! Kitorang sempat beli keychain utk colleagues kat sini jugak, pakcik tu pun pandai berbahasa melayu sikit2.
"15 ribu isinya sepuluhhh..."
Haha lebih kepada indonesian sebenarnya.
Untuk yang ada baby pun aku nak bagi warning masuk sini. Kau orang mak mak boleh jadi gila tengok barang baby banyak. Dengan aku aku sekali dah rasa nak beli dah apahal kannn?!
POMPUAN NI SERIUS SHOPPING DENGAN GILA.
AKU DAH CAKAP BAWAK DUIT LEBIH,
DIA CAKAP SOKAY TAKNAK SHOPPING.
TUP TUP...... DIA YANG JATUH MISKIN DULU!
Remember I said banyak lagi design snapbacks lawa-lawa korang boleh dapat? And i did mention kat market ni pun ada satu kedai kan? Ha lepas pada beli souvenir tu kitorang masuk satu kedai snapbacks ni. Kat sini kau pandang kedai tu dengan interest mesti lah dia greet kau siap tarik kau masuk siap cakap "masuk...masuk...tengok.." ewahhh perangai kemain nih
Kat kedai ni jual snapbacks yang pernah RM members pakai. Kualiti sangat sangat bagus. Harga pun bagus lah kak. Haha dalam 20,000 ke atas cemtu lebih kurang. Aku memang taknak beli dah. Masuk tengok je si Cikin ni beli. Staff situ budak muda, oppa2 semuanya and again....funny nak matikkk. Dia suruh aku duduk sebab aku menyemak tengah jalan. Bagi kerusi tapi kata nak charge aku 1,000 won. Apakah?! tibai nak? Pastu gelak gelak cakap gurau haha. Dah la mulut tak habis habis "Aku cinta padamu..." omg so funny ok rasa nak tepuk sekor-sekor.
Dulu sebelum aku datang Korea, setiapkali aku tengok show2 depa, aku buat kesimpulan bahawa orang-orang ni majoriti has some good sense of humor. Now bila dah pegi end experience sendiri, they really do! kihkih.
Lepas dah jatuh miskin, masatu dah lebih kurang tengahari, barang banyak gila and bag sumpah beratttttt nak mampuih. Jadi kitorang decide nak balik dulu ke hotel letak barang since memang dekat je pun, train sama line je. Balik tu, nampak orang jual juice buah fresh, nampak la strawberry. Aku dengan tak malunya nak beli strawberry saja. haha. Nasib baik akak tu bagi walaupun muka dia pelik.
Aku dengar orang kata strawberry 4 musim ni manis sangat. Dan of course la sana murah.
Apahal tak tak fokus....
ANYWAY....TAK LA MANIS SANGAT YANG NI.
PADAN MUKA AKU GELOJOH NAK BELI KAN.
Haha. Tak habis pun, balik letak dalam fridge je konon nak makan balik malamnya. Hampeh je laaa janji tinggal janjiii....
Jumpa next entry,
Annekayra.
wah bestnya
ReplyDeletespring pun sejuk yer?
Hehe, yes spring sejuk lebih kurang dalam 16C - 17C la paling panas pun waktu siang dan malam 8-10C. Lagi malam suhu lagi drop cth kalau 3-4 pagi lebih kurang 5C.
DeleteDulu masa saya pergi pun 2x shopping kat namdaemun. Beli boot kat sana 18 ribu. Best lah koreaaa!!!! Hehe
ReplyDeleteKan. Korea sangat best. Mungkin statement saya ni bias sebab saya mmg obses korea kahkah
DeleteTeena memang tak tahu apa2 pasal korea. Kpop kdrama running man sume tak layan sangat. Tapi tempat kat korea memang best. So bukan sebab bias hahah.
DeleteHIHI. Teena pegi bila tu? Lama tak? Aritu kita pegi kejap je, tak puasssss!
Delete