Akak adalah sangat teruja dengan travelog ni. Kerana cinta terhadap Korea, so this is one of the big event in my life la.
Apa? Orang lain pegi tak kecoh pun?
DULIK APAH AKUUUUU HAHAHAHA
Anyway. Without further due........
Sedikit introduction. Plan nak ke sini dah lama terancang. Dalam lebih kurang setahun setengah kot, sebelum tarikh aku fly pada bulan April tu. Sebenarnya, aku plan untuk pegi dengan Si Gempal in January, konon nak rasa salji lah. Namun kita ni boleh rancang je la, Allah jua yang menentukan semuanya eceh..Si Gempal tak jadi pergi atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku terpaksa la cari someone untuk diangkut bersama. So tarikh pun kena la anjak sikit ke April untuk menguruskan hal trip ni. Bila pikir balik, bagus jugak. Aku pun macam tak sedia je nak menempuh sejuk terlampau bulan winter tu.
So dengan siapa aku pergi? Aku pegi dengan another best friend of mine, kita panggil dia Cikin je la ye. Haha. Sukati aku la nak panggil apah, Cikin pun comel juga. At frist dia pun takleh la nak decide mengejut so she needed time to rearrange stuff, and confirmkan. Jadi setelah beberapa ketika..akhirnya confirmlah, kitorang pegi pada 16 April sampai 22 April 2016. Ikutkan plan asal aku dengan Si Gempal, kitorang nak pegi dalam 2 weeks, or maybe more than seminggu sikit. Tapi schedule kerja aku tak mengizinkan cuti lama, so that much pon okay lah. Jimat bajet aku haha. And oh ya, Cikin juga my officemate aku, so dari segi schedule kitorang pun mmg takleh nak cuti lama.
So trip ni pergi berdua sahaja....TAPI...
Ada lagi 3 orang mengekor kami. Tapi tak la mengekor berjalan apa semua bagai, diorang cuma ikut on the journey and staying place supaya senang arrange sekali. Dari segi plan and itinerary, masing-masing ada rancangan sendiri. Who are they? Family lah senang cite. Malas pulak aku nak explain banyak haha. Mereka bertiga tu semua lelaki, start dari masuk hotel hari pertama, kitorang tak berjumpa sampai la nak baik tu baru jumpa balik hahaha.
15 April tu kitorang berdua kerja, si Cikin lagi la balik kul 8pm. Then aku being aku, buat keje segala last minit. Kalau orang lain semangat pack baju, aku tak pun. Malasnya melampau. Sudahnya tengah malam baru start pack. Kitorang punya transport untuk ke airport, sewa MPV utk berlima. Jimat. Flight scheduled at 820am, kau bayangkan aku yang kena pergi airport dalam pukul 4 pagi camtu, pukul 3 baru dapat tido T_T
Luggage aku ni memang besar gila ya, being perempuan macam trip Ipoh aku tuari, kau rasa boleh ke nak bawak barang sikit2? Antara sebab packing lambat, cannot decide what to leave pffth!
Masa ni dah checked in, so nak cari makanan utk breakfast sebab lapar gila. Dua dua tak tido malam tu, so boleh imagine tak penat gila dan mengantuk masa ni macamana? Rasa nak marah orang, jangan terpedaya dengan senyuman ittew.
Perangai aku tak suka rush naik flight. so makan cepat-cepat so boleh rehat sikit sebelum boarding. Aku tak suka nak berlari-lari kejar masa nak naik flight, aku suka santai je jalan tu. Bag lagi apa semua sangat renyah okay! So i like to take my time sambil jalan-jalan borak cuci mata semua.
So tepat 820am waktu local, we started our journey to bumi Korea. Perjalanan amik masa around 6hrs 30mins. Masa tu mmg best sebab seat kitorang tu satu takde orang, so we had all 3 seats for ourselves! Selesa la sikit walau bukan premium flatbed. Menyampah je tengok orang premium depan kitorang, cozy je. Tapi bila fikir balik, ahhhh baik duit tu aku pegi shopping! HAHAHAH
Me and Cikin liplap. Mampu pakai labuci macam dia? Dia sorang je boleh pull that off ok.
Cikin punya. Maceroni beef ball marinara ke apa tah.
IM BEING MALAY SO RICE LAH WHATEVERRRR
Nasi dagang - tak sedap!
Nasi dagang - tak sedap!
Dalam flight memang takde in-flight entertainment ye, AAX cuma sediakan tu dalam flight ke Aussie sahaja. So mati kutu la Cikin dalam tu sebab takleh tido. Aku? Of course amik kesempatan tu untuk membuta. Kata tak tido dari semalam. Letih nak mampos ok. Tu pun, tido bangun tido bangun tak sampai-sampai lagi. Pelik betul rasa macam dah tido lama tapi lambat pulak waktu berjalan.
Finally lepas 6 jam tu, sampai la kitorang dalam lebih kurang pukul 3ish petang waktu korea. Masa nak landing ada turbulence sikit, cuaca macam mendung gitu. Masa dah dekat nak landing I saw macam pulau kecik kecik and ada kampung exactly macam dalam dorang punya show, barulah aku teruja nak matikkkk. I cant believe yang aku akhirnya dah sampai ke bumi Korea, negara yang aku memang nak sangat pergi, yang aku mmg obses with. Arghhhh sukanyaaaaaa!!
Bila keluar dari aircraft, akan nampak benda ni dulu. Nak senang, sila beri perhatian sebab kat sini dia dah bagitahu belt nombor berapa is your luggage claim. Kalau terlupa check, dipersilakan check di luar. Aku malas! hehe.
Si Cikin awal-awal lagi dah pegi jamban. Haha. Dia ni memang kuat pegi toilet sikit. Pastu dia kata pundi kencing aku ni hardcore takde rasa nak kencing. Sebenarnya pundi kencing aku yang pelik ke dia punya yang abnormal hahahaha. Kat sana tandas mmg superbly clean, cuma takde pili air. Kita rakyat Malaysia ni memang lah tak biasa kan.. so tips nya bawak la botol air bila keluar. Dan juga wet tissue. Tapi bawak wet tissue jangan la buang dalam tandas tu tersumbat la dia, pandai-pandai la takkan le aku nak kabo and ajor semua hallahhhhhai
Untuk ke arrival hall, kena naik shuttle train ni. Punya la ramai manusia termasuk la ahjumma2 entah dari mana. Ramai juga chinese tanah besar, yang kebanyakannya perangai sangat lerrrr annoying. Maaf ye hakak bukan racist tapi ni aku cite yang aku nampak la. Ahjuma pun tak kurang perangainya, penat-penat beratur, tetibe eh tercatuk muka dia sebelah pintu train? Memang tak laaahhhh aku bagi jalan. Dia main rempuh je ok. Maaf makcik, nak lalu baik-baik lah. Kalau dah main rempuh tak beratur bagai memang mengudang amukan orang yang sedang lapar. Eh, lapar lagi?
Dah habis cop passport semua, yang maha lama sebab panjang nak mampos queue, kitorang pun bergerak la keluar. Teruja nih!!! Nak hirup udara segar korea AHAHAHAHH SAIKO TAK! Keluar tu cari driver mpv kita yang memang dah ditempah khas dari guesthouse. Senang cite. Kehulu kehilir tak jumpa, rupanya dia tunggu kat pintu lain.
Sedikit nota tepi, Korea bagi aku sangat mudah untuk bergerak kemana-mana. Dari airport sendiri ada macam-macam cara utk ke bandar Seoul. Boleh naik subway, samada yang stop di station2 atau yang terus sampai ke city. Of course, ikut bajet waktu dan duit korang la. Ada juga airport limo iaitu bus yang akan berhenti di tempat2 tertentu, so pandai-pandai lah cari mana yang dekat. Jangan risau, sangat tourist friendly Korea kesayangan aku nih muehhehehe.
Keluar je dari pintu.... HOMAIGAD. Aku kat koya nihhhh. Sejuk gilaaaaaa! Masa tu hujan renyai-renyai lagi. Memang menyengat sejuk dia. Aku takleh imagine kalau winter. And sekitar airport banyak lagi cherry blossom sepanjang jalan, cantik!
Ahjussi ni english biasa-biasa je, tapi kelakar banyak cakap. Ahahaha. Dalam kereta pasang lagu tradisional korea la, lagu budak-budak la. Bertabah je la kitorang dengar. Dalam kereta memang aku tak tido lah, pandang je kiri kanan kerana disbelief LOL
Jarak Incheon dari kota Seoul dalam sejam perjalanan lebih kurang. Masuk bandar lagi la seronok tengok, tak sangka selama ni tengok dalam tv and setelah berblog-blog aku khatam, akhirnya tercapai juga hasrat alhamdulillah. Wish Si Gempal with me masa tu, mesti lagi gila!
We stayed in Yongsan, nama tempat tu is G Stay Residence. Sangat dekat dengan subway station iaitu literally next door. Betul next door ya, kau keluar pintu jalan sikit sebelah bangun residence tu dah ada station which is Namyeong Station. Sepanjang di Korea, subway is the main transportation utk kami la sebab senang, train station ada dimana-mana dan dekat-dekat. Selamat dan tak sesak :) Untuk kegunaan 6 hari kat sana kita topup 20,000 KRW (lebih kurang RM70) boleh topup di most of the convenience store mcm 7-Eleven or GS25. Lotte Mart tak boleh ye sebab aku dah cuba haha.
CHECK IN. Bayar terus semua senang cite. No deposit.
Di sini tak ada breakfast ya. Because memang macam apartment lah lebih kurang. Pandai-pandai lah masak sendiri. Staff boleh berbahasa inggeris, ada few yang tak boleh tapi bukan yang ada di front desk la which is no big deal. Bilik kami twin, so dapat tingkat 7, yang boys triple room dapat tingkat 12. The room was super duper clean, hari-hari akan ada ahjussi angkat sampah. Ada bell and intercom boleh nampak siapa kat luar, which is common di sana.
Masuk je, nampak kitchenette, ada washing machine tapi in korean haha. But dont worry, boleh je tanya diorang macamana nak guna, lagipun mmg kena bagitahu supaya dorang boleh connect air ke apa tah. Thats what we did. Ada fridge, ada wifi free. Of course, heater and aircond ada jugak. But in spring takde la sejuk gila so rasanya dia tak on heater kot. Memula sampai tu rasa belengas panas so bukak la aircond. Sejukkan bilik sikit. Tapi rasanya selama kat sana jarang la bukak sebab mmg sejuk gilooooo kat luar.
Toilet kecik sikit tapi bersih. Cuma ada sikit bau, aku ada baca system sewerage di Korea ni still macam system lama, so bau2 dalam paip tu kdg2 boleh naik ke atas juga. Wallahualam lah ye. Oh ya, basic toiletries juga disediakan. Tak perlu beratkan bag bawak, macam aku kahkahkah
OFCOURSE BED ACIK KENA SEBELAH TINGKAP YOUALLS
BED CIKIN.
The bed was so comfy. Rasa nak bawak balik comforter haha. Tebal and selesa. Again, aku sangat suka dengan katil yang bau bersih. Thankfully kat sini gitu la. hehe. Tv tu channel korea je, ada juga USB, menyesal benar la ak tak bawak hard disk. Kalau tak boleh layan running man untuk menambahkan rasa teruja kahkahkah
Masa sampai tu Cikin dah lemau tahap max. So dia mohon nak nap sekejap. Masatu dah almost 5pm. Aku plak cam kesian so takpe la bagi je la dia tido. Tak lama lepastu aku kena pegi ke front desk sebab orang yang nak hantar portable wifi nak sampai utk deliver egg yang aku dah order :)
Aku survey banyak jugak untuk rental egg ni. Tapi kebanyakannya perlu deposit dalam 50USD (about RM200) which kalau boleh taknak la haha. So cari punya cari akhirnya jumpa KoreaWifi ni. Tak perlu deposit, and the rental pun okay la. Kalau dari Malaysia kau nak rent pun boleh, banyak dah service macamni antaranya Wiyo. Tapi tu la aku takut tak jadi ke apa dah satu hal pulak. Lagipulak, Wiyo tak cover area Nami Island. Mana boleh, stegrem semua macamana? ahahaha. No la aku prefer yang boelh cover semua, senang kalau nak cari info kan. So opt with this sebab again, tak perlu deposit.
Dapat macamni. Dah boleh jalan, yeay!
Kat sana 6 petang lebih tu dah gelap. Aku pun sempat la melelapkan mata sekejap. Tapi sebab lapar, kena la cari makan kan. So 7+ kitorang siap2 nak keluar nak tengok apa yang ada. Kitorang bawak makanan memasing, tapi nasi takda. Sini boleh beli nasi instant tapi masalahnya microwave plak takde. So ayuh la kita cari makan. Kat luar hujan quite lebat jugak la.
HELLO SEOUL IM HEREEEEEE!
Hujan lebat gila. Takde payung pulak. So mampu redah je seberang jalan pegi Lotte Mart. Oh ya, dapur kitorang pun takde periuk ya, sedihhh! Nak jalan jauh2 malam tu macam takde confident and mood pun kelaut lagi sebab dah malam kan. campur dengan penat segala. So pegi situ jela. Lucky ada periuk ramyeon warna emas selalu korang tengok tu hahaha. Harga murah, cuma 1990 KRW (lebih kurang RM7) sajork. Nampak pulak jus mango harga lebih kurang utk botol besar, rembat jugak.
Malam tu jugak kat luar aku dan Cikin menjakun depan kedai, sebab sejuk terlampau kitorang bercakap keluar asap wap dari mulut. Gilaaaa engko tak jakun?! Terus gelak-gelak sambil record hahaha.
Kitorang beli brand Ottogi ni. Ada 3 satu pack. Beli dua pack satu sorang. Patut masak dalam microwave tapi kalau dah takde.... gini je la....
Masukkan nasi sebungkus, letak air sikit...godek2..
Melekat juga la sikit tapi belasah je la. Janji panas!
Juadah dari Malaysia, ni mak Cikin yang bekalkan.
Sambal ikan bilis cili padi dan daging dendeng!
SEDAP GILAAAAA LAH BAQ ANG!!!!
Jadi gini la nak survive di negara orang kena la improvise kan. Haha. So ini dinner kitorang malam tu alhamdulillah. Walau nampak kecik namun mengenyangkan sebab nasik korea ni banyak kanji. Dah lapar tu pulak, kau masuk apapun jadi sedap. Dah habis makan, sambung la berguling merehatkan diri balik untuk hari esok! Tak sabar nak explore!
Sepanjang malam tu tak bukak aircond. Pertama kali dalam hidup berselimut tebal dalam bilik takde kipas takde aircond hahaha. Aku ngan Cikin amazed sendiri je. Malam tu jugak tengah gelap2 sedap tido si Cikin buat hal kejutkan aku sebab takut angin kuat sangat kat luar. Dah ler gelap nampak kelibat dia je sebelah aku. Nasib tak sakit jantung. Rupanya bila check angin tu dtg dari tingkap kecik tepi kepala aku, tak diselak so terbukak la dia. Si Cikin ni pulak boleh pulak pikir ada gempa bumi bagai siap takut kalau jadi pape. Bongok beteiiiii
Jadi gitu je la berakhirnya hari pertama kami, half day gone utk perjalanan sahaja but its okay. Pengalaman tu yang takleh beli dimana-mana.
Yang akan sambung day two esok,
Annekayra.
No comments :
Post a Comment
Salam and Hi!
Please be nice and have a good day!