Tuesday, July 26, 2016

Resipi : Kuih Getas

Salam and hi!

Haritu ada orang request nak makan kuih getas ni. Dah lama tak makan and kalau engkorang perasan, agak susah gak nak cari kuih ni sebenarnye kat luar tu. Selalu time bulan puasa la ada banyak sikit kat bazaar tu. Tu pun tengok la nasib, kalau kau beli yang keras nak mampus tu bawak bawak la berzikir banyak dari mencarut haha.

Sebenarnye aku pun tak pernah buat kuih ni. Jarang la masak kuih-kuih ni sebab kebanyakan kuih muih ni renyah sikit nak buat. Yang ni nasib baik la sikit sangat bahan-bahannya so aku pun on je la. Boleh menambah pengalaman memasak kuih muih melayu ni. So ayuh tengok bahan bahan dia apa...


BAHAN BAHAN:

3 cawan tepung pulut
1 1/2cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut putih
garam secukup rasa 
(aku pakai dalam 1/2 sudu makan)
air secukupnya

Untuk sira:

dalam 5-7 sudu makan gula
sedikit air


Sebenarnya tepung pulut tu 2 cawan setengah je, tapi aritu aku terlebih letak air so dia jadi sangat melekit susah nak bentuk so aku adjust-adjust tepung so aku rasa dah cukup 3 cawan dah kot hahaha. Ala lebih sikit pun takpe lah, lembut sikit ye dakkk?

So caranya kau satukan semua bahan-bahan, air tu masuk sikit-sikit supaya tak terlebih macam aku. Kang haru kau gelabah nak adjust masuk tepung tu sikit, tepung ni sikit..satu hal kau pening kepala nanti. Percayalah sebab bercakap dari pengalamanlah ape lagi kahkahkah

Kau gaul semua...INGAT YE, jangan sampai acuan tu melekat di tangan kau, barulah ianya sebati elok untuk kau bentukkan leper-leper atau ikut suka kau lah macamana punya bentuk pun. 

Begini ya anak-anak........

Bila dah cantik doh kau (boleh ke panggil doh gini) kau panaskan lah minyak dalam kuali... api jangan la panas sangat, macam kau nak goreng cekodok tu? Pernah goreng cekodok tak? Tak pernah? Jangan buat malu dikkkk....

Nak senang, bentukkan bulat dulu, kemudian penyekkan biar jadi bentuk lonjong. Aku tak suka buat besar-besar sangat. Sedang-sedang jer dalam separuh tapak tangan gitu.. sedap sikit nak makan haha.

Gorengkan sampai dia berwarna keemasan cantik je...

Gini rupenye bila dah goreng.

Dah goreng, ketepikan dulu. Pastu boleh mula masak sira gula tu. Panaskan gula dalam kuali, and masukkan sikit air, masak sampai pekat iaitu masa gula dah cair dan nampak berbuih-buih. Then masukkan bahan yang dah goreng tadi dan gaul gaul sekejap je biar sebati dan tutup api. Teruskan gaul sampai gula mengeras dan semua bersalut gula.

Sebenarnya proses menyira ni mak aku cakap susah, kalau orang tak pernah buat memang susah sikit. And aku rasa pun macamtu jugak, lebih-lebih lagi kalau kau tak pernah tengok orang buat so kau susah nak agak. Macam aku, masatu macam terlebih letak air (entah kenapa la perangai terlebih letak air aritu) pastu rasa macam terlalu cair and aku jadi panik takut kuih aku jadi lembab and lembik and finally jadi cekodok kelapa hahahha. So aku dengan paniknya amik gula lagi dan main tabur je atas tu, dari 5-7 sudu jadi 10 sudu agaknya. And best part is aku lupa part tutup api and gaul tu.....aku tak tutup api so memang la gulanya tak mengeras. Panik lebih kahkahkah

Then bila pekat sgt, aku macam sedih then tutup api, masatu la gulanya makin mengeras and the last bit of gula pasir aku campak tak cair so jadi berpasir sikit, but nevertheless, sira tu menjadi juga cuma ada extra gula pasir sikit ahhahaha. Yes! Im proud of myself ok berjaya sira cuma perlu improvement je. 

Kuih yang tadinya macam lembab lembik tu last-last jadi rangup cantik =)

So moral of the story janganlah panik macam aku. LOL

END RESULT.

ALHAMDULILLAH SEDAP. Rangup diluar sangat lembut elok didalam. Malam tu jugak habis padahal agak banyak gak aku buat tu kihkihkih. Rangup dan cantik. Cuma terlebih masin sikit jeeeeee. Jangan risau resipi aku bagi kat atas tu aku dah ejas-ejas bahan dia jadi betul hihi.

Seperti biasa, korang kalau cuba boleh tinggal link utk aku lawat dapur korang yea!




Nasib baik tak kencing manis,
Annekayra.





No comments :

Post a Comment

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.