Wednesday, July 20, 2016

ANNYEONG KOREA - SPRING 2016 TRIP : PT 3


Salam and hi!

Lets continue day 2 kita di Korea. Ayuh!

Selepas dah habis ziarah Seoul Central Mosque, we made our move to the next destination iaitu Gyeongbokgung Palace. Kembali ke station Itaewon, kitorang kena transfer di station Yaksu sebelum meneruskan perjalanan ke Gyeongbokgung Station.


ITAWEON (Line 3) - YAKSU (Line 6) - GYEONGBOKGUNG (Exit 5)


NAK KE YAKSU SILA KE PLATFORM SEBELAH KANAN YE~



Arrived to Yaksu. Lets transfer!


Dekat station-station subway ni banyak jugak benda-benda menarik. Vending machine tu jangan cakap lah, macam-macam benda jual. Banyak deco along the tunnel. Some of the station pun ada underground shopping centre. Antara yang famous, Gangnam Underground Shopping Centre la. Banyak lagi station yang ada kedai bawah tanah ni. Ready je la poket korang. 


EXIT 5.


Dekat sini, kitorang jumpa sekumpulan budak sekolah rendah, dengan seorang cikgu dia. Ingatkan apa, rupanya diorang volunteer to guide dalam Gyeongbokgung Palace nanti. And the girl yang guide kami pada hari tu nama dia Sophea. Amboi kemain nama ko yeh!





Umur dia 12 tahun but she speaks English really well. Siap ber'slang' okay. Serious cute sangat. Aku keluarkan broken Korean aku pun terkejut-kejut dia kahkahkah.  She explained everything about the Palace. Kenapa lantai tu tinggi lah. Kenapa raja bina kolam la. Bagus juga, aku bukan rajin nak baca semua info. Hari tu pulak penuh gilaaaaa dengan Chinese mainland. Bukannya tahu beratur ke apa. Main redah je diorang tu. Pulak ada sorang makcik cina tu suka sangat meludah. Dah kenapa ko makcik! Ada sekali tu, aku dah nak balik, guard ke penjaga kebun ntah (sukati je panggil ni) menjerit sergah pelancong chinese belakang aku. Rupanya diorang langkah masuk pagar yang memang dah terang-terang tulis takleh masuk kat garden tu, untuk bergambar, Mohon la civilized sikit!

Fee untuk masuk ke istana ni ialah 3,000 KRW seorang dewasa. Guide masuk free. Ada changing guard ceremony for certain times tapi time aku tu dah lambat sikit. Takpe la takde rezeki. Tutup setiap Selasa ya anak-anak sekalian.




Gyeongbokgung Palace (경복궁)
161 Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul, South Korea 



Built in 1395, Gyeongbokgung Palace is also commonly referred to as the Northern Palace because its location is furthest north when compared to the neighboring palaces of Changdeokgung (Eastern Palace) and Gyeonghuigung (Western Palace) Palace. Gyeongbokgung Palace is arguably the most beautiful, and remains the largest of all five palaces. 


The premises were once destroyed by fire during the Imjin War (Japanese Invasions, 1592-1598). However, all of the palace buildings were later restored under the leadership of Heungseondaewongun during the reign of King Gojong (1852-1919). 


Remarkably, the most representative edifices of the Joseon Dynasty, Gyeonghoeru Pavilion and Hyangwonjeong Pond, have remained relatively intact. Woldae and the sculptures of Geunjeongjeon (The Royal Audience Chamber) represent past sculptures of contemporary art. 


The National Palace Museum of Korea is located south of Heungnyemun Gate, and the National Folk Museum is located on the eastern side within Hyangwonjeong. 


Operating Hours 

November-February 09:00-17:00
March-May 09:00-18:00
June-August 09:00-18:30
September-October 09:00-18:00

Source : Korea Tourism

 Tempat maharaja berjumpa dengan officials. Dalam ni memang tak dibenarkan masuk ya. So ada few doors kat situ bergasak la engkorang nak jenguk ke dalam. 

Jalan-jalan kat dalam, Pintu rahsia apa tah ni.

Tempat-tempat yang well preserved macamni always amaze me. Taktahu la orang lain, tapi aku rasa macam amazing sangat kita boleh rasa bagaimana berjalan and sentuh something yang dah beratus tahun lamanya ada kat situ. Like.....this palace masih megah bertahan walau zaman dah berubah!

Istana ni sangat besar ye, jadinya korang memang kena gigih sikitlah berjalan kalau nak lawat satu-satu. Aku cuma lawat sikit-sikit je. Lagi pulak ramai gila tour company buat tour chinese mainlad dalam tu. Aku jadi rengsa. After a while cepat-cepat larik masuk taman di bahagian belakang. Sepatutnya nak masuk ke area pond, again ramai gila manusia....





PANDAI JUGAK SI SOPHIA NI AMIK GAMBO.



 BEBURUNG...




 Tuan tanah. 

 Kawan tuan tanah.


Hari tu memang ramai buat photoshoot pakai Hanbok ni. Yang kat atas ni rasanya newly wed kot.


MUKA KAMI LAGI DAN LAGI

Masa dekat taman tu, timing allocated for Sophia tu guide us has ended. Dia cite, sekolah dia bukan dekat area Seoul. Mana tah aku lupa, tapi yang pasti nak datang ke Seoul amik masa sejam dua jugak la. And dia memang selalu buat volunteering kat palace tu. Kemain gigih! Pastu dia amik gambar kami berdua and suruh isi form survey. Menjadi kakak yang sentiasa mahu adiknya maju jaya maka aku mestilah tulis yang baik baik je untuk dia kihkih

It was so nice of her. Hope i can see her again soon. Maaf la kakak ni overly attached sikit dengan org baik-baik ni. Bukan saiko ye. HAHA

Lama kitorang duduk dalam taman tu. Menahan kesejukan pun ya. Sampai berair hidung aku tahan sejuk. Sekali angin dia datang dengan otak kau rasa beku. Nak amik gambar kat pokok lawa cam atas tu pun satu hal gak ramai nau yang nak amik gambar kat situ. Yang pakai Hanbok pun ramai betul. Boleh tak kasi can kat akak yang foreigner ni nak bergambar, so uols yang korean ni chill la dulu! Gitu getus hati aku.


SAMBUNG JALAN JALAN. NI DAH NAK KELUAR DAH NI.


Oh ye kat sebelah (ke dalam kawasan istana ni) ada Natinal Folk Museum tapi kitorang tak masuk. Malas. And otak dah beku pun ye jugak baca hal sejarah ni. Maka ayuhhhh kita keluar. Kaki aku boleh tahan sakit dah ni. 


 Jom keluar. Nak pegi kampung sebelah ni pulak....

BYE GYEONGBOKGUNG...SEE YOU AGAIN!


Gyeongbokgung ni banyak pintu atau gate dia ya. Sebab kitorang masuk dari bawah tanah dari subway, maka macam keliru celah mana nak keluar. Jalannnn je la sudahnya. Nasib baik jumpa. 

Jumpa lagi next entry okay! 
Kalau ada info yang korang nak tanya, boleh email : admin@annekayra.com


Rindu Korea,
Annekayra.




4 comments :

  1. salam. untungla dapat round korea :)

    ReplyDelete
  2. woahhh bestnyaa awokk gi korea, doa sy gok dapat gi sana nanti insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah amin. Kite sukeeee la canyon jordan tu! doakan kita sampai jugok ehh!

      Delete

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.