Saturday, July 23, 2016

ANNYEONG KOREA - SPRING 2016 TRIP : PT 4



Salam and hi!

Lepas je keluar dari Gyeongbokgung, cadangnya nak pegi ke Bukchon Hanok Village. Apa benda Buckhon Hanok Village ni? Ianya satu perkampungan sejak 600 tahun dulu. Rumah kat situ memang style lama ala-ala zaman Joseon dulu, ada small alleys. And it is a residential area dimana rumah tu semua memang berpenghuni. So jangan korang pegi sana buat hal memekak pulak yek!

Keluar dari gate, nampak Gwanghwamun Square, tapi sebab kejar masa malas nak menapak jugak. Maka marilah kita ke Bukchon. Eh tetibe nampak ni...


Buah berangan!!

Aku memang sukaaaa sangat buah berangan ni. Dengan cerita dari blog-blog lain, katanya buah berangan Korea ni lebiih besar dan manis. Aku memang dah pasang niat nak cuba, tak sangka pulak jumpa masa ni. So beli la. harganya 5,000 KRW. Mahal gilos ya. Tapi sebab bukan selalu pun kan, pejam mata je la bayor. 


Memang besar gedabak okay!

Bezanya dia dah kupas siap kulitnya, and cara penyediaan dia ialah dengan membakar (grill) buah berangan ni. Kalau kat Malaysia masak dalam kopi kan? Sini grill je atas bara api. Hasilnya buah ni pada aku macam separuh masak sebab rangup. Haha. Tak kena di tekak aku sebenarnya but thinking aku dah bayar mahal bebenor. Telan je la. Manis pun tak. Sadisssss. Rasa macam makan carrot rangup dia. Maybe nasib aku jumpa peniaga yang jual berangan tak kena di tekak aku la kot.

Then teruskan berjalan, refer pada google map. Kalau refer map tu, memang lah rasa macam dekat padahal jauh nak mampos. Kitorang ikut tepi gate Gyeongbokgung tadi..sambil tengok warga Seoul, sambil menghirup udara petang....kejap kejap berenti duduk. Seronoknya disana, bench utk kau rehat melepaskan lelah ada dimana-mana dan banyak. Sesuai utk aku yang sekejap-sekejap semput ni kahkahkah


BUAH BERANGAN TETAP DI TANGAN

Aku sangat suka area tu. Sebab cozy je jalan dia. And redup..decoration pun cantik. Masatu dah agak petang lebih kurang jam 5 petang, suhu pun makin drop. Just nice...

Kitorang pun jalan je ikut kaki. Memang tak ikut map biasa la nak ke Bukchon. Kononnya Ikut mana pun sampai LOL. Macam la ni rumah kau anne nak cakap cenggituh


NAMPAK DINDING GINI PUN DIA KATA LAWA..


Sampai la ke sini... aku ingatkan dah sampai dah kat Bukchon. Rupenye ni bukanlah Bukchon lagi, dah dekat sangat dah pun, kira macam tempat ni keliling dia dah Bukchon. Nampak Lush hujung sana tu? Singgah jap shopping lah uols...



Tanya akak kedai Lush tu, mana arah nak pegi Bukchon? Dia tunjuk jalan straight je la kat depan kedai ni, naik atas bukit gitu. So moh ler kita. 

 NAMPAK KETE NI PARK TEPI JALAN. CLASSIC. 
Jalan ni dah kira Bukchon la, nampak ittew dia tulis Bukchon apebenda tah. haha fail kau ni anne

LATER DID WE KNOW............

Jalan ni sangat familiar! 





NAMPAK YANG NI JE AKU DAH TAHU! MELOMPAT KEJAP HAPPY! 
KENAPA HAPPY?


PASAL RUNNING MAN PENAH DATANG SINI KAHKAHKAH
Yeah thats me, happy over simple things lol


HARUS LA POSING LEBIH SIKIT KAT SINI KAH!

Masani dah gelap dah. Sebab dah pukul 7 pun, Rasanya nak pulun cari Bukchon and cover semua photo spots tu pun macam dah tak sempat. Kitorang pun bersetuju untuk jalan balik je ke subway station terdekat which is Anguk station. Dengan harapan ada masa lebih nanti akan datang balik. So berjalan la kami ke subway, ikut Samcheongdong area. Banyak cafe dan kedai-kedai. Orang tak ramai sangat. Cozy je. 



Di area ni pun banyak butik kecik-kecik. Yang jual Hanbok pun banyak. Kau boleh tengok ramai girls pakai Hanbok berkeliaran haha. Diorang nak mempromosikan kedai, dorang pakai je sendiri jalan-jalan macam takde apa dalam area tu hihi

Malam-malam kalau Seoul ni memang hidup. Suka sangat la aku tengok diorang ni. Kalau dah berbaju sama ke kasut sama tu sah sah la couple. Then kitorang jumpa ahjumma jual Bungeoppang (붕어빵) iaitu roti berbentuk ikan yang berinti kacang merah la selalunya. Again, antara food yang memang aku nak try, ofkos la sebab dipengaruhi oleh korean culture yang begitu mendalam terbina dalam diri aku ni AHAHAHA


Bungeoppang (붕어빵) - Harga tak silap 1,500 KRW untuk dua ketul ni.
Rasa? Tak macam yg aku expect. Inti kacang merah dia lain sikit dari kita.
Takde la sedap gila, maybe sebab aku takleh nak adjust rasa inti tu di tekak aku OR again nasib aku dapat penjual bungeoppang yang tak sedap haha.


Jalan jalan lagi jumpa pulak kedai jual Eomuk (어묵) atau nama lainnya Odeng (오뎅) ni. Kalau korang hantu Running Man dah tentu-tentu nampak dorang makan ni kan. Menyelerakan jeeee lahai nampak. Terliur. Aku? Dah tentu la nak cuba jugak. Kedai ni jugak jual Hotteok (호떡) iaitu pancake yang berinti kacang merah atau selalunya brown sugar. This one, was filled by brown sugar which aku kurang gemar sikit. Harga 1,000 KRW satu.


 Eomuk tu memang panas giler la ye. Hati hati makan. Tapi makan time sejuk memang nikmattt!
Rasa? Pun tak macam aku expect. Sebab kalau cakap fishcake kat Malaysia, rasa ikan banyak kan? Eomuk ni bagi aku rasa tepung lebih. Tapi yang ni aku tetap suka. Sedap!




Dan teruskan la berjalan di area Samcheongdong ni. Singgah kejap ni REDEYE sebab nampak snapbacks murah 5,000 KRW satu. Memandangkan adik lelaki aku ada kirim, maka borong la kat sini. Aku beli 3 snapbacks. Lawa-lawa tapi kalau nak ikutkan banyak lagi tempat lain yang lagi lawa design dia. Dekat Namdaemun ada satu kedai tu memang jual snapback yang RM members penah pakai. Harga pun memang mahal sikit la walaupun tak ori, sebab kualiti cantik :)

Masani kaki memang sakit nak mampus ya. Aku memang nyumpah dalam hati kenapa la tak fit. Aku ni dah le chubby lepastu jarang sangat berjalan kan, so kena sekali yang berjalan banyak macamni memang rasa nak tercabut kaki aku. 

 Orang tak ramai. Tenang je jalan. 
MASA NI MEMANG SUHU DROP GILA. SEJUK NAK MAMPUS YA. 
Tak silap aku it was about 8°C. 

SEJUK HOI MERAH MERAH HIDUNG


Ada jugak kadang-kadang aku and Cikin berenti sebab tak tahan sejuk. Lepak jap tepi jalan tapi makin sejuk jadinya. So we gotta keep going utk warm kan badan. Almost sampai ke Anguk station, kitorang masuk kedai cosmetics sebab nak heater. So cold i cannottttt! Syurga gila dapat heater hoi!

MUKA HAPPY DAPAT HEATER.


Sampai station lebih kurang jam 8pm.berkira-kira nak kejar Banpo Bridge show. Jauh jugak la, last show dalam 9pm. Perjalanan je dah amik masa half an hour kot? Tapi kitorang sampai sana, ingatkan dekat la dengan station, rupanya jauh nak matikkkkk kena menapak and by the time sampai sana, dah tepat2 9pm and bridge pun aku tak jumpa. Penat menapak je. Apalah nasib.

Officially baru habis day 2.  HAHA. 


Semoga korang bertabah baca travelog panjangku,
Annekayra.







No comments :

Post a Comment

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.