Salam and hi!
Lepas dah setel beli barang di Namdaemun, kitorang pun balik merehatkan diri sekejap. Ingatkan sekejap je di Namdaemun sekali rupanya lama jugak kitorang keluar. So balik sekejap freshen up, guling-guling and letak barang, around 4ish kitorang gerak balik menuju ke Myeongdong!
Sapa suka Korea tak kenal Myeongdong sila denda diri sendiri haha. Myeongdong ni dekat je sebenarnye dari Namdaemun, jalan kaki maybe around 15mins? And one station away from Namdaemun. So secara senang, laluan subwaynye ialah...
SOOKMYUNG WOMENS UNI - MYEONGDONG (Exit 2)
Begitu lah mudahnya nak ke Myeongdong ni anak-anak sekalian. Masa kitorang sampai, dah almost 5 pun and it was raining. One thing lagi aku realize di Korea, kalau hujan je memang bersepah lah orang jual payung haha. So kau tayah la risau tetiba hujan ke apa. Payung simple clear warna putih harganya 3,000 KRW. Kalau yg bercorak mahal sikit kot rasanya. So masa nak keluar dr subway tu ada orang jual payung kat tangga exit, maka belilah kitorang sorang satu.
Maka berduyunlah manusia pakai payung sama cam kau LOL
Masani memang lebat sikitlah hujan. Powerbank aku yang letak kat poket tepi bag, lupa nak keluarkan. Amik la rasa air hujan masuk celah-celah lubang charging tu. Kesannya? Rosak la apa lagik! Huwaaa stress. Memula kitorang macam nak cari restoran sotong pedas kat sini,tahu dimana tapi bila sampai kat depan blok tu macam ragu ragu plak yang mana satu, sebab semua tulisan Korea and aku yang boleh baca Hangul ni takde pulak nampak dia tulis Pulnakji (불 낙지) kat situ.
So takpe, kita pegi draw duit dulu. Sebab si Cikin dah jatuh miskin shopping kat Namdaemun tadi, maka dia kena draw duit extra from the bank. Moh kita cari bank ya.
Seronoknya di Myeongdong ni, banyakkkk sangat kedai kau boleh cuci mata. And banyakkkkkk jugak streetfood kau boleh cuba. Of course, yang halal or at least tak meragukanlah. Majoriti masyarakat Korea mmg la makan benda tak halal banyak, tapi still ada yang boleh korang makan, jangan risau. Macam gambar bawah ni, kitorang makan deep fried shrimp and potatoes. Rasa ok ok lah, muak jugak portion ni sebenarnya, banyak bagi aku. Harga 5,000 KRW each. Makan sambil keluar wap dari mulut sebab sejuk kerana hujannn..
Gerai ahjumma ni macam macam ada, tapi of course ler aku tak beli kerana aku tak yakin haha. Jalan-jalan lagi, sampai la kita jumpa Citibank. Satu hal nak draw duit kat situ, card si Cikin takleh pakai pulak. So aku draw la dulu untuk dia from my account. Dah setel bab tu, keluar la dari bank tu and pikir nak kemana. Kaki aku masih sakit dari semalam, so terus rasa nak duduk jeeeee manjang. Serius sakit takleh nak bendung. Jadi aku dengan bijaknya ajak Cikin pegi Cat Cafe. Win win situation lah - dimana, Cikin sebagai mak kucing memang syurga dia lah cat cafe tu dan aku boleh berehat minum kopi kihkihkih.
Dari bank, kitorang cari the tourist guide yang pakai baju warna merahkitorang nampak area situ untuk tanya mana arah cat cafe tu. Cat Cafe ada few di Myeongdong tu sendiri. So dia tanya mana satu aku nak pegi?
"Show me the nearest one please."
Gituuuuuu dia punya tak sabar nak pegi. HAHA.
Rupanya sangat lah dekat dengan kedudukan kitorang masatu. Cuma one block away, naik ke tingkat 6. Yeayyy! So ayuhhhh!
Jangan risau lah bangunan tinggi-tinggi tu semua ada lif. haha.
Dah sampai! Masuk kena bukak kasut dan pakai selipar yg disediakan.
Also dont forget to sanitize your hand.
Biodata kucing kucing disini. Yang bercollar kuning agak agresif ya.
Kena bayar 8,000 KRW dan boleh pilih satu drink. Side order, of course kena extra lah. I tell you, keputusan aku untuk pegi situ sangat tepat sebab cafe dia sangat cozy, sangat bersih, selesa gila. Masatu orang pun tak ramai, ada jugak orang lain tapi entah ambience dia very good, customer dalam tu semua buat hal masing-masing and to be honest rasa macam lepak kat rumah je. Again datang Myeongdong ramai Malaysian so jangan lupa senyum ya. HAHA. Satu meja dalam cafe tu elok je malaysian tengah berbincang apa tah bahasa melayu. Again, terus rasa duk kat Mesia balik. Kah!
Kerusi dia banyak yang macamni, ada ruang untuk kau simpan beg.
Paling best ada wifi free dan ada charging port yehaaaa!
See, bagi aku practical sangat. Takde la kau punya bag bersepah-sepah, and takde la rasa macam ada orang nak curi bag kau kan. Sangat bagus idea kerusi dia. And aku memang pilih meja tepi charging port ni utk charge phone dan juga off sekejap wifi egg sementara ada wifi ni. Also charge wifi egg tu lah kata powerbank rosak kan haha.
Mine is iced americano and Cikin iced chocolate....
To be honest, aku tak de la suka kucing. So aku takde la menggila kat situ. Tapi aku tetap rasa macam cafe tu is the best part of the day sebab selesa. Aku duduk je tengok tengok kucing and lepak snap pictures of the cats. Boleh rehat and kawan aku pun happy kan :)
Layan pic si bulus....
Sedap ko tido hujan-hujan ni yek...
Sphynx ni nama dia PING.
Ni nama dia Shanks kalau tak silap..
Dah kenapaaa engko?!
Apasal gawang sangat wak?
PASAL AWAK OMEL SGT TIDO, KITA UP GAMBO AWAK 2 KALI!
Most of them are very playful. Some je yang suka melepek maybe memang nature breed dia begitu. After a while, the caretaker keluarkan wet food, letak kat tangan visitors supaya kucing boleh makan jilat-jilat direct from your hand! Aku? memang tak ah! KAHKAH
Eii kedek kedek geram ah!
Yang ni main masuk ikut kaunter atas then terperangkap la dalam pantry haha.
Boleh je keluar ikut small window kaunter tu, maybe dia anti social kot nak duk situ je ahahah.
Amboi melirik............
Cuddling...........
posing "aku peratikan je ko ni.."
Sejuk pasal takde bulu kahkahkah
Pastu boleh la nak riba kucing yang berselimut tu ha. Memang Cikin aje yang kuat melayan aku peratikan je dari jauh dan observe supaya kucing tak dtg dekat aku sebab aku ni geli sikit ngan kucing haha. Diam je behave orang pegang dia tuuuu...
Lama jugak kitorang lepak. Masuk start dari 6ish macamtu sampai la kul 8pm baru kitorang gerak. Boleh bayangkan betapa lama? But again like i said, memang comfortable and aku pun suka duk lepak situ. Korang kalau datang myeongdong nak lepak tenang-tenang, boleh ke sini ye!
CAT CAFE - ATTIC CAT
6th fl, 51-14 Myeongdong 2-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea.
Operation Hours:
1-10pm Mon-Fri, noon-10pm Sat & Sun
So korang yang suka bulus konfem tak menyesal datang sini and seperti biasa orang sini pun semua baik and you will feel welcomed gitu. Lepas dah setel ngan cat cafe, kitorang masih lagi merayau di Myeongdong, apa pulek aktiviti pastu? Nanti aku sambung ya!
Rindu si bulus,
Annekayra.
lawa la semua gambar suka tengok >.<
ReplyDeleteHihi terima kasih sudi baca, Aisya!
Delete