Sunday, July 17, 2016

ANNYEONG KOREA - SPRING 2016 TRIP : PT 2

Salam and hi!

Okay so hari kedua, akan dibuat dalam dua entri or mungkin tiga sebab banyak pictures and akan jadi panjang. Enjoy ye la ye :)

Kali ni nak cerita pasal hari kedua kami di bumi Korea. Hari sebelumnya dah letih dengan journey and malam tu hujan lebat dan memang super sejuk, memang seronokla tidur. Esoknya, kitorang bangun dalam 9ish. Ha ni nak bagitahu awal-awal. Trip Korea ni memang santai ye, takde kejar masa apa sebab entah, memang kitorang ikut je kaki nak kemana-mana. Takde spesifik itinerary dan jadual masa melainkan tempat-tempat yang dah listed down je lah itu pun pegi yang mana sempat. Ada je yang tak pegi sebab tak sempat atau..memang tak larat dah nak pegi haha. So jangan ler expect travelog aku ni begitu tersusun ye. Yes aku tahu some people sanggup bangun awal buta taknak bazir masa bagai, but for us rehat yang cukup tu la penting. hehe.

OK SAMBUNG LAH PLEASE ANNE STOP BEBEL.


์ข‹์€ ์•„์นจ! GOOD MORNING!

Sebab malam tu hujan so pagi esoknya rasa adalah super cozy. Gagahkan diri jugak bangun dan pegi mandi. Sekali bukak paip melompat hakak ye sebab sejuk nak mati kalah air yang kau simpan dalam dalam fridge kahkah. Lupa la nak pulas ke arah panas. Rasain lahhh. Habis mandi semua, bersiap-siap untuk mula adventure haritu. Kemana? 


Jus mangga yang kitorang beli semalam di Lotte Mart. Bagi aku tak berapa sedap walaupun aku sangat suka air mangga. Terlalu pekat, sudahnya sampai ke hari last setengah botol pun tak jalan. Manis sangat pun ye jugak. Memang not my taste. Disebabkan masa keluar dah nak ke pukul 11 pagi, jadi kiotrang cuma minum jus ni as breakfast.


 Our room dekat hujung sana betul betul sebelah lif. Ni at the other end, ada tingkap besar.




HELLO YONGSAN! Menara atas bukit tu adalah SEOUL N TOWER.



First keluar dari apartment rasa macam kucing takut nak keluar kandang. Haha excited. Tetiba taktau nak kemana dulu. Tetiba takut sesat. Tetiba rasa tak confident kahkahkah. Anyway, kitorang gerak jugak. Takkan kau datang Korea nak duk dalam bilik je pfffttthhhh


Jadi kemana dulu? First sekali pegi GS25, juga betul2 sebelah bangunan kitorang untuk topup T-Money. Macam aku cite dulu, berdasarkan apa aku baca kitorang pun topup la 20,000 KRW utk kegunaan 6 hari disana. Alhamdulillah, cukup malah ada lebih lebih kurang 2000 KRW lagi. Selain dari topup, kitorang beli ni.....

JANGAN BUAT PERANGAI TAK BELI OK. 
KAU GILA KE DATANG KOREA TAK MINUM SUSU PISANG?!

Sesiapa yang pernah datang Korea tahulah betapa sedapnya susu ni. Aku mmg dah biasa minum sejak dari kat KL lagi, kebetulan area rumah aku memang penuh korean and ada Korean Town. So benda-benda ni senang dapat. Cuma, packaging bukan camni. And most of the people says that the taste pun quite different which is kinda true. Di Malaysia, harga sekotak susu ni dalam RM4-6. Aku pernah beli packaging macamni sekali sahaja, because it cost me a freaking RM10! Mahal sebab dia packaging begini. Kat sini harganya 1300 KRW satu, tapi di Lotte Mart sedikit murah, dalam 1190 KRW rasanya. 



Sepanjang kitorang kat sini. Memang beli la susu LIKE ALL THE TIME. Sementara ada kat sana lah nak lenjan puas-puas. Dah la senang dapat. Literally dimana-mana. Minumlah sampai kembung ok.


Berjalan menuju ke Sookmyung Women Uni. Station. 

 SEMANGAT BERBAJU BAGAI. COMEL SANGAT NI.





First time naik subway atau pun dipanggil Jihachul by korean. Destinasi pertama ialah Seoul  Central Mosque yang terletak di Itaewon. Oh yes, sepanjang disini, aku lah yang tukang uruskan cara transportation etc and si Cikin memang ngekor aje. Kira tour guide la aku ni haha. Aku nasihatkan those yang nak pergi ke Korea WAJIB download apps subway untuk memudahkan korang merancang perjalanan. Available in both Android and iOS cuma developer yang berbeza maybe.

First time naik subway pun ada cite lawak. Si Cikin boleh pulak tap T-Money kat scanner tu tapi tak jalan. Entah gate tak bukak ke atau memang dia tak jalan wallahualam. Akibatnya, card tak boleh nak tag balik and aku dah kat dalam gate. Aku suruh dia tekan button HELP utk gate orang disabled and elderly, utk mintak tolong staff kat situ. Memula suara dia macam kasar and tegas je jawab, dah la tak berapa paham english. Tapi lepastu dia keluar, tolong Cikin masuk ikut situ and muka manis je la pulak. Maybe dia ingat kitorang ni main-main kot. Lepas dah cakap Gamsahamnida (thank you) sume, dengan gelak-gelak berlalu la aku dan Cikin with a lesson learnt. Belom pape lagi dah kena hahahaha.

AKU GUNA YANG NI UTK IPHONE.

Dengan app ni, kau boleh masukkan depart station dan destination so dia akan bagi map train mana, berenti transit dimana dsb. Senang. Also kau akan nampak how long will it take, alternative routes, and estimated fare utk perjalanan korang tu. Mudah!

Macam kitorang, nak ke Itaewon dari Sookmyung Women's Uni station sangat dekat. Cuma satu station away utk ke Samgakji dan transfer di situ sebab Itaewon station dalam line yang berbeza. Dari Samgakji, Itaewon cuma dua station away. Fare lebih kurang 1250 KRW dan bayaran pakai T-Money lah. 


SOOKMYUNG WOMEN'S UNI  -  SAMGAKJI (Line 6) - ITAWEON (EXIT 3)



HELLO OPPAS!! 


Orang korea sangat bagus dalam beratur di subway. Takde pun sesak-sesak melainkan waktu peak kot? And semua orang kat sini jenis jalan laju-laju ahahaha. Takde bazir bazir masa macam kita. Disana jugak, kalau korang pegi ke tempat-tempat tarikan pelancong yang biasa, memang senang spot orang malaysia. Dalam perjalanan pun dah ramai..Kat Itaewon tu lagi ramailah. 



Yang aku suka pasal sistem train dorang, coach nye panjang dan ramai boleh masuk dalam satu masa. Dan tempat duduk pun banyak, melainkan again...kau naik masa peak hours. Reserved seats? Takde siapa yang akan duduk melainkan kau orang tua atau ibu mengandung. Disana jugak, kau boleh bawak basikal naik train. Ada coach-coach tertentu or certain line yang benarkan kau bawak naik. So easy. Takyah gi keje naik kete. Beskal sudahhhh!

Setiap subway station akan ada banyak exit depending kau nak pergi mana. So kena research la jangan sampai salah exit sebab ada exit yang jauh jugak beza dan jaraknya. Most of the station macam tulah. Ada je station yang hanya ada satu exit tapi tak banyak. Selalunya ada at least 3 sampai belas belas exits pun ada jugak. Kang salah exit pening pulak kau nak figure out kau nak pergi tu. Macam nak ke Itaewon, kena keluar exit 3.

Dari Exit 3, jalan terus sampai at the end of the block. Belok kanan and walk straight. So merasa la panjat bukit masa ni. Terus marah diri sendiri sebab tak fit. Serius rasa nak putus nyawa aku hahaha. 

EH HAPPY PULAK KAU.


Seoul ni 70% memang berbukit ya. So jangan banyak komplen. Hahaha. Masa ni memang slow sangatlah aku jalan. Terkejut gamaknya badan aku ni. Ahjumma2 rilek je potong aku. Ah ini takleh jadi, Anne tolong lebih gigih!!!!


Disebabkan kelaparan tak breakfast, maka marilah kita singgah ke Murree Halal Korean cuisine ni. Sepanjang jalan nak ke masjid memang banyak muslim community. Mostly pakistan, turkish. Jadi kedai-kedai pun banyak yang halal. Halal butcher pun ada. So kalau gian nak makan daging ke apa korang boleh ler beli area sini. Mahal ke tak tu aku taktahu, tak singgah pon.

 ORDER ORDER.

 Cikin punya. Bibimbap - 10,000 KRW kalau tak silap.

Aku punya. Dokdoritang - 15,000 KRW. 

Kalau nak makan di luar in Korea kena ready lah dengan harganya. Mahal sikit. Standard 10,000 KRW ke atas. Sekali sekala boleh la. Lebih baik bawak makanan sendiri utk lebih jimat. Tapi kalau dah duit kau berkepuk kepuk tu lantak kau lah haha. Tapi bagusnya disini, air kosong free ya. Malaysia? Eh pikir lerrrr sendiri kahkah


 Jemput santapppp. Masani sibuk duk Kakaotalk kawan Korea aku yang stuck di Malaysia haha.

Lepas dah habis makan, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Seoul Central Mosque. Dari Murree terus je sampai jumpa pintu masuk. Mind you, pintu masuk dia nak naik ke atas tu bukit steep nak mampos. Sumpah aku rasa macam bawak guni beras 10 kilo atas badan hahaha. Damn you, gravity!



732-21, Hannam2-dong, Yongsan-gu, Seoul-si


Located in Hannam-dong, Yongsan-gu in Seoul, the Seoul Central Masjid was the first Islamic mosque in Korea. Construction of the mosque began in October 1974 on a piece of land (5,000 square meters) that was donated by the Korean government. Funded by the Islamic countries, the mosque officially opened on May 21, 1976 and now stands proudly halfway between the Hangang River and Namsan Mountain. 

The first floor of the mosque houses meeting rooms and the office of the Korea Muslim Federation; on the second floor is the men’s musalla (prayer hall) measuring 427 square meters; and on the third floor is the women’s musalla (prayer hall). The Islamic Center, originally a 2-story building (1,362 square meters) attached to the mosque, saw the addition of a third floor on July 20, 1990 thanks to generous funding from the Islamic Development Bank of Saudi Arabia. The Islamic Center now features a madrasah (educational institution for Muslim children), the Islamic Culture Research Institute, and more.


Masani aku dan Cikin dua dua ber'cuti'. Tapi tetap nak ziarah lah :)


Pemandangan berhadapan dengan main door masjid. Belakang tu bandar Seoul ler. Betapa tinggi nya masjid ni located, belakang tu nampak atap2 semua haha. Gigih aku panjat tauuu! Nasib baik la masa spring sejuk so takde la rasa nak mengamuk dia punya letih. Haha. Masa turun tu, memang ramai melayu yang aku jumpa. Ada sorang uncle tu, siap tanya aku yang dia jumpa semalam ke? Eh eh aku baru je sampai pakcik oiiii. Bila explain dia cakap dia ingat aku orang yang sama. Haha. Dia dari Shah Alam, pastu boleh pulak keje dekat dengan office aku pffth. Aku gurau ngan Cikin, aku dtg sini nak bertenang bukan jumpa orang yang ada possibility jumpa aku balik kat KL kahkahkah. 

Lepas dari masjid, kitorang nak bergerak ke destinasi seterusnya. Pun tak jauh dari Itaewon. Kemana? Tungggguuuuulah next entry ye.


Kena tidur sebab esok kerja,
Annekayra.



2 comments :

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.