Camane puasa uols? Ok ke tak? Ahkak ok jer.
Ada la few days terlajak sahur tapi ai ok jer *tipu*
Diam tak diam, dah hari ke 13 puasa. Sekejapan je rasa. Entah, tahun ni memang rasa cepat zass zass je puasa. Maybe sebab busy kerja? Maybe sebab sibuk. Eh did I mention sebab busy kerja tadi? *pengsan*
Huwaaaa busy sangat mak hencik. Dugaan sangat bulan puasa ni sebab staff short pulak. Terpaksa jadi sotong cover la mane yang bocor tu kan. Konsep dia adalah redho jer kalau berbuka di opis pon. Macam tak biasa.
Hence why, raya ni pun busynya lahai nak mencari baju raya. Entah la, tahun tahun lepas dah rasa mcm orang tua, takde baju raya pun takpe. Pakai je biar nampak semengah sikit sudah. Maybe sebab tak balik kampung kot. So macam takde nak pegi ke mana sangat pun. But this year, tetiba melonjak-lonjak nak baju cantik. Ewah takde la cantik apa, tapi yang comel comel sweet manis gitu la.
Walaupun kain baju raya dah selamat sampai ke tangan tailor iaitu mak aku, tapiiiiii kena siap sedia sebab dah banyak kali dah mak aku tak sempat nak buat baju aku. Ye la sebab adik beradik aku ramai, ada 4 pompuan. Mak aku kadang-kadang tak cukup tangan gak nak buat lelagi time puasa ni. Penat lagi, terawikh lagi,masak sahur lagi, amik adik aku balik sekolah lagi. Lelaki punya baju sap soi beli je la kan. Pompuan ni? Nak jubah kembang la. Nak cut ni cut cenggini la. Banyak cekadaknye. Aku? Sedar diri tong gas ni maka kurung sudah la. Dah la hantar kain lambat. Kalau tak siap aku terima je. Tapi....! Misi mencari baju raya kedua harus dimulakan.
Ceh! Kau nak cari alasan shopping tu cakap je la!
Konsep da malas nak meredah lautan gelora manusia yang maha hebat bersesak sesak, maka moh kite shopping alaf baru iaitu konsep semuanya di hujung jari sajork. Klik situ, klik sini. Eh eh lebih kurang sama jer? I need something different ok! *matik la statement*
Klik klik..baru teringat! Ada satu store ni aku memang suka sebab dia sangat comel and also elegant untuk muslimah. Teringat dulu, sanggup eh aku drive dari KL ke Shah Alam sebab nak pergi Women of Jannah where Falah Abiyana was one of the vendor. Semata mata kau. Walaupun baju yang aku nak tu takde stock but aku puashati depan pegang kain dia and cuba sendiri baju dia yang mmg mempunyai jahitan berkualiti.
Dah teringat tu, mari ler terjah. Ye dok!
Falah Abiyana is actually ada wide range of muslimah fashion yg up to date. Siapa kata being a muslimah tak boleh bercantik-cantik? Nak elegant, tapi dalam masa yang sama nak keep modest, nescaya kau akan suka Falah Abiyana ni. Alang-alang dah cite tu kan, nak tau apa ke tak what are the must-have pieces from Falah Abiyana ni?
First, the maxi dresses. Ewah one piece ni senang, sarung je tak payah dah sarung baju, kain pulak entah kemana. Hahahah. Selalu terjadi bila pakai baju kurung kan pfft! Dah feeling-feeling nak cepat tetiba kain hilang. Payah sungguh! So, maxi dress bukan je simple elegant dan modest. Tapi memudahkan dan menjimatkan masa. Furthermore, pakai pegi keje boleh, pakai pegi kenduri boleh, pakai gi dinner boleh. Eh multifunctional sangat niiii! Tambah sikit aksesori, terus memancar-mancar keayuan dia *tipu sikit bab memancor tu*
Second, yang mesti nak kena ada from Falah Abiyana ni is the outer wear. Trend sangat sekarang pakai outer wear ni. Kalau baju kita pakai tu cam plain sangat, kau sarung outerwear terus jadi meletop. Haha takde la meletop macam Anita Sarawak tu but terus nampak presentable la :) Terus jadi sophisticated looking! Again, boleh pakai ke mana-mana saja. Be it in the office, nak keluar lunch ke or nak jumpa client pun okay! Tak nampak out to date malah masih lagi nampak professional and of course, elegant!
Another piece, yang memang akan menyuntik rasa classy (kelas bahasa kak jah) is the linen flare pants. Kadang-kadang kita pakai blouse dan lawa, tapi pant yang tak betul boleh rosak rupa ya. So be careful. Nak selamat dan selesa, linen pants is the answer. Senang and mudah pun ya.
Pernah tak korang rasa down kalau kau bangun pagi tetiba kau notice dah lambat, pastu baju kau belum gosok so terpaksa kau korek2 baju apa yang boleh sebat nak pakai keluar. Dah tu sambil drive kemain kau menyumpah alarm clock yg tak berbunyik plak pagi tadi walhal hakikatnye kau yang tidur mati. Haha. Selalunya, kau pakai baju tangkap muat ni confident akan jadi low nak berhadapan dengan dunia. Ha nampak tak peranan pakaian di situ? Insyaallah, kalau dengan Falah Abiyana bukan sahaja nampak elegant dan masih dengan ciri muslimah tapi juga akan boost kan confident anda semua :D
Ha jadinya raya dah dekat nak oi. Kalau malas kaki nak berjalan, maka rajinkanlah jemari mulusmu browsing kat Falah Abiyana untuk cari baju raya uols. Kalau jemari pun malas aku pun tak tahu la nak kata apa dah. HAHA.
Wait, taknak cari baju raya? Eh takpa macam aku kata tak semestinya baju raya, Falah Abiyana kan boleh pakai untuk macam-macam function :)
"Kat mana ko klik klik ni Anne?"
Well, senang jer. Click HERE to shop now sebelum habis dan nyanyi la lagu raya airmata darah pun sudah tidak berguna lagi. Haha. Tak perlu beli baju designer luar negara yang mahal untuk tampil elegant pun sebenarnya, just make sure you made a right choice!
No comments :
Post a Comment
Salam and Hi!
Please be nice and have a good day!