Weekend haritu family ajak pegi Melaka, nak berbuka dengan group RiaFamily (abah aku join ler pasal dia ada Naza Ria) di Ayer Keroh Country Resort. Ok la, walaupun puasa gigih pergi. Sebab aku kan keje, balik rumah mak pun selang weekend sebab kadang busy, kalau tak pun kadang sebab ada urusan lain. So yeah even puasa kita redah je. Lagipun last pegi Melaka adalah few years back. Sumpah lama gila. Bebaru ni ada plan nak pegi dengan officemate, tapi tak sure sejauh mana Melaka tu..so kalau pegi ngan family ni at least dapat refresh balik memori. And also tahu dah nak pegi mana kan.
So we departed from home lebih kurang kul 10 ke 11 pagi Sabtu, bawak dua kereta sebab adik beradik kitorang berlima ni muat je dalam MPV bapak ku tu cuma cramp sikit la sebab kitorang size boleh tahan gak semua haha. Nak pulak yang kecik berdua tu kalau sempit sikit mula la memekak. Si mak suruh aku drive kereta aku sendiri.
Dalam lebih kurang 2 hours drive camtu akhirnya sampai la kat Ayer Keroh, Melaka. Kitorang amik homestay aje, selalunya bila bawak family ni senang gitu. Cheaper, and senang semua sumbat satu rumah. It was a clean and spacious house, cumanya cuaca masyaallah panas menggila. Bahang dia berpusing2 dalam rumah tu. Boleh bayangkan, kipas kau rasa angin tapi angin tu panas??
Nasib baik lah bilik dia tiga-tiga semua ada aircond. Konsep aku, kalau dah bayar maka letrik jangan sayang-sayang pakai. Esok baru tutup aircond dia sebab panas melampau. Nasib la tuan rumah.
Lupa nak snap photo rumah kat dalam, but from outside it looks like this:
Motip la snap dari dalam kete je? HAHA |
Ok, lapang and nyaman. Aku rasa tu tempat perumahan baru. so pokok pokok pun takde lagi. In fact depan rumah tu is tanah lapaaaaanggg then highway belah sana. Can imagine the heat? Melekitttt! But one thing good about this area is tak sesak dengan orang, rumah baru2 so clean sgt area dia and banyakkkk kedai2 berdekatan. So tak susah kalau nak topup habis tengah malam boleh pi 7E, kalau lapor mamak 24hrs pon ada. Gitu konsepnya.
Well bila dah sampai tu letak bag segala, kitorang nak keluar balik. Well aku and mak abah aku la sebab aku kata dah sampai Melaka nak melepek sampai ke petang baru nak gerak adalah rugi. Sebab ada dua hari je kot. Nak pegi bandar melaka, macam jauh sebab tak sempat pulak nak catch waktu pegi berbuka. So kita jalan-jalan je la sekitar Ayer Keroh tu.
Which is surprisingly okay la. Ada aku tengok tu night safari la, birdpark la. Banyak la aktiviti boleh buat, cumanya malas je nak pegi time tu, at least next time dah tahu nak kemana ye dok? So to Ayer Keroh Country Resort we went sebab nak tahu la jalan dia, dekat je rupanya pun. Sebelum resort tu, ada Mini Malaysia @ ASEAN Cultural Park. Kiranya macam kawasan muzium rumah-rumah tradisional. So they built like a replica of old houses mewakili setiap negeri. Cool eh?
Patut bukak sampai kul 6pm. Masa aku sampai tu around 4.30pm but masatu takde orang and seemed dah tutup. Ada satu kedai souvenir je yang bukak, of which adik aku meroyan nak pegi sebab dia suka kumpul keychain. Ikut je la budak umur 11 tahun kan. Tapi mak aih nak menunggu dia pilih tu hazabbbbbbbbb!! Sampai terduduk aku kat situ, tak larat nak tunggu. Dengan teriknya lagi!
Mintak abah belanja kipas batik RM4 sebab panas melahang! |
Adik aku yang umur 11 tahun nama dia Aisyah. Dia ni aku tengok suka ada hobi. How to say eh.. dia suka mengumpul la senang cite. Dulu suka kumpul duit 50 sen yang besar2 tu. Memang gigih la untuk budak besar dia tu untuk ada hobi and ada effort to make it happen. Now, dia suka sangat kumpul keychain.
Kat sini biasa lah, tempat tourist attaraction kan, kemain banyak keychain tergantung. Ada yang boleh tulis nama la apa. Kau boleh bayangkan tak cara nak menunggu dia tu?? Pastu abah aku offer belikan utk kawan2 dia sekali. Ada tu satu pack RM10 ada la 10 simple keychains kat dalam. Setiap satu style ada 2 pcs. So ada 5 different style la.
Kawan dia ada lebih kurang 10-11 org, patutnya sorang satu lah....
"Aisyah nak amik 5 lah. Nak setiap color....."
OMG padahal dia dah beli keychains lain kot lagi mahal siap personalised. Boleh pitam melayan budak ni! Perangai sapa la dia ikut ni HAHAHAHA
Dah tu, moh ler kite meneruskan perjalanan. Oh ya, memang the park tutup pun sebab akak kedai tu kata bulan puasa dia tutup awal. Baiklah -.-
Then dah petang sangat, at 6 dah kena pegi resort prepare for berbuka. So balik la nak mandi bagai. Oh mai tak sanggup balik pun bahang nak mampuih. Terus insaf sebab teringat nerako lagi panas. Hehe.
To be continued.....
No comments :
Post a Comment
Salam and Hi!
Please be nice and have a good day!