Tuesday, August 16, 2016

A LITTLE UPDATE AND ISLANDS MISSION



SALAM AND HI!

Wah kemain lagi aku bermalas-malasan kan? Orang lain meroket update blog aku kat sini terkial-kial jua. Maaf le, sekarang ni busy tetap busy lah, masalahnya sampai rumah tu pun dah penat nak matih. So terpaksa menanam azam untuk sambung update keeesokan hari. 

Sekarang ni hidup aku biasa-biasa je pun. Keje pun macam biasa cuma rasa penat tu melampau sangat eh. Balik rumah ingat nak makan and tido je terus. Tengok tv pun masa nak tido time dah berselimut bagai. Amik kau tv terpasang sampai pagi. Not good, not good.........

Nowadays rasa macam nak lari jauh-jauh kejap ke pulau mana-mana. Serious rasa mcm nak rehat tutup phone (which is memang tak la kan hihi). Kalau korang tanya sibuk sangat ke schedule aku ni, jawapannya aku tak la sibuk gila tahap nak makan pun tak sempat. Cuma sibuk. Keje 8am-5pm, sometimes 11am-8pm, kena curik masa untuk pegi gym which skrg pun mcm susah sebab aku tak larat. Pastu kena fikir pasal upcoming business too, masih early stage tapi kena la fikir from now on kan, itupun buat sikit and slow-slow dulu. Projek diet? Masih on going tapi sangat-sangat slow and I have to do something about it.

Paling sadis, aku ni hobinya membaca la salah satunya. Kalau lalu bookstore, chances utk aku masuk memang tinggi, pegi kat novel la selalunya. Tak kira novel la novel English ke Malay ke (mostly Malay novel sekarang menyedihkan. Susah sangat nak jumpa yang best) mesti la aku rasa nak beli. Dah tu, dah beli letak kat shelf duduk la situ berbulan-bulan tak sempat baca. Kadang-kadang tu ada yang masih berbalut plastik! Bukan takleh baca sikit-sikit, can la tapi aku ni kalau masa sikit sangat setakat sempat baca few pages aku tak suka. Kat rumah mak ada sekotak buku belum punggah lagi sebab pindah aritu. Rumah aku sendiri ada la aku simpan 2 rows kat shelf buku yang aku memang suka. Cuma my Indonesian books je yang memang aku sayang. Kenot kenot kenot let go sayanggggg sangat. Haha. Nanti kalau rajin, maybe aku nak letgo murah buku-buku novel yg aku dah baca kat sini. Let me know if that sounds like a good idea and if you are interested, okay?

Semalam baru je lari berkejar-kejar nak pos out hadiah giveaway. Maaf sangat-sangat Ajan sebab before this memang takde masa, haritu pegi nak pos boleh tak ramai gila manusia T_T why why why...Speaking of giveaway, I have another giveaway to do insyaallah, sebab haritu beli barang kat Innisfree dapat few free gifts yang comel-comel. Aku memang tak mampu nak pakai semua so kita buat giveaway la eh korang? Boleh try try nanti sebab produk dia pun memang best and harum harum okayyy.

Berbalik pada cite pulau-pulau (melompat lompat betul topik kau ni Anne) nak tanya ramai tak reader seciput aku ni yang dah penah pegi pulau bercuti? To be honest, aku tak pernah. So nak tanya pendapat la, pulau mana dalam mesia ni yang seronok pegi? Yang luar Malaysia tu nanti-nantilah cite ye, sebab kalau setakat 3D2N aku rela dalam negara je. Kalau aku pegi luar hatta Thailand sekalipun harus 4D3N at least. Silap-silap lagi lama. Aku mana boleh kejap-kejap kahkah

Dalam fikiran aku sekarang.....


PULAU PERHENTIAN



PULAU REDANG


PULAU KAPAS


PULAU TIOMAN

Eh lawa sangat semua ni. Air biru. Aku tak berapa suka snorkeling sangat, entah lah never tried pun so rasanya macam tak suka sangat lah kot. Aku rancang datang sini maybe nak lepak-lepak je tepi pantai bawak buku ke, or dengar lagu. Eh maybe jugak la main-main air sikit haha. Kalau ada yang paksa jugak, maybe reluctantly ikut jugak la snorkel hew hew hew

Kalau ada those yang pernah pegi any of these pulau and documented dalam blog korang, mohon tepekkan link kat sini supaya senang aku baca. Aku ni sejenis makhluk suka sangat baca travelog orang, sampai khatam la aku baca nanti. Lepastu berangan nak pegi jugak. Haha berangan free je pun ye dak.

So yeah, sedikit ramblings tentang hidup ku yang tak penting ni, hehe. Harini nak blogwalking sebab dah berhari-hari tak jalan-jalan blog hangpa semua. Terima kasih sangatlah yang sudi singgah ya. Mohon maaf sebab tak sempat visit back, acik seorang yang bizi di kala ni. Harini free sikit hakak jenjalan and balik nanti hakak up sambungan travelog Korea okay? 


Toodles,
Annekayra.

2 comments :

  1. woow .. bestnya .. dah laah otak tengah serabut sekarang niih.. kalau dapat pergi pulau alangkah bahagianyaaaaaa ~~~

    ReplyDelete

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.