Hari minggu aku biasa balik rumah mak. Biasalah kalau duduk bujang, weekend kalau takda keje memang pulang ke pangkuan bonda. So macam biasalah.
Aku balik tengahari. Tah kenapalah jalan besar depan area rumah aku ni, asal weekend je jam panjang sangat sangat. Yes i get it, its weekend tapi motif semua nak keluar at one time sampai sesak jalan kiri kanan? Dah tu kalau masing-masing jenis beradab mungkin lah aku ok lagi. ni tak, semua bangsa jenis nak potong que. Like what the fish? Manners, no?
Anyway, motif cerita today is pasal jiran sebelah rumah mak aku ni. Dengar cite dah tak bertegur sapa dengan parents aku. Sebabnya abah aku inform nak tebang pokok kelapa belakang rumah dia yang dah condong close to my house punya side. Its not an option, tebang tu abah dah tanggung takde mintak duit dia pun. Cuma nak bagitau, biasalah manners kan.
Tapi dia tak bagi lah uols. Apa yang dia sayang syg aku tak faham jugak. Ok mungkinlah ada sentimental value, probably pokok tu arwah mak atau ayah dia yang tanam ke kan. But still, tahap dah membahayakan jiran sebelah, aku rasa patutlah bertolak ansur. Dia siap cakap takpe, kalau jadi apa-apa dia nak bertanggungjawab. Masalahnya kalau harta benda yang rosak, bolehlah nak ganti. If kemalangan melibatkan orang, family aku terutamanya (nauzubillahiminzalik) dah macamana nak kira kan? Aku tahu lah mungkin dia banyak duit, but still bukan semua boleh dibayar dengan wang.
Dipendekkan cerita, bapak aku pun proceed je dengan penebangan tersebut dan bermulalah perang dingin makcik itu terhadap ibubapa aku. Tegur nak taknak, tegur sepatah jawab sepatah. Yang taktahan, habis dengan adik beradik aku pon dia tak layan. Patutlah tadi masa selisih dengan kereta - selalunya dia senyum la at least; langsung tak pandang muka aku ni ha. Being me, bukan la aku tak mesra tapi memang bukan jenis aku nak start conversation ngan dia even before pun sebab malas nak layan bila dia start bercakap. Haha. Bukan jahat ya, kadang-kadang tu tegur jugak lah. But kalau dia tak nampak aku, aku selalunya buat tak nampak dia jugak. So I felt weird je lah dengan dia tak senyum tu; mungkin sebab panas kot, aku pikir.
Malam tu baru mak cite. Membara-bara la hati aku ni. Bukan apa, its just a coconut tree for god sake! Nak bawak sampai mati ke? Hidup berjiran, timbang rasa lah sikit. Belum lagi part kitorang jiran kiri kanan dia yang tolong repair hal longkang belakang (termasuk la dia punya sekali) without any charges. Tak pernah pun kami bising. Sebab apa? Timbang rasa lah. Apalah sangat setakat few hundreds.. haritu mungkin hari dia. Hari kitorang esok lusa mana tahu kan? So pikir camtu je.
Alih-alih camni pulak jadinya. My dad, being him nak baik-baik saja dengan org. Makcik tu yang dingin sesejuk salju tu pon nak ditegurnya walau nak taknak je layan. Pape lah makcik. Hopefully dia sedar yang hidup kita ni tak kemana takde jiran-jiran. Ukhuwah, silaturahim penting kot. Kalau kita susah bila-bila bukan ke jiran juga yang ambik berat?
No comments :
Post a Comment
Salam and Hi!
Please be nice and have a good day!