Wednesday, September 28, 2016

ANNYEONG KOREA - SPRING 2016 TRIP : PT 9

SALAM AND HI!


EWAH EWAH PEMALASNYA KAU ANNE!

Krikk krikk krikk....


Hello! Akhirnya sikit je lagi dah travelog Korea ni habis, siapa yang sudi tunggu travelog aku tu memang korang gigih! 

*silence*

Apa? Takde orang tunggu??

Dulik apa.

Hahaha. Okay aritu dah habis part balik dari Nami kan. Meh nak sambung sikit lagi untuk hari tu. Ingat tak aku cakap train kitorang sebenarnya pukul 720 camtu kan? We decided to balik Seoul a bit awal dari waktu train so kitorang pun pegi la tukar time kat station. Malangnya, seat semua dah booked, jadi sepanjang perjalanan terpaksa lah kitorang berdiri je. Kalau ada tempat duduk, maka dapat duduklah . 

Disebabkan takde seat, maka fare jadi lebih murah dan dipulangkan difference.

Tunggu la kat platform menahan kesejukan menghadap bukit bukau daerah Gangwon. Seronok, tapi sejuk sangat. Check Accuweather takde la tinggi sangat temparature, tapi sejuk menggigit. Rasa nak beli hotpack letak dalam poket. Cikin cakap aku over. 

Sebab kaki dah penat so seronok la aku melepak situ tengok gelagat manusia. Ramai gila manusia terutama ahjumma ajusshi balik dari hiking. Gigih ok? Kita yang muda muda ni mampu melirik aje lah. kihkihkih. Selagi belum timing train kau, memang ada train lain yang sampai tapi jangan la kau gatal ingat train kau tetiba gigih nak sampai awal whatsoever sebab itu definitely bukan train kau lah ya. Haha. 

Then sampai la train kitorang. Mak aihhhhh penuh orang weh sikit lagi nak berlaga bahu berhimpit. Tapi tahap ramai dia sesak jugak lah. Rasa nak bernafas pun tersekat-sekat. Kerusi lipat kat tengah-tengah antara coach pun penuh jugak! Pastu bila dah ramai manusia haruslah panas weh! Makcik-makcik, budak-budak sekolah ramai jugak yang siap bersila atas lantai coach. HAHA. Imagine 55 mins journey tu, Kitorang berdiri. Penat jangan cite lah!

Dah sampai Seoul, kitorang plan nak ke Sinchon untuk makan di Gosame. Time sampai dah almost 8pm. So amik subway je sampai Sinchon, kawan Cikin bagi guide bergambar untuk pegi kedai tu. Jauh jugak la dari subway sebenarnya. Lelah sikit. Sebab Cikin yang dapat gambar-gambar tu semua, maka aku ikut je la.

Ikut subway :

Yongsan Stn - Hongik Uni Stn (transfer) - Sinchon (Line 2)


Yang aku pelik, ikut guide tu makin lama jalan makin weird. Tak jumpa-jumpa tempatnya. Kaki dah makin sakit. Perut dah makin lapar sebab kat Nami tak makan pun kan. Serious mood dah kelaut. Tanya budak kat situ, memang tak paham omputih la. 






Dah penat sangat, aku mintak phone si Cikin nak tengok gambar-gambar tu. Rupanya aku perasan, gambar tu tak ikut susunan sebab hantar via whatsapp kan. Si Cikin ni pulak aku taktahu lah lapar sangat ke apa, jadi slow semacam hahahah. Eh menyirappppp je aku. Aku take over, akhirnya jumpa lah Gosame namun......kita dah terlambat! Kedai dah tutup!! 

*bersimpuh nangis tepi pintu kedai*


Eeeee stress lah! Lapar gila, kaki sakit and penat akibat pusing-pusing lama gila dalam tu kan. Akhirnya amik keputusan jalan slow-slow balik ke main road, ingat nak amik teksi je untuk balik tapi cab memang tak berapa lalu jalan tu, taktahu lah kenapa. Kaki dah sakit, maka berehat kejap tepi jalan haha. Nasib baik la Korea ni banyak bench tepi jalan dia.


So bright. Hidup gila. 
Kalau mood tak kelaut memang aku pusing dah, sebab sumpah happening.

Jalan balik, singgah tengok street performer jap. Tadi lalu je tapi nak cepat kan, so tak berhenti la. Kalau kat youtube, banyak video dia ni. Memang best dia perform. Dengan violin lagi...asyik weh!



Betapa ramai audience. Menyesal pulak tak amik sampai habis. haha.

Disebabkan nak cari teksi memang takde, nak taknak terpaksa naik subway. Dekat Hongik Univ Stn, aku jumpa pulak vending machine ni. Remember how i said berlambak vending machine jual macam-macam kat korea ni? Salah satunya....

Jual pisang uols! Brand Dole.
...dan juga bekas pisang.

Taktau la engkorang penah tengok ke tak. Aku tak pernah so jakun la. Hahaha. Pastu kebetulan lama jugak dah nak bekas letak pisang tu. Comel sangat lahhh. Harga? Boleh tahan murah ye bekas tu. Aku beli 1,600 KRW saja. Lebih kurang RM5 lebih camtu.

Berjaya beli! Insyaallah soon on my next trip, aku akan beli lagi. 
Siapa tahu aku nak wat giveaway ke kan? Haaaa.

So kesimpulannya malam tu memang tak dapat la makan kat Sinchon. Maka marilah sedar diri dan makan kat bilik je. Haha. Menu? Dah tentu lah apa yang dibawak dari Malaysia iaitu daging dendeng dan ikan bilis, cuma improvise la malam tu, jadi macam nasi goreng pulak kahkah.

Jangan judge dari rupa ya. Kitorang menyesal tak buat camni awal-awal. Sedap nak mamp...

So keesokan harinya, adalah second last day kat Korea. Plan nak pegi Dongdaemun, nak makan ikan bakar yang famous diperkatakan oleh saentero rakyat yang pernah menjejak kaki di bumi Korea. Katanya sekali kena berkali-kali mengigau dan rindu. Apakahhh?

Ye ke ek? Tahap camne pulak sedapnya tu?

Meh la nak cubaaaaa..............

So hari tu kitorang naik dari subway stn sebelah pintu iaitu Namyeong Stn sebab easier, satu line yg sama saja. Amik terus ke Dongdaemun station. Kena keluar exit 8 ya, depan JW Marriot Dongdaemun. Dan exit tu bertentangan dengan Cheonggyecheon stream. Jaga-jaga ek, Dongdaemun station agak banyak exitnya. And kalau kau salah pilih exit start keluar dari subway tu, memang mengagau lah kau nak cari jalan yang lurus hahahaha.

Tumpang amik gambo depan JW Marriot.

Okay, here's the tricky part. Sungai tu sangat panjang dan akan ada few bridges. So korang kena jalan terus sampai jumpa bridge kedua, dan dekat bridge tu akan ada landmark patung orang seperti ini...


Aku dengan Cikin sesat ya. Sebab aku pikir landmark ni macam tepi jalan, rupanya dekat atas bridge. And bridge pulak, ada bridge batu ada bridge biasa. Aku konpiusssssss! Amik kau berjalan sampai hujung! Hahaha. Siap turun bawah jalan ikut sungai bagai, kot-kot la terlepas. 



Sungai ni cantik. Seronok untuk stroll around. Tapi menghala ke city centre lagi cantik rasanya... Air super jernih. Ramai yang jalan-jalan jugak, yang tua-tua sambil gosip-gosip haha.




Ok back to story, dah jumpa landmark seperti di atas, terus ke kanan, kiranya - ikan bakar dongdaemun tu, memang on the same side korang keluar, jadi tak perlu melintas. Maaf pic tak amik pulak. My bad. 

Jadi terimalah penjelasan perkataan aku ni haha. So dah belok ke kanan, kau akan nampak banyak kenderaan parking. Tumpukan belah kiri korang masa tu. Kau akan nampak satu bangunan kecik with tangga di dinding, ikut je tepi bangunan tu, kau akan nampak gerai-gerai kecik tepi tu, terus sikit di hujung, belok kiri. And tadaaaa penuh dengan kedai ikan bakar pilih aje nak yang mana. Diorang nampak kau pun memang happy je lambai-lambai tangan suruh masuk. Dah selalu sangat gamaknya orang Malaysia pegi makan. Haha.

We opted this kedai. Makcik ni memang excited nampak aku dari jauh kahkah.

Dan....mereka juga tahu la sesikit cakap melayu haha. Sotong, mackarel...

We orderd mackarel bakar satu, and ojingeo iaitu sotong. 

Verdict? 

FOOD PALING SEDAP NAK MOTIH AKU MAKAN KAT KOREA NI. 

SUMPAH.

TAK TIPU.

I NO LIE.

SOTONG TU SAMPAI SEKARANG AKU RINDU.



 JUICY, TAK KERING.

 Ini paling paling paling highlight sedap gila babs okey. Serius serius serius!!!!!!!!!


Nampak simple eh? Tapi percayalah sangatlah sedap. Serius. Banchan free refill, KIMCHI PUN SEDAP YA TUHAN DAH KENAPA?! Serious kimchi dia lain. Tak macam kimchi lain yang aku rasa. Merah dia lain, cantik, rangup-rangup dan sedap flavorful! 

Sotong dia paling favret, gemok subhanallah. Tebal tebal isi. Kalau di Malaysia, sotong korea kononnya, banyak bawang je sotong seciput. Kat sini, selak selak, sotong gemuk. Selak lagi, si gemuk tu lagi. Tebal juicy!





Pejam pejam mata la makan.


Harga? Cuma 7,000 KRW each

Air putih free, banchan free, nasik free. 

PENGSAN MABUK FOOD! DAH LA SEDAP, MURAH PULAK.



Jadi fahamlah aku kenapa ini salah satu destinasi paling kena cuba makan. Benarlah apa yang dikata, apa yang dicanang sekampung tiada helahnya. Memang sangat sedap taktahu lah nak cakap macamana, simple tapi cukup membuatkan aku terbayang-bayang sampai sekarang, saat ni. Hahah anne memang over when it comes to food, but honey - if anne cakap sedap, maka memang sedap. Tengok badan aku la takkan aku nak tipu pulak KAHKAH

Dah kenyang, kitorang ke Doota Mall Dongdaemun pulak untuk pegi kedai souvenir tak silap aku tingkat 5 kot? Dia sorang je kedai souvenir situ, untuk tambah souvenir utk keluarga sikit lagi. 


Harga boleh tahan. Lebih kurang je macam Namdaemun. 

Staff ramah, boleh bercakap Indonesian/Malay sikit. Ada sorang girl staff tu boleh bercakap dengan baik. So senang hati je la nak shopping. Pilihan pun banyak dont worry. 

Dah selesai, kitorang lepak kejap kat depan Doota Mall, menghadap dengan Dongdaemun Design Plaza yang super famous tu. Masatu dah hampir petang pun, just lepak sebab cuaca masa tu sangat tenang sejuk dan angin sepoi-sepoi bahasa je bertiup tak putus. Fresh!

Lepak tengok manusia atas bench tu je pun, nak betulkan urat kaki yang dah berjalan banyak sesat bagai tadi kan hahah.





Esok nak balik dah wehhh.........................




SUPER LOVED THE WEATHER!

After that macam nak hujan, so borong socks kejap sebelum lari masuk subway. Oh ya, socks kat sana banyak sangat orang jual tepi tepi jalan and yang penting sangat lahhhh cantik design dia.Interesting design yang kelakar pun ada, Yang penting sangat murah serendah 1,000 KRW sepasang dan ke atas tapi quality very good. Kain tebal elok jenis basuh tak berbulu atau rosak cepat. Memang dari dulu pun aku sangat suka socks dari Korea, tapi kalau di Malaysia mahal jugak la sepasang, kat sini sangat murah. So borong!

Afterwards, kitorang pegi ke Namdameun lagi, ingat nak beli brooch, tapi tak sempat sebab mall tu (E Lengdang) tutup petang. Lupa pulak, rasain la jalan hujan-hujan tu tapi tutup kekdahnya kan. Haha. Dah alang-alang kat Namdaemun, so beli lagi t-shirt sikit.. dan sempat beli strawberry gemok sebelum amik cab balik hotel. Dah malam, kena packing sebab esok nak balik dah!

SAD!

Begitulah habisnya malam terakhir di bumi Seoul.


Beratnya hati nak balik....







Wednesday, September 7, 2016

SUICIDE SQUAD AND RANTS.


BUSY DAY.

So I'm gonna make it quick.



  1. Suicide Squad sucks. Well, for me. So DON'T JUDGE.

  2. The only one that attracts me was JOKER. #teambadboys

  3. I came home a bit late last night because of the movie. Slept late, and cranky this morning.

  4. Customers that came in today are unusually irritating.

  5. I became even more cranky.

  6. Now everybody is irritating.

  7. You don't want to mess with me from this point of time on.

  8. Started this post at 9AM in the morning, still writing point number 8 at 5PM.

  9. Too tired to rant already, so bye. 



Tired to death,
Annekayra.




Sunday, September 4, 2016

ANNYEONG KOREA - SPRING 2016 TRIP : PT 8


WARNING : LONG POST, LOADS OF PHOTOS


Salam and hello!

Akhirnya berpeluang nak update part kesekiannye. I must say this is my favourite place during my trip, and always will be one of my fav. Tempat ni tak lain tak bukan: 

NAMI ISLAND or NAMISEOM.

Ye ye, pulau kecik terkenal di daerah Gangwon - famous sebab cite Winter Sonata. Dulu-dulu teringat zaman balik sekolah lepak depan tv layan Winter Sonata ni. Time tu rasa Bae Yong Joon tu dah handsome nak mampos ya. Sekarang? Errr taktau nak pilih siapa handsome. kahkahkah

So hari tu adalah hari keempat kitorang kat sana. Pagi tu bangun agak lambat jugak hahaha. Sebab semalam kan balik lambat, dua pagi pun masih lagi jalan-jalan pegi kedai beli kimbap. So harus la impian bangun awal terkubur begitu saja. Takde la lambat mana pun, around 9ish. Bangun pagi, seperti biasa aku yang duduk tepi tingkap ni akan termenung dulu tengok luar tingkap dan berfikir nak pegi mana. Ikut plan rough aku buat, kalau nak pergi Nami, pergi sekali Garden of Morning Calm, or kalau rajin, sekali dengan Petite France, Cuma Petite France aku macam malas, sebab rasanya takda apa yang best pun, melainkan tempat tu Running Man pernah pergi. 

So tanpa membuang masa, harus aku bangkit walaupun masih mengantuk. Mandi and kejut si Cikin untuk mandi sementara aku bersiap. Dah siap, terus naik subway sebelah hotel kitorang, which Namyeong Stn to Yongsan Stn, only one station away. Yongsan Stn ni one of the biggest station in Seoul, lebih kurang macam KL Sentral yang ada banyak line train, gitu. 

BESAR GILOS. 
Good morning , Seoulites!

BREAKFAST HASIL JALAN 2AM SEMALAM. Lulz.

Ada banyak cara utk ke Nami Island. Ada yg naik subway biasa, but of course will take wayyyy longer lah. And also ada jugak shuttle bus tak silap aku. But for me, I opted for ITX-Cheongchun train. Cepat sikit. Untuk naik train ni, cuma available for beberapa station besar sahaja. Yang terdekat dengan aku, Yongsan Station. Tiket boleh beli before hand, book online atau book terus macam aku buat. Being last minute, aku harus la beli sana je...

....pastu tiket habis.


PADAN MUKA.


Niat nak dapatkan tiket pukul 11 pagi berkubur. SOLD OUT KATAKAU!!! Dah kenapa engkorang semua nak pegi Nami hari hari kerja nih? Begitu geram dihati aku. Takde pilihan, terpaksa beli kul 12 punya. Ada satu jam lebih to kill ni. 

 BOLEH BELI DI MACHINE INI. 
Jangan risau, English available dan senang. Aku tak mintak tolong sesiapa pun beli ni ha.

Destination : GAPYEONG ya anak-anak........

Kekerapan train ni setiap satu jam ya. Harga 4,800 won sehala, seorang. Perjalanan will take about 55 minutes from Yongsan to Gapyeong. So kitorang buat apa satu jam lebih? Melanguk je, Malas nak kemana-mana. Aku round round dalamtu je, ada booth jual baju tapi semua baju ahjumma, Haha. Pastu ajak Cikin pegi kedai beli susu pisang lagi.......


Memang tak pernah puas la aku minum susu pisang ni, Sedap gilo. Susu lain tak pernah la cuba. Lagipun yang halal cuma ini dengar cite dia.... lagipun perisa lain kurang minat jugak pun ya. Kitorang jumpa satu couple Malaysian kat situ, dorang tegur nak pegi mana.. Ofkos ler dia pun nak pegi Nami jugak. Tapi rezeki dia dapat tiket awal. Herghhhhh geram je akuuuuu

So duduk la situ dengar dengar lagu. Main-main phone......tiba masa turun ke platform, pergi la kami berjalan sambil minum susu pisang yang belum habis. Lepastu ada pulak dua orang makcik tahan kitorang masa nak ke gate tu, dia cerita pasal organization dia. Tanya kitorang dari mana? Bila cakap dari Malaysia, dia cakap la persatuan dia pun ada di Malaysia. Aku dalam hati dah agak pun apa dia nak cakap because i read about it so many times, memang ada orang-orang macam ni preaching dekat tempat tempat utama macamni. Cikin macam serba salah nak cut off.. aku memang takde bagi chan la, sebab nak cepat kan. Aku cakap maaf, kitorang lambat nak kejar train. Terus tunduk sikit annyeong semua lari turun bawah. Phew!  Turun je, mak aih punya ramai manusia, couple couple semua. Dah kenapa engkorang ni tak sekolah ke apaaaa?? 

Dah ramai-ramai manusia tu, aku jadi serabut dan lupa pulak macamana nak baca pintu train tu. Mampuih. Tanya satu couple tu, dia cakap macam tak membantu je. Aku pun macam cuak-cuak, betul ke platform ni. What if salah? Whattttt iffff?

Pastu nak kepastian, masuk kedai tepi platform tu nak tanya oppa jaga kaunter tu. Muka dia memang ketat habis. Sumpah ketat, bila aku tanya betul ke platform ni, masam je angguk. Eh eh eh? Pertama kali jumpa Korean macamni. Selalunya membantu je. Hahaha. bersangka baik ya, mungkin dia tak reti berbahasa inggeris, so takde konpiden nak cakap.

Apa aku buat? Aku main teka je. And gasak je masuk coach mana pun. Dalam hati aku, masuk je, biar salah coach, jangan tertinggal train!! Rupenye pulak, aku pegi masuk coach belah hujung sini sementara coach aku dekat hujung sana. Nangis! Nak taknak, terpaksa la jalan meredah seat seat orang, sampai ke pintu teeetttt tekan pintu bukak, jalan lagiiii......ada la dalam 7 buah coach kot.... Ada yang pandang maybe sebab kitorang ni pakai tudung nampak pelik ke apa...Tapi kitorang mengamalkan konsep blend like locals so muka kena buat macam dah biasa kahkahkah.

Akhirnya sampai la tempat duduk kitorang yang dah pilih. Cuma peliknya, aku rasa aku pilih kitorang duduk sebelah menyebelah, tapi bila tengok rupenya aku pegi pilih seat asing-asing, depan belakang. Dan seat kitorang bukan sebelah tingkap ya! Ya ampun......... redhoooo je lah. Sementara takde orang, duduk je dulu sebelah-sebelah. Mana tahu memang takde orang ye dokk?


Excited sikit dalam train ni, sebab terasa begitu dekat dengan RUNNING MAN hahahhahahahahh!

Sekarang bila RM naik train ni je terus rasa menggeletis  like....'I'VE BEEN THERE!! RODE THAT!'

Kalau tak sempat beli snek, nak beli ngan ahjumma ni pun boleh. 
Susu pisang pun ada.

Sampai kat station mana tah, naiklah ahjumma yang memang dah beli tiket sebelah tingkap next to us. Aduhhhh.

*nangis tepi tingkap

Yang paling best, ahjumma sebelah aku ni naik terus membuta sebelah tingkap. Eh geram pulak hati kita. Dah la tak kasik chan kat kita yang foreigner ni, dia bantai pulak tido. Baik bagi aku yang tourist ni duduk, dah terang-terang aku nak amik gambar bagai kan? Sampai hati kau makcik...

Akhirnya..............dah masuk daerah Gangwon, view memang cantik. Banyak bukit-bukit, dengan sungai. Sumpah, lawa. Dengan cuaca pun memang sangat sangat baik. Sunny but windy. Tak tahu nak cakap macamana. Memang cantiklah. Teruja!

Sampai Gapyeong, first sekali beli tiket balik Seoul balik, takut habis tiket mampus tak balik kang. Kitorang pun amik pukul 7 lebih kurang utk balik.


Ini station Gapyeong ye. Besar dan lapang. Keluar je, depan tu ada bus stop untuk shuttle bus. Ada jugak teksi. Kalau pergi dlm few people, boleh naik teksi. Rasanya fee lebih kurang 5,000 KRW kot rasanya. Tapi sebab kitorang dah ada shuttle bus ticket yang kitorang dah claim free kat Korea Tourism KL, maka naik bus je la. Bila lagi nak merasa kan. Kalau korang takde pun, jangan risau boleh beli dr driver bus, dengar cite harga dah naik dari 5,000 KRW to 6,000 KRW.

Bus ni akan stop dekat tempat pelancongan yang korang boleh visit. Dia akan bergerak in loop, so korang boleh rancang perjalanan korang awal-awal.

Jadual memang dah ada kat tepi bus stop ni. So jangan lupa snap pic ni awal2, utk tahu pukul berapa bus sampai. Bus sangat punctual ya. Lambat kalu, bye byeee....

Aku ingatkan kat kejadian kat Yongsan Stn tu dah habis kat situ. Rupanya kat sini pun ada jugak. Sedang aku ngan Cikin bergambar depan station, datang sorang pakcik ni offer kitorang amik gambar. Okay takpe la. English dia bagus. Boleh converse dengan baik dan lancar. So berborak la dari mana semua, memula tu memang aku tak rasa apa selain dari dia cuba nak berbual macam biasa. Then dia cerita pasal dia kerja apa, and then certain hari (macam hari tu) dia akan buat kerja amal, volunteering pasal spiritual stuff. Aku dah macam "danggggg ada lagi keeeee". Time ni nak lari pun nak lari mana lagi dah, dah memang situ tempat aku tunggu bus. Bus tak sampai-sampai pulak lagi. 

Dia pun start la tanya macam-macam, kerja kat mana bagai. Lepastu siap mintak email address! huwaaaaaa. Cikin terus pandang aku, terpaksa la aku bagi email, kuaja Cikin. Hahaha. Email yang jarang aku guna lagipun. And memang, lepas balik dari Korea, memang ada ya dia email aku. haha.

Pastu boleh pulak, dia nak amik gambar dengan kitorang lepastu. Matiklah rasa insecure gambar aku ada dalam phone orang lain. Takut jugak dia abuse ke apa kan. Hopefully tak la. Pasrah habis dah ni. Kadang-kadang terfikir jugak, dah terang terang la kittorang ni bertudung, boleh je kau approach kami ni...but cara dia takde la memaksa ke apa. Which is okay la. Kita sendiri sebagai orang Islam takleh nak rasa marah atau insecure sangat pun. Sebab semua bagi aku ujian la kat iman kita kan. Benda ni normal la..

 Bersama pakcik Diego. Nama glemeeeerrrrr~

Then tak lama tu bus pun sampaiiii. Phew lega aku. Lepas bid goodbye, terus naik bus, bagi coupon and duduk, Kitorang duduk paling depan. Hiks! And sepanjang perjalanan memang layan. Tengok sungai terus rasa nak main game dalam sungai macam variety show Korea kahkahkah


Lawaaaaa. Gambar ni doesnt do justice. Kalau depan mata memang cantik. Sebab dia tak sibuk macam bandar. Lapang and tenang je, Oh ya, dalam bus ni jangan risau terlepas stop ke apa, sebab driver dia akan buat annoucement. Walau dengan longhat Korea, masih boleh paham insyaaallah haha.

Lebih kurang 10mins camtu, sampai la kita ke NAMI ISLAND!!!!

ANNYEONG NAMISEOM!!!!!!!!!!

Walau pegi hari biasa pun tetap ramai manusia. Terutamanya tourist China. Isk isk.

 Bas akan berenti depan sikit. So kau kena la jalan kaki sikit rentas parking tu. Di kejauhan first sekali aku nampak is pokok bunga ni -

LAWA GILAAAAAA!!! 
Aku rasa ni bukan sakura, tapi pink dia and bunga dia memang cantiklah!! Ke memang sejenis sakura? Entah, siapa tahu sila bagi pencerahan!

CLOSE UP DIA. CANTIK SANGAT KAN?!

Ada la kitorangbergambar kat sini, tapi malas nak tepek, sebab penuh muka chinese tourist siap panjat kerusi bagai nak bergambar, Annoying betoi leerrr.


So first marilah beli tiket. Harga 8,000 KRW untuk foreigners. Kena tunjuk passport ya.

Ada dua cara untuk masuk ke Nami Island. Satu macam kitorang buat ni. Which is naik feri, lagi satu ialah dengan guna Zip Wire. Of course, Zip Wire mahal sikit lah. Bukan sikit, mahal banyakkkkk! haha. Sekali jalan lebih kurang 38,000 KRW kot? Mahal ya, dalam seratus lebih duit kita untuk perjalanan berapa minit tu je. Again kalau duit hangpa berkepuk, silakan. Hakak cheapskate.

Kemain kau pun nak gi Nami ye!

ZIP WIRE.

INI RASANYA UTK BUNGEE JUMP.


 AYUHHHHH~!

Nampak je biasa, tapi imagine dengan sejuk dan udara nyaman gila~

Dalam perjalanan. Nampak rumah tepi sungai for lease. Eh kalau banyak duit aku memang beli. Nyaman gila duk tepi sungai camni. Dah la lawo!

YEAY DAH SAMPAI KE NAMI ISLAND YG COLORFUL!


MATIKLAH BAGI DOUBLE CHIN

Memang ramai manusia. Tapi still seronok to stroll around. Dengan bunyi burung chirping, takde bunyi kenderaan ke apa. So nice! I dony know how to describe further. And i think cuaca haritu memang compliment the place better. 





Macam hape je muka aku. Menghadap matahari kau!




FLOWERS...

Gambar dia sekor manusia pun takde......

TIME AKU BERLAMBAK MAKHLUK!!!!





Dekat Nami, selain berjalan kaki, korang boleh jugak sewa kenderaan berkayuh hahaha. Contohnya macam basikal, and ada family bike entah apa la namanye, ada 4 seater and boleh kayuh sama-sama. Ada juga stroller utk yg ada anak kecik and motorized bike pun ada kalau tak silap? Kitorang penat gak nak berjalan kaki, so decided nak rent basikal. Masalahnye....katmana tempat rent tuh? Setelah cari-cari tak jumpa, so kitorang tanya la satu couple ni. 

Diorang maybe taktahu nak cakap English kot, so pakai bahasa isyarat suruh ikut diorang. Kitorang pun ikut je bontot depa, dorang jalan kat depan. Lama-lama aku rasa serba salah pulak, sebab rasa macam jauh je. Makin lama makin ke dalam. Sedangkan kitorang tanya tadi tu dekat area depan-depan jugak. Kitorang rasa mcm bersalah pulak made them walk all the way to the back again. Jauh jugak weh, dalam 15mins jalan camtu. 

Masa jalan tu banyak benda korang boleh singgah tengok, ada binatang gak like ostrich and some other aku puntak ingat. Kata ikut bontot orang, takleh la nak berenti-berenti sangat.

Akhirnya sampai laaa ke tempat sewa basikal tu. Jauh ya! Aku rasa maybe kat tengah-tengah pulau tu. Aku pun tak paham kenapa tengah, sebab nak pulangkan balik kena pegi tengah tu and jalan lagi keluar. Penat hokey!

Kornag boleh pilih nak rent berapa lama, 30mins or 1hr.Harga utk sorang kalau 30mins 3,000 KRW, 1hr 5,0000 KRW. Kitorang amik 1hr terus. Senang. Kena tinggal IC or driving license kat sini ya.


Ada bakul kat depan. Terus rasa Korea sangatttt~!


 Ka Jaaaa~!

Dekat Nami ni banyak jugak facilities lain, Aku listkan kat bawah ni ya..


Available Facilities 


[Exhibits]

Pyeonghwarang, Yanggu White Porcelain Gallery, UNICEF Hall, Ryu Hongjuin World Folk Instrument Exhibit Hall, Yu Qing Chung Sculpture Park Happy Garden, Drama Gallery, Junghwa Art Gallery, Nami Gallery, Hoban Gallery


[Performance Halls]

UNICEF Sharing Stage, Manner Square Outdoor Stage, Water Stage (Swimming pool stage), Outdoor Music Stage, Song Museum Magic Hall, Under-stage Amphitheater, Youth Stage of Belgrade


[Small Theme Gardens]

Sujaewon Garden, Changpyeongwon Garden, Hwaseokwon Garden, Sequoia Family Garden, Namipungwon Garden, Baekpungmilwon Garden, Nami Dodamsambong, White Birch Forest, Dew Garden, Tomb of the General, Lover’s Woods, Cheongyeongwon Garden, Changgyeongwon Garden, Unchi Garden, Nakusong Royal Garden, Cheongpungwon Garden, Pitowon Garden, YMCA LiPia Garden, Hampyeong Garden


[Culture Experiences]

Handicraft Studio, Nami Eco-school, Nami Island Glass Workshop, Picture Book Playground 


[Seminar Rooms]

Andersen Hall, Myeonggang Hall, Imaginary Star Paradise, Gongsimwon


[Restaurants]

Nami Island Hua Jia Won, Huyusona, Peace Room, Café Amuse, Di Matteo, Gomok, Seomhyanggi, Yeonga, General’s Rest Area, Coffee Gongbang, Eco Café Hobansae, Bamnamu Tteokbokki, Sun and Moon Live Café


[Others]

Muslim prayer room, Nursing room, ATM, money exchanging place



CREDIT : KOREA TOURISM



Of course aku tak pergi semua pun. Sebab aku memang suka santai-santai je jalan-jalan. Naik basikal memang seronok, kena gila dengan environment. Agak-agak ornag menyemak kat depan, kau locengkan aje. Kringgggg!!


Nak sampai ke hujung, nampak satu area lapang and kemas je. Ada satu rumah Hanok satu kat situ. Pastu aku nampakkk................

AKHIRNYA BERJODOH JUGAK DENGAN CHERRY BLOSSOM~!

Masa ni memang lawa sebab apa? Dah ler redup2..
pastu angin bertiup and petals cherry blossom tu jatuh slowly....
So romantic chuols!


thank you 벚꽃!




Area dekat dengan Hanok tadi. So pretty. Masani time pun dah nak habis dah....so kitorang cepat-cepat pergi balik tempat sewa untuk hantar balik basikal. Time dah hampir 4.30pm masatu. Kitorang pun timbang tara, nak ke pegi Garden of Morning Calm. Sebab plan asal memang nak pegi dua tempat ni ja, tapi tengok pada waktu macam tak sempat, dengan nak kejar bas, nak spend time dalam tu lagi. Nak kejar train pulak. Tak berani amik risk. So we decided to balik je, sebab kawan Cikin kat korea tu cakap takde la apa yg menarik sangat kat sana melainkan view je. Okay lah kalau camtu, maybe takde rezeki, more reason to come back to Korea then!


Ini bukan patung, ini merak asli yang memekak. Haahahahaha. Masani nak pulangkan bike. So jalan-jalan. Perut lapar, lapik gitu2 je kan. Ingat nak makan nasi goncang tapi ramai umat takuttak sempat pulak. So moh kite balik cari makan kat Seoul.

Santai-santai.........


Jinak sangat ni. Sibuk nak ice cream orang.....

Sampai kat entrance tadi. Ramai betul orang. Semua tunggu ferry nak balik. Again, Malaysian adalah ramai ya. Haha. Kitorang duduk sekejap dalam 10mins, dan ferry pun akhirnya tiba. Time to bid farewell to Nami....



 BYE NAMISEOM....PANJANG UMUR, JUMPA LAGI!

So back to ticket entrance tadi, kena tunggu bas shuttle pulak. Kat situ ada 7E, kedai biasa pun ada. Kalau rasa dahaga beli le air ke apa kat situ. Pandai-pandai lah ye~

Sampai Gapyeong balik around 5 something. So kitorang punya tiket about 7+ kan, kitorang request nak tukar earlier. Baik officer tu, senyum je walau tak reti English, gigih dia tolong tukar. Sebab train kul 6.28pm tu full, boleh je naik cuma takde seat la. Mampus 55mins berdiri. Tapi no choice, kitorang agreed je. Mana tahu ada orang turun, boleh la duduk kan. 

Tiket awal ni a bit cheaper sebab takde seat, also refunded to us. 

JOM BALIK!











Annekayra™. Powered by Blogger.