Tuesday, June 30, 2015

Malacca Short Trip - Pt. I

Salam and hi.



Weekend haritu family ajak pegi Melaka, nak berbuka dengan group RiaFamily (abah aku join ler pasal dia ada Naza Ria) di Ayer Keroh Country Resort. Ok la, walaupun puasa gigih pergi. Sebab aku kan keje, balik rumah mak pun selang weekend sebab kadang busy, kalau tak pun kadang sebab ada urusan lain. So yeah even puasa kita redah je. Lagipun last pegi Melaka adalah few years back. Sumpah lama gila. Bebaru ni ada plan nak pegi dengan officemate, tapi tak sure sejauh mana Melaka tu..so kalau pegi ngan family ni at least dapat refresh balik memori. And also tahu dah nak pegi mana kan.

So we departed from home lebih kurang kul 10 ke 11 pagi Sabtu, bawak dua kereta sebab adik beradik kitorang berlima ni muat je dalam MPV bapak ku tu cuma cramp sikit la sebab kitorang size boleh tahan gak semua haha. Nak pulak yang kecik berdua tu kalau sempit sikit mula la memekak. Si mak suruh aku drive kereta aku sendiri. 

Dalam lebih kurang 2 hours drive camtu akhirnya sampai la kat Ayer Keroh, Melaka. Kitorang amik homestay aje, selalunya bila bawak family ni senang gitu. Cheaper, and senang semua sumbat satu rumah. It was a clean and spacious house, cumanya cuaca masyaallah panas menggila. Bahang dia berpusing2 dalam rumah tu. Boleh bayangkan, kipas kau rasa angin tapi angin tu panas?? 

Nasib baik lah bilik dia tiga-tiga semua ada aircond. Konsep aku, kalau dah bayar maka letrik jangan sayang-sayang pakai. Esok baru tutup aircond dia sebab panas melampau. Nasib la tuan rumah.

Lupa nak snap photo rumah kat dalam, but from outside it looks like this:

Motip la snap dari dalam kete je? HAHA

Ok, lapang and nyaman. Aku rasa tu tempat perumahan baru. so pokok pokok pun takde lagi. In fact depan rumah tu is tanah lapaaaaanggg then highway belah sana. Can imagine the heat? Melekitttt! But one thing good about this area is tak sesak dengan orang, rumah baru2 so clean sgt area dia and banyakkkk kedai2 berdekatan. So tak susah kalau nak topup habis tengah malam boleh pi 7E, kalau lapor mamak 24hrs pon ada. Gitu konsepnya.

Well bila dah sampai tu letak bag segala,  kitorang nak keluar balik. Well aku and mak abah aku la sebab aku kata dah sampai Melaka nak melepek sampai ke petang baru nak gerak adalah rugi. Sebab ada dua hari je kot. Nak pegi bandar melaka, macam jauh sebab tak sempat pulak nak catch waktu pegi berbuka. So kita jalan-jalan je la sekitar Ayer Keroh tu. 

Which is surprisingly okay la. Ada aku tengok tu night safari la, birdpark la. Banyak la aktiviti boleh buat, cumanya malas je nak pegi time tu, at least next time dah tahu nak kemana ye dok? So to Ayer Keroh Country Resort we went sebab nak tahu la jalan dia, dekat je rupanya pun. Sebelum resort tu, ada Mini Malaysia @ ASEAN Cultural Park. Kiranya macam kawasan muzium rumah-rumah tradisional. So they built like a replica of old houses mewakili setiap negeri. Cool eh? 

Patut bukak sampai kul 6pm. Masa aku sampai tu around 4.30pm but masatu takde orang and seemed dah tutup. Ada satu kedai souvenir je yang bukak, of which adik aku meroyan nak pegi sebab dia suka kumpul keychain. Ikut je la budak umur 11 tahun kan. Tapi mak aih nak menunggu dia pilih tu hazabbbbbbbbb!! Sampai terduduk aku kat situ, tak larat  nak tunggu. Dengan teriknya lagi! 

Mintak abah belanja kipas batik RM4 sebab panas melahang!

Adik aku yang umur 11 tahun nama dia Aisyah. Dia ni aku tengok suka ada hobi. How to say eh.. dia suka mengumpul la senang cite. Dulu suka kumpul duit 50 sen yang besar2 tu. Memang gigih la untuk budak besar dia tu untuk ada hobi and ada effort to make it happen. Now, dia suka sangat kumpul keychain. 

Kat sini biasa lah, tempat tourist attaraction kan, kemain banyak keychain tergantung. Ada yang  boleh tulis nama la apa. Kau boleh bayangkan tak cara nak menunggu dia tu?? Pastu abah aku offer belikan utk kawan2 dia sekali. Ada tu satu pack RM10 ada la 10 simple keychains kat dalam. Setiap satu style ada 2 pcs. So ada 5 different style la.

Kawan dia ada lebih kurang 10-11 org, patutnya sorang satu lah....

"Aisyah nak amik 5 lah. Nak setiap color....."

OMG padahal dia dah beli keychains lain kot lagi mahal siap personalised. Boleh pitam melayan budak ni! Perangai sapa la dia ikut ni HAHAHAHA


Dah tu, moh ler kite meneruskan perjalanan. Oh ya, memang the park tutup pun sebab akak kedai tu kata bulan puasa dia tutup awal. Baiklah -.-

Then dah petang sangat, at 6 dah kena pegi resort prepare for berbuka. So balik la nak mandi bagai. Oh mai tak sanggup balik pun bahang nak mampuih. Terus insaf sebab teringat nerako lagi panas. Hehe.







To be continued.....



FALAH ABIYANA - modest and stunning!

Salam and hi *lelambai*


Camane puasa uols? Ok ke tak? Ahkak ok jer. 
Ada la few days terlajak sahur tapi ai ok jer *tipu* 

Diam tak diam, dah hari ke 13 puasa. Sekejapan je rasa. Entah, tahun ni memang rasa cepat zass zass je puasa. Maybe sebab busy kerja? Maybe sebab sibuk. Eh did I mention sebab busy kerja tadi? *pengsan*


Huwaaaa busy sangat mak hencik. Dugaan sangat bulan puasa ni sebab staff short pulak. Terpaksa jadi sotong cover la mane yang bocor tu kan. Konsep dia adalah redho jer kalau berbuka di opis pon. Macam tak biasa.

Hence why, raya ni pun busynya lahai nak mencari baju raya. Entah la, tahun tahun lepas dah rasa mcm orang tua, takde baju raya pun takpe. Pakai je biar nampak semengah sikit sudah. Maybe sebab tak balik kampung kot. So macam takde nak pegi ke mana sangat pun. But this year, tetiba melonjak-lonjak nak baju cantik. Ewah takde la cantik apa, tapi yang comel comel sweet manis gitu la. 

Walaupun kain baju raya dah selamat sampai ke tangan tailor iaitu mak aku, tapiiiiii kena siap sedia sebab dah banyak kali dah mak aku tak sempat nak buat baju aku. Ye la sebab adik beradik aku ramai, ada 4 pompuan. Mak aku kadang-kadang tak cukup tangan gak nak buat lelagi time puasa ni. Penat lagi, terawikh lagi,masak sahur lagi, amik adik aku balik sekolah lagi. Lelaki punya baju sap soi beli je la kan. Pompuan ni? Nak jubah kembang la. Nak cut ni cut cenggini la. Banyak cekadaknye. Aku? Sedar diri tong gas ni maka kurung sudah la. Dah la hantar kain lambat. Kalau tak siap aku terima je. Tapi....! Misi mencari baju raya kedua harus dimulakan. 

Ceh! Kau nak cari alasan shopping tu cakap je la!



Konsep da malas nak meredah lautan gelora manusia yang maha hebat bersesak sesak, maka moh kite shopping alaf baru iaitu konsep semuanya di hujung jari sajork. Klik situ, klik sini. Eh eh lebih kurang sama jer? I need something different ok! *matik la statement*

Klik klik..baru teringat! Ada satu store ni aku memang suka sebab dia sangat comel and also elegant untuk muslimah. Teringat dulu, sanggup eh aku drive dari KL ke Shah Alam sebab nak pergi Women of Jannah where Falah Abiyana was one of the vendor. Semata mata kau. Walaupun baju yang aku nak tu takde stock but aku puashati depan pegang kain dia and cuba sendiri baju dia yang mmg mempunyai jahitan berkualiti. 

Dah teringat tu, mari ler terjah. Ye dok!

Falah Abiyana is actually ada wide range of muslimah fashion yg up to date. Siapa kata being a muslimah tak boleh bercantik-cantik? Nak elegant, tapi dalam masa yang sama nak keep modest, nescaya kau akan suka Falah Abiyana ni. Alang-alang dah cite tu kan, nak tau apa ke tak what are the must-have pieces from Falah Abiyana ni?

First, the maxi dresses. Ewah one piece ni senang, sarung je tak payah dah sarung baju, kain pulak entah kemana. Hahahah. Selalu terjadi bila pakai baju kurung kan pfft! Dah feeling-feeling nak cepat tetiba kain hilang. Payah sungguh! So, maxi dress bukan je simple elegant dan modest. Tapi memudahkan dan menjimatkan masa. Furthermore, pakai pegi keje boleh, pakai pegi kenduri boleh, pakai gi dinner boleh. Eh multifunctional sangat niiii! Tambah sikit aksesori, terus memancar-mancar keayuan dia *tipu sikit bab memancor tu* 





Second, yang mesti nak kena ada from Falah Abiyana ni is the outer wear. Trend sangat sekarang pakai outer wear ni. Kalau baju kita pakai tu cam plain sangat, kau sarung outerwear terus jadi meletop. Haha takde la meletop macam Anita Sarawak tu but terus nampak presentable la :) Terus jadi sophisticated looking! Again, boleh pakai ke mana-mana saja. Be it in the office, nak keluar lunch ke or nak jumpa client pun okay! Tak nampak out to date malah masih lagi nampak professional and of course, elegant!



Another piece, yang memang akan menyuntik rasa classy (kelas bahasa kak jah) is the linen flare pants. Kadang-kadang kita pakai blouse dan lawa, tapi pant yang tak betul boleh rosak rupa ya. So be careful. Nak selamat dan selesa, linen pants is the answer. Senang and mudah pun ya. 

Pernah tak korang rasa down kalau kau bangun pagi tetiba kau notice dah lambat, pastu baju kau belum gosok so terpaksa kau korek2 baju apa yang boleh sebat nak pakai keluar. Dah tu sambil drive kemain kau menyumpah alarm clock yg tak berbunyik plak pagi tadi walhal hakikatnye kau yang tidur mati. Haha. Selalunya, kau pakai baju tangkap muat ni confident akan jadi low nak berhadapan dengan dunia. Ha nampak tak peranan pakaian di situ? Insyaallah, kalau dengan Falah Abiyana bukan sahaja nampak elegant dan masih dengan ciri muslimah tapi juga akan boost kan confident anda semua :D




 Ha jadinya raya dah dekat nak oi. Kalau malas kaki nak berjalan, maka rajinkanlah jemari mulusmu browsing kat Falah Abiyana untuk cari baju raya uols. Kalau jemari pun malas aku pun tak tahu la nak kata apa dah. HAHA.

Wait, taknak cari baju raya? Eh takpa macam aku kata tak semestinya baju raya, Falah Abiyana kan boleh pakai untuk macam-macam function :)

"Kat mana ko klik klik ni Anne?"



Well, senang jer. Click HERE to shop now sebelum habis dan nyanyi la lagu raya airmata darah pun sudah tidak berguna lagi. Haha. Tak perlu beli baju designer luar negara yang mahal untuk tampil elegant pun sebenarnya, just make sure you made a right choice!









Annekayra™. Powered by Blogger.