Friday, July 15, 2016

Know Me 2% Better

Salam and hi!

Selamat hari raya aidilfitri you all, maaf zahir dan batin ya. Aku lepas raya dah masuk keje lama dah, cuma paham la bila dah masuk kerja lepas cuti panjang memang la busy sikit, tapi kalau macam aku ni bukan sikit lagi dah...sengsara sebab penat hari-hari. Haha. 

Hence why.....takde lagi entri baru. Banyak yang bersusun gambar tunggu nak watermark bagai. 

SEBENARNYA MALAS TU YANG LAGI BANYAK 

Anyway, sementara rehat sekejap dari watermarking pictures, transfer apa kejadah semua tu.. Aku decided to do some facts about me. Tak banyak maybe few points je. Hence...the tajuk. Because to me takkan ada yang akan kenal kita 100% pun. Nak nak alam maya camni. But for you readers to know me a little bit better at a time dah cukup okay, eratkan silaturahim la kiranya.


  1. Books and poetry.
    Aku adalah manusia yang cintakan buku. Aku suka membaca, and i love literature so much. Dari segi bahan bacaan, aku suka general knowledge. Sebab tu aku sangat sukakan jugak dokumentari. Memang ralit bila tengok or baca. Back to literature, biarpun bahasa apa kalau indah, aku suka. I love to write too. Pada siapa yang sudi, boleh click page Werdsmith aku atas sana utk baca hasil tak seberapa nukilan aku :) Jangan la judge lebih lebih pulak hahahah.

    Dulu, waktu aku sekolah or kerja yang tak busy mana macam sekarang ni, waktu aku banyak. Aku ada banyak novel-novel tempatan, some english dan juga bahasa indonesia. But sadly, sekarang novel tempatan dan seakan dicemari dengan lambakan novel-novel yang merepek, penuh fantasi yang cliche. Where has our gret literature gone to? Sedih okay. Sekarang budak-budak muda remaja dah boleh tulis novel sendiri, menyedihkan, tak memberi pengajaran pun, lebih kepada imaginasi cinta masing-masing. Kalau tanya aku, aku rasa benda tu tak sihatlah untuk generasi skrg ni. Korang pun kalau nak mebaca novel, pastikan jangan terlalu hanyut okay? Berpegang la pada realiti sikit.
  2. Dapur is my fav.
    Bukan sebab aku suka makan ye, baik sikit.

    Padahal, memang ye pun.

    Sebab aku suka memasak. Tapi so far tak banyak yang aku ada share ni blog ni. Insyaallah more to come. Entah la minat ni datang dari mana. Padahal even masa duk ngan mak aku pun, aku tak pernah la belajar masak ngan dia. Maybe one or two recipes, tanya pakai mulut tapi ingat2 camtu je. Selebihnya aku belajar sendiri. There was one time, aku ingat masa tu aku mula-mula bekerja and because dah dapat pegang duit sendiri kan, so setiap minggu aku akan cari resipi nak masak..masa tu still lagi duk rumah mak aku, tapi mmg takde tanya apa pun kat dia. Aku sendiri refer resipi beli bahan and kuarkan periuk belanga semua and masak. Alhamdulillah sampai sekarang la takde masalah nak masak apa pun. Tinggal cari resipi je.
  3. Obses Korea.
    HAHAHAH ni adalah fact fact fact. Aku sangat suka Korea. Bukan kerana K-Pop ya, mohon jangan salah faham. Aku tak berapa suka idol2 semua tu. Im more to their culture, and the people. And of course their shows that started all these hahaha. Kesukaan dan kegilaan terhadap negara ni lain kali la aku cerita yek. Yang penting, awal tahun haritu aku sudah pun menjejakkan kaki ke bumi winter sonata tu. And i will come again and again. In fact, I'll be there again winter nanti :) Sekarang tengah work on travelog Korea. COming your way soon! maybe tonight! :)


So yeah! 3 things la dulu ye. Lepasni kita share-share lagi :)

Monday, July 4, 2016

SEOUL SPRING 2016 - SOON!


COMING SOON. FOLLOW ME FOR UPDATES~

SEKARANG RAYA DULU.

MAAF ZAHIR BATIN :)

Sunday, July 3, 2016

IPOH 2016 - PT. 7, DAY 2 (LAST DAY)

Salam and hi!

Actually this is a very short enrty. Sebab last ni pun bukan kemana-mana sangat. Tapi disebabkan haritu panjang and mata dah ngantuk and tak larat menulis, so memang terpaksa buat lagi satu hahah. Maafkan lah daku. Ni pun up entry lambat sikit, kata dah cuti raya, so sibuk sikitlah dua tiga hari ni especially on weekend nak cari persiapan raya. Semalam (Sabtu) pegi Jakel Mall di Jalan Masjid India. Fuh nak pegi sana harus kental jiwa, ramai orang macam semut! Tabah je lah, pergi setahun sekali saja ya!

So last part of entri Perak ni cuma part pegi visit mural wall art sekitar Concubine Lane and some dekat dengan Masjid Panglima Kinta. Aku pun takde details sgt, semuanya waze uols. Jangan risau, mudah sangat.

So layan la pic ya.

Ni area Concubine Lane tu. Banyak lagi sebenarnya tapi sebab panas gila wei tak sanggup nak menapak. 

Ni map. See, banyak lagi mural area sini. Tapi nampak sikit je maka gigihkan jugak la masuk blog haha.

Then pegi ke Wall Art dekat area Masjid Panglima Kinta. Entah kenapa Waze gila pulak masatu. Kejap kesana kejap kesini. Last-last aku figure out sendiri, Dia lari sikit je pun takde la sesat sampai ke hujung sana sini. Masatu lengang sangat area ni. Taktau la kenapa. Maybe sebab Ahad kot semua kedai tutup. So park bebetul tepi tu, start la kitorang jalan2 celah2 lorong ni.


 MASJID PANGLIMA KINTA





Actually banyak lagi la Mural ni. Ikutkan hati aku nak je la menapak ke hujung sana patah balik bagai. Tapi memang sunyi masa ni, Bayangkan belakang2 kedai gitu and kitorang je yg ada. Then one time aku ternampak sekumpulan lelaki entah bangla atau apa. Dari hujung duk pandang-pandang. Slowly they make a move towards us. God knows la apa niat diorang, itu aku takmau tuduh. Maybe dia memang nak lalu situ. Tapi ak tak sedap hati. Mungkin jugak sebab aku ngan Si Gempal ni perempuan, kitorang je pulak kat situ, so aku extra insecure. 

Terus aku panggil Si Gempal yg jauh sikit dari aku, pakai signal mata je ajak blah. Cepat2 jalan masuk kereta. Lock. Hahaha begitu cuak dia. Those bunch of guys pun lalu, mata still jugak tengok kitorang sambil gelak-gelak. Takut okeh!

Anyway, to be honest. Aku rasa mural sini takde la unik or menarik sangat. Tak explore habis pun takpa sebenarnya. Si Gempal pun cakap camtu.

After that, kitorang pun berkejar la nak balik KL sebab check waze macam jam. Taknak sampai malam sangat, karang lemau pulak esoknya nak kerja.

So, dengan ini habislah travelog Ipoh aku yang 2 HARI ni je pun ahhahahah. Maaflah, dulu boleh la nak kata blogger tegar, Now dah lama tak menulis, Terpaksa pecahkan banyak2 part. Menyampahlah kau sana aku dulikkk apahhhh~


Sadaqallahulazim...........


PS : Lepasni boleh start dengan giveaway yeay~




Yang lega,
Annekayra.

Annekayra™. Powered by Blogger.