Salam and hi.
Entry ni entry membebel je. Sebab this week aku cuti Rabu Khamis, hence why aku ada masa nak type entry ni. Hehe. Nampak tak selama ni bukan pemalas la ye, sebab busy sebenarnya.
Takde apa pun nak cerita, cuma nak borak-borak kosong tentang hidup. About sekeliling. Manusia, kerja and whatnot. About what happened around me jugaklah some sort. Mood? Aku okay jer, jangan ingat aku tulis ni sebab sedih ke apa. Haha. Cuma kadang-kadang nak bersuka ria pun kena control2. Orang kata gelak banyak-banyak kang sedih pulak.
Lately, banyak masalah datang. Lepas satu-satu. Being me, aku gelak-gelak kat luar tapi dalam hati aku simpan jer. Bukan apa, takkan la suka suki je nak cite masalah kat orang kan. Pastu pulak kena la belajar jadi kuat sendiri. Dengan mak abah aku pun tak cite, sebab aku fikir aku ni dari dulu dah banyak menyusahkan dorang dengan kedegilan aku ni. Aku ni anak sulung, keje nak rebel je dulu. So mengenangkan dosa-dosa lampau, aku jadi sedar diri. Takkan la nak cite2 semua problem. Aku dah besar, mampu hadap benda ni sendiri. Aku selalunya bila dapat dugaan skit, aku positive la dulu papehal pun. Haha. Kena ok, saiko kan diri untuk tenang and tabah je. Kalau kelam kabut apa pun tak boleh. Walaupun kadang-kadang tu buat aku jadi tak boleh tidur. Siapa yang kenal aku would know how fragile hati aku ni. Aku ni nampak keras kat luar, gurau kasar2 dengan member2, lawak bila bercakap etc. Tapi hati aku ni sebenarnye lembut je. Kalau ingat lagi dalam fact about me tu, aku ada cakap aku ni senang tersentuh or nangis. Ha kengkadang aku pikir aku ni gila ke apa? Ada split personality ke? Saikooooo sgt niii.
Kadang-kadang pasal duit. Tipu la kalau aku cakap aku ni kayooooo (read : berduit) je semedang. I'm not shame of putting this fact here. Sebab itu adalah hakikat hidup. Sape yang tak pernah ada masalah bab kewangan unless you were born atas duit or emas melimpah kan. Eeeei pikir pasal duit ni sakit kepala ok. Tapi kena la terima yang diri sendiri yang fail bab2 budget ni. Haha. So telan je la. But at the end of the day, benda tu jadi pengajaran. next month cuba lagi. Failed (which is quite frequent HAHA) cuba lagi. Takde sapa marah pun. This is your life, you are responsible of it. Kadang-kadang ada yang bising tu aku pekakkan aje. Sebab aku pikir yang bising-bising tu bukan nak tolong aku bagi duit pon *krikk krikk
Kerja pun, sebenarnya aku dah belajar memositifkan (if there's such word) diri untuk faham dan go with the flow dengan adat bekerja ni. There will be haters, fakers, pengipas bos, politics - let alone dramas. Kadang-kadang kalau kena time ada problem kat tempat kerja tu, rasa macam esoknya jugak nak hantar resignation letter. I've been working at my current workplace for 3 years, aku sendiri tak sangka yang aku boleh bertahan selama ni. Sebab dulu masa mula mula masuk aku pernah rasa dipinggirkan oleh colleagues, sebab aku punya dept tu kecik only few people jer. Tak tau la mungkin aku je yang rasa camtu ke, atau memang diorang kurang nak rapat dengan bebudak baru - wasn't too sure. Tapi yang pasti aku hari-hari bangun tido rasa nak menangis, HAHA.
Rasa macam sentap sangat. But then aku fikir la balik kan, buat apa aku nak give up on something that I worked on, pegi interview bagai, penat2 kerja and just because orang lain buat hal aku nak berhenti. I'm way stronger than that, they're not the one that pays me (menyaiko diri). So eventually I just endure and went along. Alhamdulillah, ups and downs - aku masih kat sini. Rezeki Allah kan, he knows the best for us. Segala macam politik ni biasa, pegi mana-mana pun memang akan tetap ada. Dalam mindset aku, harus buat kerja sendiri and jangan babitkan hal lain dlm kerja. Enough. Sebab kita dibayar untuk buat kerja anyway. And kalau buat salah tu pun, nasib dapat manager yang kaki menyembur or maki, telan je la. Pengalaman sendiri. Aku pernah rasa. Memula rasa bengang, feel humiliated. Tapi you see, thats your fault. And itu cara dia. Nak cakap siapa salah puntak boleh la kot. At least, kita ingat sampai mati jangan ulang salah yang sama. Kan?
I've felt so much in my life. Sedih menonggeng. Pernah. Rasa macam all I wanted to do is curling up in my bed jer and tengok langit kat luar sambil nangis. Pernah aku stress sampai berhari-hari aku nangis. Sampai bengkak-bengkak mata aku - AND NO, IT WAS NOT BREAKUP YE. Just problems la.
Dulu masa aku still duduk ngan mak aku, nak sangat hidup sendiri, konon macam tak free la duk ngan mak abah kan. But then, tuhan tu kan adil. Dia bagi apa aku nak. The taste of real life. Yang manusia ni berbagai-bagai, yang kau tak terfikir wujud, pun ada. Worst, kau jumpa and associate with pulak. Apa yang kau rasa free sangat tu, tidaklah secantik mana. Kau cuba nak cari happiness in this life, yang mana kau rasa boleh buat kau happy. Tapi actually tak pun. Fun sementara. Syurga buatan manusia. Bila kau balik, lepak sorang dalam bilik, otak kau still tak tenang.
Dari setiap masalah tu, aku belajar. Dunia ni macamana. Aku rasa macam aku ni matang sebelum usia. Dah rasa tua padahal I'm still in my 20s. But I'm proud of my scars walaupun tak la sedalam mana. Cerita aku, bukanlah cerita pompuan malang dari lahir ke apa. But for whatever I had, I learned and I'm glad that I made it through. Aku belajar untuk lebih sayang diri, sayang family. Lebih fokus untuk hidup aku, aku dah takda rasa nak berjimba kat luar sana. Even layan facebook pun aku malas nak baca gossip2 sebab macam apa motif tah nak sibuk life orang? HAHA tua sangat ni bunyi dia kan.
There will always be problem dalam hidup ni. Cara kita handle tu yang crucial. We've heard so much about depression and suicides. And don't let them happen to us.
Stay calm, stay positive k uols?
Love,
Anne.