Saturday, October 4, 2014

Rainbow Loom craze.

Sekarang ni memang trend kan main loomband ni. Aku haritu belikan la utk adik aku, yang murah-murah je pon. Kuasa pulak aku nak beli sampai berpuluh hengget yang original tu kan? Sebab setiapkali nak beli je teringat yang aku ni nak beli getah je pun kekdahnya. Sampai berpuloh hengget dah kenapa?

Belikan la seketul kat internet yang 15 hengget punya. Ok la tu kan, sebab aku tengok kat Spotlight ada refill pack 300pcs dah RM9 which i think was pricey tapi mana lagi nak cari getah kaler-kaler tu kan. Tapi nak menatang loom tu yang mahal la sebab kena beli starter kit dia. So aku fikir marilah kita beli loom set murah jer untuk dapatkan plastic loom tu. So beli tu tak lama patah la pulak kejadah tu. Aku ni when it comes on buying stuff memang la tak kisah for the quality - IF we need to use for a long term la. Kalau setakat mainan camni hambek kau main yang murah je cukop (padahal kedekutkah? HAHA)

Pastu dah patah duk berzikir pulak la tepi telinga aku pagi petang siang malam nak loom dia tu. Aku pun cari la lagi online.....

Dapat loom set, pastu ternampak pulak Monster Tail version. Fake? OFKOS LA!




HAHAAHHAHAHAHAH



Nasib kau lah dik dapat kakak kedekut begini.





Dah la tu, malam tadi aku yang bukak cuba dulu benda tu. Berkenan pulak dengan Monster Tail tu. Jadi kekeliruan usia pulak. Ralit sangat duk kait2 getah tu. Nak dijadikan cerita semalam aku pun cuba la buat satu. Memula dah buat halfway tu tetibe perasan getah tak cukup. So kena la tambah satu lagi warna so that bagi cukup. Bukak la balik. Tengok jam, pukul 1230 malam. Fine. Boleh lagi ni. Boleh tahan lembab jugak benda tu nak jadi panjang sebab kena pakai 4 bands evey layer. Lembabbbbb!

So start over. Sambil tengok tutorial.


Jam 1 pagi.



Jam 1.30 pagi.




Aku kerling jam. Mata dah jadi kelat2.


Jam 2 pagi. 


Apahal lambat sangat loom aku ni nak panjang?!



Jam 2.15 pagi. Hampir siap. 
Refer dekat tutorial nak sangkut menatang C clip tu. Kena tarik dua tiga band selit kat celah mana tah. Bila aku cuba buat.....



Terlepas kau!! Terus rosak.

Aku rasa nak menangis sambil hentak je benda tu. Aku bazirkan masa tido aku nak siapkan, boleh pulak last part dia slipped and tercabut. Dengan getah berselirat how the heck pulak aku nak betulkan!? Pasrah je la. Tido pukul 3, bangun kul 7 untuk kerja di hari sabtu. Kelas tak pengorbanan sia-sia aku?



*nangis tepi pintu*




Sebenarnya nak cerita yang aku mengantuk gila depan PC ni.


Tak sabar nak balik tido! 




No comments :

Post a Comment

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.