Tuesday, September 30, 2014

The weekend bits.

Eh apa punya pemalas busynya la hai. Mampu jenguk jenguk and blogwalking jer kat blog orang. Tunang aku kata, aku kena rajin. Kena dedikasi setiap kali pegi memana amik gambor ke, catit info ke utk blogkan. Macam dedulu la. 

Tetibe teringat plak perangai lama. Memang aktif benar rasanya. Makan pun amik gambar. Phone tu penuh ngan gambar sama pesen jer. Rajin pulak tu kan nak transfer bagai masuk laptop then update blog! Gigihnya kau jah. Faktor usia la ni sifat pemalas menjadi-jadi. Eh bukan ke makin tua makin rajin? Aku makin malas. Sejak azali mungkin.

Anyway. Weekend was okay. Selalunya I would rather be at home, in my bed makan tidur makan tidur and online - productive in my own way. HAHA. But last weekend I chose to go out sebab ada clearance sale MPH kat warehouse dia. Novel melayu only at RM7 kau! Sambar la jugak sebijik, yang lain banyak aku tak berkenan just because bukan taste aku sangat la novel sekarang. Or it's just me. I don't know. Banyak novel sekarang mostly tajuk nak funky-funky macam 'ustaz pink' la, 'coklat cinta' la. I iz don't like okay. I like real literature. Like bahasa bunga-bunga. Bahasa tinggi yang memerlukan aku fikir apebenda maksud dia. Call me jiwang, whatever. Sebab memang pun. haha.




Tempat dia kat kawasan industry mcm kilang or warehouses, parking memang senang. Tapi dia punya panas nauzubillah. Nasib baik ada pakcik jual aiskrim. Dalam tu memang ramai orang, tapi takde la bersesak berlaga bontot bagai. Cuma warehouse kan, panas bahang, pastu buku tu mungkin stok lama, ada la yang berhabuk. Dengan panas berpeluh. tetibe rasa gatal menyucuk2 pulak muka aku. Nak lap takde tisu plak, sebab bag tinggal dalam kereta. Takkan nak lap dengan tangan yang dan kesat dengan habuk2 buku tu kat muka? Horror ok rasa dia, melekit lekit berpeluh. Tak sanggupppp nak berlama-lama. Rasa-rasa berkenan aku sambar je, malas nak pusing dua tiga kali bagai. Tak paham aku manusia yang sanggup bawak anak-anak redah sekali *pengsan*

But aku suka la, sebab aku memang suka buku walaupun berlambakkkk lagi buku tak baca, ada yang masih wrapped cantik. Kalau dah dapat diskaun gila macamni lagi la aku suka. Panas pun sanggup. 



Comel gila set ni. Ada buku resipi, siap ada cups utk bake cuppies sekali. Kalau aku ada anak dah lama aku sebat menda ni. Kau ingat mak kau jer kena masuk dapur? Eh tidak okkk. Harus anak aku pun kena jadi mithali membantu mak baking sekali. *emo*

Harga asal dia dalam RM40 something, lepas diskaun RM20 jer ok! 

Mana-mana yang suka novel English pun boleh. Aku dah terlalu banyak, bacanya tidak. So tak jadi la beli plus takde yang aku berkenan. Fifty Shades of Grey pon ada kau. Diskaun 20% tak silap aku, tp mmg murah lah kan. Pun tak beli sebab ai minda suci so tak masuk cecite camni haha *kelip kelip mata*

Aku suka jenjalan kat section health ke, atau macam motivation section gitu. Kalau tengok tu semuanya rasa membangkitkan semangat nak beli. Dalam business la, how to be millionaire lah (tak agak-agak). Macamana nak jadi productive pon ado. Tapi being me? Ada ke rasa nak productive? Nanti dulu, seru belum sampai. HAHA




Hasil rembatan tak banyak. Bought the Herbal Remedies ni untuk mak martua den. Sebab dia natural punya orang. Herba2 ni memang dia suka la. And the 10 Key Hormones tu aku punya laaaaaaaaa (pepaham sendiri la bila dah nampak losing weight tu kan) untuk menyambung kembali impian terbengkalai muahahhaha. Eh serious. Semoga menjadi. Tapi baca pasal food kau tak boleh makan adalah menangis ya. Sebab aku ni hantu nasik. Tak dpt nasik boleh menggigil.

Harga cheapppp sgt. Sebab normally harga buku ni dalam RM40-50 something tp section tu buku2 dia RM5-15 sajorkkk.

Got these for only RM10 each.





Yang ni paling syok lah. Harga wise. Sebab 90% OFF. So originally was RM95.80. Aku beli tak sampai RM10 pun. Wrapped up nicely lagi. Not for me lah, for encik tunang yang designer. Walaupun version tah berapa tahun lepas punya, but hey ilmu kotttt. Tak expired punya. Ehe. Tapi dia tu bangsa kau belikan buku sepuluh tahun akan datang pun belum tentu baca. Pui. Nanti kang aku nak tengok kalau tak baca jugak aku rebus jer kasi dia minum. Cakap itu air sirap. HAHA

Kat situ ada gak jual toys bebudak. School stuff macma beg, pancil cases, files. Aku sambar satu pouch corak leopard tapi colorful dengan purse budak2 nak bagi adik aku. Murah bebenor aku rasa felt like I was stealing ok. Saiko. haha




So cheappppp! Semua ni aku rasa dalam belas belas ringgit jer. Pouch tu paling suka because it became my new makeup bag! Colorful diluar dalam dia pulak warna hijau terang. So lawaaaaaaaaaaa! Hehe. Tapi sayang passport holder polakdot tu lawa kot, cuma plastic dalam dia dah melekat warna hitam kain tu sebab lama sangat dah kot? Dah beli baru perasan. RM1.50 anyway, takde la ralat sangat (ayat bajet kau kaya sgt je kan.pui)

Balik tu hujan nak mampuih. Dah la sesat barat kat kat PJ tu. Taktau la about others tapi aku memangggg la jarang pegi belah2 PJ ni sebab bagi aku jalan dia bersimpang siur sgt. Pening aku. Pastu tambah pulak bergadoh dalam kereta kau. Macam puting beliung dah ha. Balik semua duk masam muka. Tapi kang lapar takde teman aku jugak yang jadi teman.

So that was it. Ahad memang membongkang jer keje aku kat rumah. Orang pemalas memang begini. Janganlah tiru yeeee. Bawak-bawak la rajin sikit.

Thursday, September 25, 2014

Bila nak....?

Hai Hai.

Begituuuu pemalas dia kan. Dah bape kurun baru nak update? HAHA.


Haritu borak la dengan kawan aku kat fesbuk.Sorang dah few years kawin, sorang lagi baru bape bulan. Sampai la kitorang terbukak pasal pregnant.

Talking about how harsh people could be sekarang ni. Suka-suka hati jer tanya dah berisi ke belum? Merancang ke tidak? 

Like what..? 

I don't know about others la, tapi aku rasa macam tak patut kot tanya benda-benda mcmni. Probably the first time you meet the person lepas bape bulan dia kawin setelah la tak jumpa might be relevant - but not all the time! Aku mengaku la aku pun pernah berperangai puaka sebegini masa zaman-zaman baru habis sekolah (mangsa are kawan-kawan aku yg kawin awal) pasal aku takde soalan lain nak tanya utk buat2 mesra HAHAHA

But I learnt.

I learnt how hurtful it could be for some people. Lepas dah bercinta and dah tahu rasa sayang kan (sila muntah) and to live with your man of course la kau nak yang terbaik pun. Sapa taknak anak kan? Tapi agak-agak lah nak tanya pun, especially yang dah lama kawin like years. They are the ones yang need support on this, bukan nak kasi down lagi dengan soalan camtu. 

Kengkadang tu aku tengok ada yang tanya and bagi lecture pasal kesuburan in public macam kan facebook ok! Ikutkan nak aje aku like komen tu pakai siku kat tempurung kepala dia biar datang akal sikit. 

Tu belum part orang tu amik anak angkat ke. Boleh pulak kau komen "bila pulak kau mengandung?". 

Uih kecik besor kecik besor je aku tengok kan. 


Agak-agak kalau tanya dia balik,

"bila kau nak mampos ni?"



Sentap tak agaknye eh?






Friday, September 12, 2014

Darah mendidih #1

Takde kerja, meh kita buat series mengomel tentang ketidak puasan hati dengan perangai manusia sekeliling. Yang selalu buat kita berapi dan menaikan darah. 

Aku kalau drive, memang secara amnya mesti akan naik darah. Banyak sangat makhluk atas jalanraya yang aku sendiri taktau la macamana boleh lepas ambik lesen. Mari sini aku kenal-kenalkan jenis manusia yang bersepah2 buat dajal kat pemandu yang lain...



Yang tak reti pakai SIGNAL.

For god's sake, please your the magic stick next to you steering wheel! Even nak masuk simpang kecik pun sila la pakai! Aku paling benci bila aku ni tunggu macam orang bodoh kat simpang thinking of that beruk might want to go straight pass my car, and suddenly without rasa bersalah kau belok masuk simpang aku kan? LIKE WTfish. Am I fucking invisible to you? Seriously, every single time jadi camtu hati aku ni gigih je rasa nak U-turn and kejar sampai dapat and pecahkan lampu signal dia pakai method Kiki CDM25. Like seriously tak payah pakai signal if you are that ignorant and so bagus, biar dia rasa macamana nak lintas jalan besar yang sibuk tak payah pakai signal. I wish biar kena sagat dengan lori. *emotional gila

Another kind of stupid yang tak reti pakai signal is tukar lane secara tiba-tiba - bagi signal last minit and expect aku nampak and kasi jalan without thinking belakang bontot kereta aku pulak. Or, yang tukar lane dengan tiba-tiba dan tak bagi signal langsung, HAHDSKDASKDSHDJSD!!!!

Like whatttt if you want to die so bad please don't drag me along thank you! pffth  





    Motorists.
Yes, I know like you are so small and flexible (?) boleh cilok sana sini sometimes tak masuk akal punya cilok kau. Tepi lori laju pun kau boleh bantai aku pulak naik seriau wtf.

But please, whenever the light turns red, you STOP. When it says you should stop means you SHOULD really stop. Dekat simpang rumah mak aku, kes motor tergolek dah selalu jadi. I can't even digest that cause it's for your own sake sebab secara logiknya kau kecik dan tak de protection (keji tak statement camni) macamana dalam kereta. So kalau kau tak stop and kereta masuk simpang tetibe kau tak sempat brek lalu mengehentam kereta bukan ke kau yang tergolek and risiko akan dilenyek lori adalah lebih tinggi lagi *emotional lagi.

Mak aku pernah kena, motor camni la. Mak aku diam je sebab dia jenis cepat terkejut. Bila dia terkejut so dia macam keras takleh nak react. Haha. Siap ada orang offer nak jadi saksi sebab memang salah budak tu.


Di tempat yang sama, aku pun pernah kena. Tapi bukan aku yang dilanggar mahupun yang melanggar. Aku cumalah seorang penumpang innocent yang tengah duduk dalam sebuah cab dengan ketakutan pasal bapak aku dah suruh balik maghrib tu - so tengah berdoa cepat la sampai sebelum bapakku mengamok kat rumah. Aku duduk kat belakang la kan, tepi tingkap tengah meramal nasib aku nanti, boleh pulak time nak masuk simpang aku nampak satu motor dengan tak sempat brek pi hentam pintu cab belah aku duduk tu. Gila dramatic punya terkejut macam lori yang nak langgar aku. Simpang tu bebetul dah nak masuk simpang rumah aku, tapi sebab kejadian tu maka teksi pun berenti la bergaduh dengan budak motor yg langgar tu.....



*nangis sebelah pintu kemek*



....sebabnya bapak aku dah call-call mengamuk bagai kat rumah sebab anak dara kuar sorang tak reti balik time maghrib. And yes, aku salahkan diorang *angkuh gila*



Case berikutnya (see berapa banyak motorist camni??) time aku tengah sedap nak beratur beli nasi bungkus tepi jalan, aku perasan motor-motor ni memang laju gila tengahari tu. Dalam hati dah rasa dah, macam nak ada accident je pasni. Fyi aku beratur tu dalam keadaan membelakangkan simpang masuk ke building office tu. So tengah syok jenguk2 lauk apa kat depan tetibe aku dengar bunyi berdentum kat belakang. And ada sorang mamat ni dah tergolek dengan motor dia pecah2 siap kat situ. Rupanya ada kereta nak masuk office, so sebelum petak kuning tu ada lori ni dah berenti dah nak bagi jalan. Si motor bebal ni tak berenti lalu hentam kereta mewah kat depan tu.

Orang angkat dia bagi baring kat tepi. 



Tapi aku dalam hati..?


Serious takde rasa kesian. Keji? Lantakkan. They need to learn like seriously. Doesn't mean kau kecik kau je boleh buat sedap hati thinking that people will prioritize you out of pity, ok? Well not sure about others but for me hati aku memang kering sikit kalau aku tak kesian, too bad la kalau kena dengan aku atas jalan. Sakit kau dapat, maki pon kau dapat sekali.




Zebra Crossing Abusers.


Selain dari motor, jenis yang tak reti nak tengok lampu traffic adalah some people yang nak lintas jalan. Gila annoying! If hijau, jalan. Kalau ye pun merah kau nak jalan jugak tunggu kereta tu jauhhhhhhh tahap kau kena sepet-sepetkan baru nampak - tu baru namanya jauh yang selamat kau nak lari lintas. Kalau kereta tu jauh tapi kelajuan dia nak cecah kau tu tak slow, maka sabar dan tunggu! Sebab kereta tu tak salah cause lampu hijau. And kau tak payah la nak acah-acah lari jugak.


Yang lagi aku rasa nak sepak sepak adalah orang yang dah nampak kereta tengah laju, lagi mau lintas and bila kita dan suddenly break to slow down sikit ; kau dengan divanya berlenggang lenggang kangkung jalan bila dah sampai tengah tu bagaikan tu zon selesa yang konfiden takde orang langgar kau. Macam victory plak eh kau bleh buat orang slow mengejut untuk kau? Vavi. Kadang-kadang yang lintas tu adalah parents yang bawak stroller baby ok! Pitam nak fikir mana rasional dia.



Selalunya aku kalau drive ngan tunang aku nampak bangsa camni, aku memang akan maintain speed biar mencecet orang tu lari (of course aku control la). Biar dia ada akai skit yang risiko tu ada kalau jumpa orang yang kurang baik hati macam aku ni. Haha! Merempan2 jantan tu kat sebelah kata aku  ni gila nak bunuh orang.





Ha ni sikit la yang aku boleh pikir sekarang. Cerita atas jalan ni, memang banyak nak mampos ok. Compile boleh buat buku ok. Konpem darah tinggi bila baca haha.



Korang setuju tak apa aku cakap ni? Baik setuju cepat kalau tak ngan engko aku langgar! lol

Ok nak tido dah, jumpa lagi di siri seterusnya.bai <3



Thursday, September 11, 2014

20 facts about me!

Boleh tak pemalas nak mampus lalu kopipes je dari stegremmm? 



like I care? LOL




So here we go..


20 facts of me - 



1. I love art. Any sort of it. 

2. I love love love to be in the kitchen, cooking makes me happy. Prefer cooking than baking, though. 


3. I write and I loveeeee reading. I love writing short stories and poetry. Publishing my own book or novel is one of my wishlist. 


4. I'm a makeup freak, a makeup artist - but seldom going out with makeup on and never really into fashion as for now sebab belum kurus LOL. People often doesn't believe me when I told then that I do makeup. Weird? Hihi. 


5. I think I'm an indoor person. Sebab aku rasa bila cuti adalah harus aku lepak di rumah as weekdays dah kerja kan? But lama-lama bosan keluar jugak. But more to indoor la. Eh explanation apakah ini?  


6. I sing, love to sing walau suara kelaut - and a karaoke frequent visitor.  


7. I'm an universal listener when it comes to music. Like literally. From jazz, slow songs, instrumental, classical, hindi, arabic, tradisional or be it some foreign languages that i don't even understand ; you name it - as long as the music is nice to listen to. And oh, i love orchestra too!

 8. I don't drink carbonated beverages. At all. 

9. Soft hearted. Senang sangat nangis. Even the smallest thing moves me. Kadang-kadang tak faham dengan diri sendiri. Happy, nangis. Sedih of course la nangis kan. Masalahnya tengok scene tv about happiness pun nangis, tengok orang menang reality show pun nangis. Dengar suara contestant sedap masa audition pun nangis! Kau dah kenapaaaaa?! Nevertheless i love myself *tetibe* 

10. Terengganurian. IC "11" yo! Membesar di kotaraya Kuala Lumpur.

11. I hate crowd. Hence why never been to concert or clubbing like most people my age did. I'd prefer nature such as the smell of rain, the sound of waves at the beach, chirping birds in the woods or the pretty flowing river <3

12. Love photography and graphic design. 

13. Love dog over cat sebab kucing bajet diva while dogs cute nak mampuih LOL

14. So, into Korean. The languange, the country, the culture. Like.... I can't even elaborate how (over nak mati!) but Kpop isn't really my genre, sikit je suka. I'm more into real music made by their talented music-makers macam jazz dia ke, classic, hiphop sometimes.. ha gitu. Again, Explanation tunggang langgang haha!

15. Suka hindi movies. Fact fact and fact. Hahah! I'm more to 90s and 2000s kid la. 

16. Shoe size 4/5/6 - depends on pattern.

17. Suka watak antagonist. Macam watak Loki dalam Thor tu. Ahaks! #teambadboy 

18. Handbag suka yang besar2 supaya senang nak campak barang! Orang pemalas memang fitrahnya begini.

19. Suka travel. Tapi belum tahap frequent flyer lagi la HAHA 

20. I love my family and people around me :) i think Allah has sent me good and lovely friends. And when I love, I love with all my heart, and protects with all my might. You know who you are <3


Sebenarnya aku adalah seorang yang gila dan pelik. Nak list memang tak cukup. Nanti kita buat siri lain lagi (bajet ramai reader kau dah kenapa).

Bye!

Tuesday, September 9, 2014

Resipi : Cheezy Scramble Eggs

Nama taknak kalah tu. Nak diomputehkannye jugak.


Anyway, ni favret encik partner (AR) suka benar kalau aku buatkan dia. Aku suka jugak, tapi benda-benda cheezy kengkadang muak kalau makan bebanyak. Tapi kalau makan buat breakfast ok je lagi sebab makan dengan benda lain sekali kan. Eh dia tidak ye, kau bagi semangkuk pun boleh selamba je dia balun.

Ok resipi senang jer. Aku punya tak fancy sebab aku tak suka campur banyak-banyak benda sangat dalam tu.

So palinggggg basic adalah :


4 biji telur (aku suka pakai size large) 
2 keping cheese 
½ sudu makan salted butter
2 sudu teh lada sulah
garam secubit je - sebab salted butter dan masin (hence the name. duh)

Potongan kecik sosej *optional* 
(yang ni nak tambah menda lain pun boleh, hatta daging unta sekalipun)


Pecahkan telur, letak lada sulah. Garam sikit. Pastu pukul sebatikan. Panaskan kuali dengan api sederhana kecik. Then dah agak dah panas suam2, tuang aje telur. Make sure telur tu tak terus masak tahap jadi pepejal yang tak melekat ke kuali. Sebab kalau terus masak tu maknanya kuali kau panas sangat. Dia sepatutnya jadi macam biasa je, setenang air di kali (?) gitu ha. 

Then masukkan butter, dia akan slowly cair. Campakkan jugak cheese dan sausage. then amik sudip, kacau2 dalam bentuk bulatan gitu. macam kacau air. Ha gitu. Jangan bagi dia melekat jadi telur dadar pulak. Then you will notice dia butter and cheese akan mula cair dan sebati. Gaul-gaul lagi dan tutup api sebelum dia jadi pejal. Maknanya, time dia basah-basah tu tutup la. Jangan risau, yang basah tu bukan telur tak masak yang hanyir tu, ianya cheese dan butter dan jadilah telur yang yummy tu! :D



Apabenda la resipi gini pun nak share!


Eh sukahati aku lah! Kau taktau sekarang ni anak dara masak telur goreng pun boleh hangit? Choiiii!




Selamat mencuba ye!


For my listening pleasure.

Salam!


The other day aku tengok Xiaomi ada release untuk beli earphone dia for Malaysia. Cantik, lawa and elegant. Xiaomi ni brand China, yang mana boleh katakan design and product yang sangat bagus tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Sebab tu phone ke, powerbank ke kalau bukak order laju je habis. I'm talking about seconds punya laju ye. Nak beli barang tu dah macam nak berperang dah. Haha.

Anyway, earphone dia rupa cenggini ha...


Lawa ke idok? My Beats by Dre lebih kurang camni ha, tapi harga takyah la citer kan. Benda ada brand. Kengkadang cam tak masuk akal. Tapi ok la jugak dengan harga tu. Yang ni? Murah. Rege dia RM50 jer. Wait, scroll down ye. Then you'll see what I mean dengan maksud murah tu....

So we (me and my MR) ordered la online. Managed to get two sets of it. All Xiaomi products are shipped directly from China if you buy directly from them ya. Ikut nasib, kalau dia pakai UPS macam my first time dulu, memang lembab sikitlah. Around 2-3 weeks at least baru sampai. Asik la sangkut kat memana. Kalau track tu kadang-kadang terlepas flight lah, dari China stop HK kejap pastu patah balik China (??) apa motif aku pun taktau. Aku tahu janji barang sampai. Tapi lately alhamdulillah nasib kitorang ok, ada dua tiga kali order dia hantar pakai FedEx. Laju bakhang. Within a week dah sampai. Bagus, takde la hati excited yang tak mampu tidur tu (aik?) ternanti-nanti khen......

So track punya track, sejak semalam aku tengok dah on vehicle nak deliver. Alamat hantar memang always be my office address, sebabnya - satu; memang takde orang nak tunggu pun kat rumah, semua keje abes siapa la nak amik kan. Dua; sebab walau aku takde kat office pun memang pihak office akan amik and seperate ikut department memasing. So tinggal datang and collect je kat office. Tapi sejak record tracking tunjuk parcel dah out since 8.30 pagi aku bajet dalam tengahari selalunya dah sampai dah. Ini tidak, aku ni bukan main la keluar masuk facilities tengok box dept aku, takdok pung! Hati dah resah, gamaknya memang bukan harini la kot sampai. 

Shift aku balik at 8pm this month, so sebelum balik tu aku memang dah niat nak pegi tengok lagi sekali (dasar takleh terima kenyataan) terserempak lah dengan kawan aku nak balik jugak. 

Dia : Eh parcel kau dah sampai lama dah. Pegi la amik, kau beli powerbank eh?

Aku : Ha? Ok memang nak pegi amik pun. Tapi aku tak beli powerbank la. Kotak je sama tu kot.

Dia : Abis beli apa?

Aku : Earphone. 


So dalam perjalanan tu borak-borak la jap. Dia ni memang jenis suka ikut buntut aku kemana-mana. Haha. Sampai kat situ aku tengok memang takde ye parcel tu! Boleh tak kawan aku cakap memang la takde kat situ sebab diorang letak atas meja office diorang tu ha, pasal benda electronic kan, takut hilang la letak tempat public gitu. Cis, aku pandang je kat meja staff facilities tu memang aada ye! So aku bajet memang dah sampai dari tadi pon, cuma aku je malas tanya! aduhai nye punnnnnn. So happy la balik sebab baby dah sampai!

Balik je terus bukak. Rupenye cenggini la ya....




Eksklusif dak nampak? For me, cantik dan kemas. Dia balut the case dalam satu plastic matte yang membuatkan nampak mahal je benda tu. Dekat kotak tu tepi dia punya info-info la. Macam biasa. Then bukakje plastic tu nampak la the case contains the product, sealed kiri kanan dengan tape yang gigih gagah perkasa and kuat jugak. So kena bukak la tape tu kot (pffth) kalau nak amik earphone kau haha.

So ni la baby kite.........


Details

Gold and Dark brown cable.

This part aku suka sangat sebenarnya. Those yang memang gemar pakai in-ear kind of earphones mesti tahu it comes with earbuds with different sizes. Sebab sama pulak la telinga semua orang kan nak kasi sepasang jer? Haha. Selalunya lah, even for my Beats - diorang akan letak dalam seal bag yg biasa tu je. Pandai-pandai kau la matching kan size sendiri. Haha. Tapi for this dia susun cantik jer kat bahagian bawah case tu macam gambar kata atas which I think is amazing and brilliant. Of course it doesn't make any difference but dia lebih nampak tidy and elegant, professional as well. Don't you think?







Appearance wise, packaging all tiptop. Cantik, simplicity at its best. Elegant. Buatan pun kemas gak (pada hemat aku la. Nak komen lebih-lebih pasal gadget im not the right person pun). So bila test part sound pulak - which is the most important part la kan. Kalau cosmetic je lebih tapi sound ke laut baik la aku beli replica buat gantung kat dinding jer.

Tapi nyata tak kecewa, aku memang jatuh hati. Sound bagus, of course la kalau nak dibanding dengan headphones or earphone beribu riban tak la sama. But its good enough, berquality. Bass dia ok, untuk orang yang suka lagu berdentum-dentum (macam aku kengkadang bila stress) bila layan lagu sedih boleh je layan tanpa gangguan bunyi-bunyian luar :)

Now you tell me, berbaloi tak harga RM50 utk product sekali dengan postage courier lagi tu kan. I hope you're on the same page with me!

Anyway, ini pandangan dan pendapat aku as a woman yang mana gadget bukanlah minat utama walaupun minat gak la sesikit. Haha. Those yang suka dengar lagu cam aku maybe leh cuba, tak menyesal.



Boleh view kat http://mi.com/my untuk product-product lain!



Sunday, September 7, 2014

Weekend, overall.

Salam and hi.




Aku, adalah seorang yang nak kata outdoor person tu tak lah kot. Sebab most of the time memang aku suka duk lepak je dalam rumah - or bilik. I'd rather duk depan lappy browsing, reading or writing. Malas nak keluar, tapi kadang-kadang ada jugak rasa nak jalan-jalan. So kira indoor person lah kiranya aku ni.

Nak cerita, weekend ni macam biasa takde cerita menarik pun. Sebab aku masih lagi recovering from conjunctivitis yang aku alami since few days back, so tak berani nak keluar sangat lah. Mata sebelah masih lagi merah macam cik pon anyway. So apa aku buat weekend yang bosan ni ya?

Well, tengok series yang mana aku dah lama tak catch up. Macam Switched at Birth. Dulu follow sangat. Season 1. Masa tu memang best tengok. Tapi tah macamana boleh tertinggal sampai 2 season. Mampus la nak mengejar but its okay. Being comfortable under my blanky with food and aircond on is my thing anyway. So happy je, macam tak biasa pulak buat marathon series or movies.

Secondly, layan lagu kat Spotify. Best sebab boleh pilih-pilih ikut mood. Macam 'Cozy Evening' ke 'Peaceful Piano' ke. Rasa -rasa nak tido pilih je Sleeping Melody yang ada bunyi laut ke apa. Gila layan kau. Hahahah gila tak productive hari aku kan. But aku suka dengar time menulis. Sebab music for me memainkan peranan penting gak untuk amik mood. Well at least for me la sebab aku ni jiwang orangnya MUAHAHAHA 

Thirdly, makan laaaaaaa. Weekend adalah hari untuk menggemukkan diri yang dah memang sedia gemuk ni. Food, walaupun simple tapi masakan dapur sendiri adalah paling sedap. Even telur mata dengan nasi kicap manis sekalipun. Setuju ke idok?

Hehe, overallnya weekend aku adalah mungkin bosan bagi sesetengah orang tapi bagi aku syok sebab tenang jer :) Insyaallah next weekend balik rumah mak, the following one baru nak keluar pegi jenjalan memana. Maybe bookstore. Hahaha pun boring kan? Tapi aku suka je.

So esok keje jangan malas bangun pagi ye. Jangan nak monday blues sangat!


Saturday, September 6, 2014

Current addiction.



On repeat mode.
Super love.

Henna.

Salam and hi.



Sape sini suka pakai inai? Aku takde la suka mana. Tapi since pakai tudung ni segala mak nenek nail polish pun dah taktau kat celah mana, kadang-kadang bosan gak tengok jemari mulus aku ni kosong. Hihi. Pastu haritu tengok tah sapa punya instagram tah, ada pakai inai, lawa plak kan. Kebetulan aku rembat inai Rani dari umah Cik Cha (sebab dia ada sekotak lalu aku dengan muka tak malu pi mintak) so pakai la.

Yang syok, inai ni takpayah nak pakai overnight bagai utk tunggu merah. Pakai setengah jam pun merah dah. Aku? Pakai sejam, pastu tanggalkan. Sat lagi rasa free skit pakai balik. DaLam dua tiga layer. Cuma inai rani ni cepat pudar la warna dia aku perasan. Pakai seminggu dia jadi oren. Tapi still lawa sebab dia oren terang and takde la pudar tak sekata. 

Cuma kuku aku ni. Macam kat atas tu la, kalau pakai bawah aje gelap skit dari atas. Rasa macam ... kurang lawa. Kalau sekata alangkah cantiknya. Haha. Bersyukur, cuma preference la kan. Kang ada pulak yang kata aku tak bersykur, Choi sangat mulut tauuuu. 

Orang cakap ni kuku minyak ke apa. Payah nak lekat warna. 

*pasrah balik pintu*

Teringat zaman dulu, kat kampung aku ada pokok inai. So semangat waja sangat kutip inai and gigih tumbuk. Selalunya tumbuk bagi lumat. Amik masa hoi. Sebab tu aku yang bijaksana ni part menumbuk bagi cousin aku yang rajin, Dapat kat aku kalau, memang setengah jalan berenti. Inai yang tak hancur pun aku bantai pakai. Gila, pemalas dari kecik rupanya aku. HAHAH

Macam-macam version kitorang try and error nak bagi inai pekat, warna cantik, melekat elok. Antaranya tumbuk tu perah limau nipis nak bagi merah, letak nasik nak bagi senang melekat. Mana rasionalnya tah. Haha. Somehow I think it works. Ke sebab aku masatu kecik lagi so aku rasa semua nye ok jer? Entah.

Paling best, mak aku rajin potongkan supik genyar (bahasa terengganu. bahasa Melayunya PLASTIK BAG laaaa) petak-petak and halus untuk tali. Dah pakai hujung jari mak aku akan balut bawak tido. Tapi apa punya bangsa la aku ni - dah la susah nak lelap sebab aku takleh tido dalam keadaan ada bendasing atas badan; dah terlelap tu tidur lasak plak. Esoknya inai kemana, plastik kemana. Inai dah jadi berpasir atas tilam. Kat tangan? Bertompok! Pffth.

Tapi skrg senang la. Mana yang tak berapa suka inai, time kawin pakai sekejap je sebab inai instant sekarang kan sekejapan je hilang. Nak pakai pun beli sajork kat kedai, or upah orang. Hihi. Lagi syok kalau buat sendiri sebenarnya, lagi tradisional. Rasa lebih dekat to our roots. Hah gittew.....






Animal lover?

Cakap pasal animal lover ni, aku ni tak la suka mana binatang. I mean I'm not tahap yang sampai nak bela binatang as pet bagai. Actually ada satu rasa nak bela, tapi memang tak boleh. 

Apa? Babi?

Choi!


Aku sebenarnya suka anjing. Because they're loyal bagi aku. And comel gila walaupun spesis muka garang tu. Perangai pun kekadang comel. Hehe. But of course, as a muslim aku faham kita tak boleh suka suka bela unless untuk tujuan keselamatan. And being me yang memang malas nak jaga binatang ni, memang tak terkilan sangat la tak boleh bela pun. 

Tapi, macamana tak suka pun aku pada binatang - macamana aku geli pon dengan kucing (benar, aku seorang yang penakut kucing) takde sampai aku nak sengaja dan dengan rela hati nak seksa haiwan. Sekeras hati aku ni aku rasa, kalau binatang yang comel aku tetap geram tengok, aku tetap rasa kesian kalau tengok diorang kena kurung ke, tak cukup makan ke; terseksalah senang citer. Ntah, mungkin sebab aku ni memang spesis hati tisu ke apa - memang senang sedih. Jangankan haiwan sakit atau susah je, aku rasa kalau haiwan yang act macam manusia (like sayang tuan dia ke, protect tuan dia ke) lagiii la aku senang je nak nangis. 

I thought aku ni dah cukup keji,bila aku rasa geli kat kucing bila dia meleset kat kaki aku. Sebab kadang-kadang kaki aku ni ada refleks nak menendang terhadap something foreign yang terasa kat kaki aku. Tapi aku cuba kawal la, sebab kesian kot. At least aku buat dan cuba - that's my effort. 

Akan tetapi, aku memang tak faham dengan manusia yang takde hati perut. Not just in Malaysia, sebab penyakit kejam ni is more to that person itself - sebab manusia regardless race or nationality; adalah berbeza beza perangai dan personaliti. Yang korek mata kucing la, bakar la, kurung tak bagi makan la. Oh god tolonggggg aku tak boleh digest tahap kemanusiaan orang macamni. Secara auto aku akan rasa these people ada masalah mental kronik ok.

No, aku tak kata kena layan diorang macam manusia. Even certain people do, sebab ia makhluk bernyawa dan layak kot untuk disayangi or at least dilayan baik! 

I truly respect those mak mak kucing yang hidup harian dengan kucing peliharaan even berekor-ekor, yang sanggup peruntukkan wang untuk makan, jaga macam anak sendiri. Alahai, aku memang tak mampu to be honest. Diri sendiri pun penat nak jaga. Eh. Hahah kantoi pemalas di situ.

Anyhow, the point is.... walau tak sayang binatang tolong lah berperikemanusiaan. Kita semua makhluk tuhan. Tuhan cipta semua makhluk dia dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta, kita yang menumpang ni siapa nak benci-benci ciptaan dia kan? Cuba cubit peha sikit, apa rasa? Kalau sakit - gitu lah jugak haiwan. Ada gak rasa sakit.


Last but not least- meh sini tengok one of my fav video. Lawok!


Friday, September 5, 2014

Mangsa Conjunctivitis.

Kemain conjunctivitis bagai.

Senang cite lidah kita ni 'sakit mata' lah senang. 


Dah, dah usahlah dicuba menyebutnya lagi. Pakai sakit mata je sudah. Haha.


Hari sabtu lepas, aku nak balik rumah mak. Dah lama tak balik katanya kan. Sebelum di cop sebagai anak durhaka baiknya aku balik. Lagi pulak jarak sekangkang kera je pun. Nampak teruk nau kalau aku tak balik. Malam jumaat, adik aku tegur la kat fesbuk. Cite kat rumah sekarang tengah sakit mata. Adik aku yang duduk asrama tu terpaksa di bawak balik pasal dah berjangkit kat asrama nun. Bila dah bawak balik, habis la pulak mak aku, adik aku lagi sorang tu berjangkit sama. Mak aku sebenarnya suruh adik aku bagitau kat fesbuk tu kononnya nak bagitau awal-awal la kot2 aku nak ubah fikiran takmau balik pulak. Tapiiiii, sebab ada hal jugak sebenarnya kena la balik jugak. Sebab birthday abah aku hari ahad, kek dah beli pulak tu. Mana pulak aku nak campak kek tu kan.

So balik la. Dengan langkah-langkah pencegahan dalam kepala.

Balik tu kemain la aku mengelak bertentang mata ngan diorang. Dah macam orang gila aku rasa haha. Gila kelakar. Aku bajet takde apa dah kot, since mak aku pun macam dah ok sikit. Diorang tinggal merah-merah mata sesikit jer. So aku bajet ok lah. Hari isnin, pegi keje. Ok jer, balik tu mata dah start gatal masa Maghrib. Aku dah tak sedpa hati. Takkan la gila-gila punya mengelak dari diorang pun kena jugak? Bapak aku tak kena pong?

Laju-laju whatsapp adik aku.

Bagi gambar mata. Dia kata macam nak kena. Sabor je la. Aku malas pegi klinik lagi takut false alarm ke apa. Esok bangun.......


Muka aku dah bengkak sebelah! Mata sepet tersembul macam katak dah hoi! Terus siap2 pegi klinik. Aduhai malu gila.

MC 3 hari uols. Tapi ni dah masuk hari keempat mata aku kalah sundel bolong lagi nih. Haha. tengok camne, mungkin akan pegi ke doc dulu tanya boleh dak pegi office, pasal aku takut jangkit kat orang lain pulok. Dah la duk kaunter, tak pasal aku jadi punca customer lari. 







Gambor sundel bolong jadian tepek kecik-kecik sudah! Kang kena flag!




ps : wish me well soon yer anak-anak mak.


Thursday, September 4, 2014

Since 2007.

Cer tengok header baru akak nun.

Katanyaaaaaaaaaaa!


Eh tapi memang betul pun. Teringat dulu ada post siap beratus. Tapi sebab tu zaman jahiliah, maka malas gila nak remove gambar lama, maka kita privatekan la. masih terfikir nak remove jer blog tu. Kata cite lama kan, kengkadang rindu, bukak balik. Tapi bila fikir tah siapa keje kat google tu bleh sukahati tengok gamba aku kan. rasa nak delete semua la pulak.*gila jauh imiginasi sampai orang google ada masa pulak nak tengok gambar kauuuu!*

*menangis balik pintu*

Hahahhaha. Ala sekarang biarlah aku abadikan taahun jer kat header. Supaya ingat zaman-zaman aku berblogging dulu. Tak la sampai masuk dijemput gi event bagai, tapi ada la jugak yang kenal. Eh ye dok? Bila teringat balik aku macam konpius, camane sebenarnye aku ada masa dan kerajinan nak snap gambar tiapkali makan/keluar/beli pape untuk upload kat blog? Bila cuba buat sekarang rasa macam kemalasan tu dah berlipat kali ganda. Faktor usia eh? Sadisssssss.

Masa tu paling kelasssss, aku keje makan gaji je. Banyak nau masa nak update blog, buat template lawa-lawa bagai. Salute bos aku. Sebab tahan dengan perangai pekerja camni. Bayo gaji untuk aku buat keje sesikit + online. Allahhhhh. 

Zaman jahiliah tu.

Adik-adik jangan buat cenggini ye. Nak blogging balik rumah guna internet sendiri.
atau habis waktu keje ko buat la. Bukan payah nau kan. 

Sebenarnya aku tengah sakit mata ni. Berjangkit katakau. 
Orang lain kena sebelah mata, aku dua-dua *nangis*
Gi doktor dapat la MC 3 hari. Tu pun kena check balik sebab mata aku bengkak macam mata katak dah ni. Kang esok-esok tak surut, takkan nak datang keje gak. Aku ni bukan apa, kang orang lain berjangkit jugak kat opis nun, akak jugak disalahkan *PADAHALLLL*

Eh nak makan ubat sat.
sambung  later.

xoxo - LAH SANGAT.






Monday, September 1, 2014

Makeup and me.

Tahu tak?

Tahu apa?

Tahu tak agaknye perasaan aku yang kerja on public holiday? pffth.



Anyways, on the bright side takde la monday blues sangat sebab jalan raya kurang orang. Even kerja pun kurang because customer tak ramai. Cuma bila tak ramai, mengantuk laaaaaa.


So, meh la nak cerita something. Maybe tak semua tahu, I'm a fan of makeup, fanatik one. Dah lama buat makeup sebenarnya. Cuma jarang amik job sebab aku ada fulltime job yang memerlukan aku kerja ikut shift dan jadual (kerja mana takde jadual, duh!). Jadual pulak kadang-kadang keluar lambat and not for the whole entire year. Its monthly basis. So agak susah sebenarnya untuk aku amik job atas tarikh yang belum pasti aku free ke tak. And sometimes due to training, memang aku tak dibenarkan amik cuti. Or erti kata lain kalau aku apply pon application form tu akan dibaling semula ke wajah aku (ok tu tipu!). Yang pastinya kena reject laaaa kan.

Jadi lately I've been into makeup again, not to work lah. eh jangan taktau aku pegi keje takde mekap secalit ya. Memang if my colleague yang mana follow social media aku tu and tak berapa kenal aku memang terkejut gak la kengkadang tengok muka makeup aku sedangkan wajah pegi keje macam bibik aje rupanya! Haha! Aku memang tak pakai makeup pegi keje sekarang ni. Dulu masa previous company memang rajin bangun awal menepek foundation, eyeshadow cut crease *kau mampu?*  lagi haaaaa. Tapi bila dah start keje kat company sekarang ni sifata malas makin menjadi jadi katakau.  So yeah, semenjak dua menjak ni kerinduan terhadap makeup semakin mencengkam lantas aku pun main-main la conteng muka malam-malam bila habis keje tu. 

Ans i was thinking alangkah bestnya kalau aku boleh buat makeup service macam dulu. Yang travel sini sana and earn side income. 

PENAT.
tapi for sure puashati. 

Silapnya aku dulu, I didn't really care about taking pictures. So testimoni tak banyak plus yang seciput tu pulak hilang sebab pendrive tah kemana. Takde rezeki la kot. So nak taknak kena start balik la. 

Cuma aku cam kesal sikit dengan kehendak yang tak selari dengan bayaran sekarang. Bukan dengan aku sahaja, banyak yang terjadi antara kawan-kawan MUA yang lain. Yang mana buat makeup dengan offer murah-murah bezanya pada mesti pada skills, atau pada jenis produk yang dia guna. Mungkin tak semua, mungkin ada yang memang murah hati nak promo dengan harga yang melampau murah walau pakai produk original berjenama. But not all the time they would, you know. Lets just face the fact, there must be a reason why most of the makeup products are expensive. Sedangkan foundation drugstore pun paling murah RM50-60 and above. Eyeshadow high end satu pan paling murah pun RM40 and above. Palette lain cerita. Yang pasti, semua makan ratus dan jangan lupa, skills yang paling penting jugak. Kalau high end products tapi skills ke laut lagi la takleh blah, langsung tak cantik muka kau.  So macamtu juga dengan service makeup, mesti ada reason kenapa dia mahal - and vice versa. Harus la ada reason kenapa dia murah jugak kan? So jadi bijaklah dalam memilih. Janganlah tanya harga lepastu dikutuknya pulak cakap kita tekan harga mahal. Ada sebab dikkkk. Kita pun beli makeup, bukan pakai pasiaq! Huhu.

Tak marah. Cuma kesal.
Duduk dan fikir la. 

Lagi2 bakal pengantin. 
Tips ye, TOLONG JANGAN KEDEKUT UNTUK KELUARKAN KOS FOR TRIAL MAKEUP. Please please. 

Ada sebab. 

Pertama -
Untuk makeup artist tu kenal jenis kulit awak, kenal warna kulit awak, bincang kehendak awak (if any) and test if its working out for you before you jump into making decision. Keputusan besar kot nak pilih makeup artist! Cuba bayangkan eh, hari kau kahwin makeup kau buruk dari apa yang tengok dalam internet or gambar. Tak ke haru? Nak marah siapa masa tu? MUA pun kena jugak okeh. Kononnya "takyah trial lah, I ikut jer You buat apa nnt" Lepastu masa makeup ikut tekak si MUA ni tiba-tiba mak taksuka lah, makcik cakap terang sangat lah. Macam-macam pulak cengkadak yang keluar. Pastu ingat makeup boleh padam2 ker? MASA TAU TAKKKK. Masa tu emas diknon. Kang kau siap lambat satu hal ler pulak kan.

Kedua -
Masa tu la kau tengok perati makeup yang dia guna, macamana kesannya atas muka kau. Breakout ke tak, tengok skills macamana kena tak ngan taste kau. Memang semua berbayar even for trial pun. Tapi logik, itu semua masa dan effort jugak so mustahil la free. Tapi fikir about kelebihan trial makeup ni, banyak sebenarnya demi menjanjikan hari bahagia kau semua lancar terjamin gitu. 

Okay?
Terbebel banyak pulak. Sekarang waktu balik keje. Esok-esok aku free kita jumpa lagi sembang pasal makeup okay? Tinggalkan jejak kalau anda jugak suka makeup sepertiku. Hiks!

Salam! 
xoxo

Annekayra™. Powered by Blogger.