Senang cite lidah kita ni 'sakit mata' lah senang.
Dah, dah usahlah dicuba menyebutnya lagi. Pakai sakit mata je sudah. Haha.
Hari sabtu lepas, aku nak balik rumah mak. Dah lama tak balik katanya kan. Sebelum di cop sebagai anak durhaka baiknya aku balik. Lagi pulak jarak sekangkang kera je pun. Nampak teruk nau kalau aku tak balik. Malam jumaat, adik aku tegur la kat fesbuk. Cite kat rumah sekarang tengah sakit mata. Adik aku yang duduk asrama tu terpaksa di bawak balik pasal dah berjangkit kat asrama nun. Bila dah bawak balik, habis la pulak mak aku, adik aku lagi sorang tu berjangkit sama. Mak aku sebenarnya suruh adik aku bagitau kat fesbuk tu kononnya nak bagitau awal-awal la kot2 aku nak ubah fikiran takmau balik pulak. Tapiiiii, sebab ada hal jugak sebenarnya kena la balik jugak. Sebab birthday abah aku hari ahad, kek dah beli pulak tu. Mana pulak aku nak campak kek tu kan.
So balik la. Dengan langkah-langkah pencegahan dalam kepala.
Balik tu kemain la aku mengelak bertentang mata ngan diorang. Dah macam orang gila aku rasa haha. Gila kelakar. Aku bajet takde apa dah kot, since mak aku pun macam dah ok sikit. Diorang tinggal merah-merah mata sesikit jer. So aku bajet ok lah. Hari isnin, pegi keje. Ok jer, balik tu mata dah start gatal masa Maghrib. Aku dah tak sedpa hati. Takkan la gila-gila punya mengelak dari diorang pun kena jugak? Bapak aku tak kena pong?
Laju-laju whatsapp adik aku.
Bagi gambar mata. Dia kata macam nak kena. Sabor je la. Aku malas pegi klinik lagi takut false alarm ke apa. Esok bangun.......
Muka aku dah bengkak sebelah! Mata sepet tersembul macam katak dah hoi! Terus siap2 pegi klinik. Aduhai malu gila.
MC 3 hari uols. Tapi ni dah masuk hari keempat mata aku kalah sundel bolong lagi nih. Haha. tengok camne, mungkin akan pegi ke doc dulu tanya boleh dak pegi office, pasal aku takut jangkit kat orang lain pulok. Dah la duk kaunter, tak pasal aku jadi punca customer lari.
Gambor sundel bolong jadian tepek kecik-kecik sudah! Kang kena flag!
ps : wish me well soon yer anak-anak mak.
Haha, aku pon pernah kena conjunctivitis gak. Worst, happen time trial exam. Memang dikuarantin
ReplyDeleteOMG hahaha merasa la jadi special ada tempat khas, ye dok? lol
Delete